Pm Dapat Perintah Injunksi Inter Parte Terhadap Sanusi






 Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh perintah injunksi inter-parte (dua belah pihak) bagi menghalang Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) dari mengulangi dan menerbitkan semula kenyataan didakwa memfitnahnya.

Peguam Datuk S N Nair yang mewakili Anwar berkata, Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan inter-parte injunksi dipohon Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian pada Selasa di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

"Perintah injunksi itu bagi menghalang defendan (Muhammad Sanusi), kakitangan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan-kenyataan serupa yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan plaintif (Anwar) sama ada secara langsung atau dengan sindiran dalam mana-mana saluran media sosial defendan, laman web dan mana-mana platform lain sehingga pelupusan kes saman," kata Nair dipetik.

Beliau berkata, Sanusi juga dilarang mengeluarkan kenyataan serupa atau yang mempunyai kesan sama dalam apa jua cara, bentuk atau lain-lain yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan Anwar sama ada secara langsung atau sindiran, seperti dalam pernyataan tuntutan anak guamnya.

Pada prosiding semalam, mahkamah turut menetapkan 19 Februari 2024 untuk pengurusan kes di hadapan pendaftar menerusi e-Review.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah memberikan ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah "Jelajah PN Best Tambun", sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.

Fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Kenyataan itu dibuat dengan berniat jahat bertujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November tahun lepas.

Ucapan dalam ceramah itu turut diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung dalam aplikasi Facebook bawah nama 'Faizal Azumu' yang mendapat tontonan lebih 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.

Sehubungan itu, plaintif memohon ganti rugi am, teruk serta teladan, selain perintah untuk menghalang defendan daripada terus mengungkap, mengarang, menerbitkan atau menerbitkan semula kenyataan serupa terhadap plaintif, serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Muhammad Sanusi dalam pernyataan pembelaannya sebelum ini dilapor berkata, bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Anwar sebaliknya mengkritik Ahli Parlimen Tambun itu bagi tujuan kempen PRU15.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/pm-dapat-perintah-injunksi-inter-parte.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Peroleh Perintah Injunksi Halang Sanusi Ulang Kenyataan Fitnah

Anwar Peroleh Perintah Injunksi Halang Sanusi Ulang Kenyataan Fitnah

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 242 hits
Suraya Roslansurayaroslan mediaprima com myKuala Lumpur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh perintah injunksi inter parte bagi menghalang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada mengulangi dan menerbit...
Munafik Amanah Ingatkan Pendirian Pas Terhadap Israel Semasa Dalam K Jaan

Munafik Amanah Ingatkan Pendirian Pas Terhadap Israel Semasa Dalam K Jaan

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 216 hits
MalaysiakiniAmanah hari ini mengingatkan bagaimana kerajaan PN yang mentadbir Malaysia pernah menyertai expo antarabangsa yang disertai Israel walaupun didedak agar menarik diri seperti langkah diambil Palestin Pengerusi Biro Antarabangsa A...
Pdip Cabut Laporan Polisi Terhadap Rocky Gerung

Pdip Cabut Laporan Polisi Terhadap Rocky Gerung

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 123 hits
Saya putuskan untuk mencabut laporan apa yang disampaikan dr Rocky Gerung saya pikir lama lama jadi benar juga
Amanah Lapor Polis Terhadap Dakwaan Hadi Awang

Amanah Lapor Polis Terhadap Dakwaan Hadi Awang

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 182 hits
AKMAL MANAF nbsp Parti AMANAH Negara membuat satu laporan polis terhadap Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaannya bahawa kaedah penentangan Islam oleh golongan munafik diikuti oleh Pakatan Harapan dan Islam Hadi berkata se...
Jenayah Perang Di Bukit Jalil Dan Batang Kali Terhadap Kaum Cina

Jenayah Perang Di Bukit Jalil Dan Batang Kali Terhadap Kaum Cina

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 270 hits
Seorang teman berbangsa Tionghua mengeluh betapa kurangnya rasa peduli daripada masyarakat Cina tempatan dalam isu kemanusiaan seperti yang menimpa penduduk awam di Gaza Palestin Untuk keadilan tidak ada survei teratur meninjau pandangan me...
Harga Ubat Penalti Akan Dikenakan Terhadap Syarikat Farmaseutikal

Harga Ubat Penalti Akan Dikenakan Terhadap Syarikat Farmaseutikal

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 183 hits
Penalti akan dikenakan terhadap mana mana syarikat farmaseutikal yang menaikkan harga barangan ubat ubatan tertentu melebihi kadar inflasi SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http...
Ini Penilaian Atikoh Terhadap Debat Capres Perdana Ganjar Pranowo

Ini Penilaian Atikoh Terhadap Debat Capres Perdana Ganjar Pranowo

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 255 hits
Ganjar menjalani debat perdana bersama dengan dua capres lainnya yakni Prabowo Subianto dan Anies Rasyid Baswedan
Laporan Terhadap Hadi Awang

Laporan Terhadap Hadi Awang

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 147 hits
Biro Mobilisasi Parti Amanah Negara telah membuat laporan Polis di IPD Dang Wangi terhadap Presiden Pas atas kenyataan menghasut serta fitnah yg menyamakan Pakatan Harapan dengan Israel
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid