Jenayah Perang Di Bukit Jalil Dan Batang Kali Terhadap Kaum Cina


 

Seorang teman berbangsa Tionghua mengeluh betapa kurangnya rasa peduli daripada masyarakat Cina tempatan dalam isu kemanusiaan seperti yang menimpa penduduk awam di Gaza, Palestin. Untuk keadilan, tidak ada survei teratur meninjau pandangan mereka dalam hal ini. Kebanyakan pihak mengatakan naratif Palestin ‘topik umat Islam’ (justeru dibolot kaum Melayu) akan tetapi saya mempunyai pendapat lain.
Sebenarnya buku sejarah di sekolah kita mesti membincangkan pembunuhan dan kejahatan yang dilakukan kuasa kolonial ketika mereka menjajah atau menduduki negara kita. Seingat saya, episod penjajahan British di Malaya agak lunak, dengan tumpuan besar diberikan kepada insiden atau peristiwa sejarah seperti Malayan Union yang sebetulnya berhubungan dengan elit kuasa dan kurang kena mengena dengan orang awam seperti kita. Penjajahan atau pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua pula memberikan terlalu banyak perhatian kepada taktik serangan Jepun di Tanah Melayu iaitu bagaimana ia masuk dari Kelantan dan mara dengan cepat sekali ke Singapura.
Perhatian yang mesti diberikan dalam buku sejarah sekolah kita berkaitan pendudukan Jepun dan penjajahan Inggeris di Malaysia ialah pembunuhan beramai-ramai, genosid, dan penghapusan dengan cara berdarah yang amat kejam. Kita bukan mengajar anak-anak kita membenci Jepun dan United Kingdom, tetapi hanya berjujur dengan mereka sejujur-jujurnya.
Kebanyakan pembunuhan di zaman penjajahan ini dilakukan terhadap bangsa Cina tempatan, dan kurang diketahui oleh bangsa Melayu kerana ketiadaannya rujukan sejarah di peringkat sekolah. Dua insiden yang paling sial ialah yang dilakukan Jepun di Bukit Jalil pada 1942 dan yang dilakukan Inggeris di Batang Kali pada 1948. Orang Melayu mungkin hanya tahu peristiwa Bukit Kepong. Jika kedua-dua memori pahit dan jahanam di Bukit Jalil dan Sungai Remok, Batang Kali ini diceritakan dan diajari di sekolah kita, saya percaya generasi Cina dan India mana pun akan berasa lebih hampir dengan negara ini, malah akan lebih simpati dengan apa yang berlaku di Gaza, Palestin; tanpa peduli soal agama dan geopolitik. Mereka juga akan lebih menghayati kemerdekaan.
 Jenayah perang di Bukit Jalil
Pada bulan Mac 1942, tujuh buah lori dan sebuah kereta (dengan mengibarkan bendera kuning sebagai simbol kenderaan milik Jeneral) menceroboh estet di Bukit Jalil, dan ketua kerani estet, seorang India, SP Pillai terpaksa membenarkan mereka masuk.
Sebelumnya, Jepun melakukan pemeriksaan rumah ke rumah pada 6 Mac, dan di sekitar Kuala Lumpur lebih 1,000 lelaki Cina ditangkap. Mereka ditelanjangkan, diikat atau digari, ditutup matanya, dipaksa beratur dan berjalan serta dihimpit di dalam lori. Persisnya apa yang Zionis lakukan terhadap penduduk Gaza hari ini. Di estet Bukit Jalil saja kira-kira 100 orang pemuda Cina diambil terdiri daripada penoreh getah.
Askar Jepun memberi amaran agar buruh India tidak menghampiri banglo majikan estet dan kawasan rumah kuli untuk beberapa hari. Menurut Pillai, tiada kedengaran apa-apa bunyi. Selepas tentera Jepun beredar dengan lori-lori yang kosong, buruh kaum India mengingatkan amaran Jepun itu bersembunyi. Hanya selepas beberapa hari mereka kembali ke rumah dan mendapati di kawasan sekitar terdapat tujuh lubang besar yang terkambus dan sudah mulai berbau busuk.
Adalah dipercayai penoreh getah berbangsa Cina itu ditanam hidup-hidup dan baunya menusuk ekoran pengebumian yang tidak dalam liangnya. Laporan Prebet Miyake Genjiro yang berada di Kuala Lumpur pada waktu itu mengesahkan apa yang berlaku. Menurut beliau, pembunuhan yang dinamai Pembunuhan Beramai-ramai Sook Chin ini berlaku di sebuah estet luar KL. Di bawah pemerhatian beliau sahaja lebih 400 orang di dalam enam buah lori dibawa ke sebuah ladang. Beberapa orang dipenggal dan lainnya ditikam dengan bayonet sebelum ditanam hidup-hidup.
Menurut Genjiro, dia masih ingat percikan darah basah yang terkena pada batang pokok getah. Di Kuala Lumpur, ramai wanita Cina menceritakan ayah atau abang mereka diculik dan hilang begitu sahaja. Peristiwa hitam ini tercatat dalam buku dan kajian sejarah antara lain oleh Andrew Barber dalam Kuala Lumpur at War 1939-1945.
Tentu tidak ramai yang tahu mengenai ini.
 Jenayah perang di Batang Kali
Insiden berdarah lain ialah di Batang Kali, Selangor. Peristiwa ini juga kurang diketahui orang Melayu. Mereka hanya rasa terpaling ditindas menerusi insiden Bukit Kepong. Generasi baru masyarakat Cina pula mungkin tidak mengetahui kejadian ini ekoran ia tidak dimuatkan dalam buku sejarah sekolah.
Kejadian berdarah pada 12 Disember 1948 ini melibatkan 24 orang awam berbangsa Cina yang dibunuh oleh tentera British. Penjenayah perang yang melakukannya tidak pernah dihukum, manakala pihak Inggeris masih enggan mengiktiraf kejadian ngeri ini. Jika lebih ramai orang Cina dan Melayu elit mengetahui hal ini mungkin mereka tidak akan lagi begitu terhegeh-hegeh bercuti di London.
Ada banyak kajian sejarah mengenai apa yang berlaku di Batang Kali. Antara lain yang dilakukan Christopher Hale, sejarawan Inggeris menerusi buku beliau Massacre in Malaya: Exposing Britain’s My Lai.
Kejadian ini berlaku di awal zaman Darurat di mana British sedang membanteras gerakan Komunis. William Cootes salah seorang askar yang terlibat dalam kejadian 11 Disember. Selepas banyak tahun berlalu Cootes memperincikan apa yang berlaku dan menceritakan bagaimana dia diarahkan ke sebuah perkampungan penoreh getah Cina di estet Sungei Remok tidak jauh dari Batang Kali. Cootes dan platunnya diberi arahan untuk membunuh siapa sahaja yang ada di sana.
Malah menurut Cootes, beliau mengingat kembali bagaimana seorang sarjan membunuh kanak-kanak dengan menembaknya di perut. Memandangkan beliau masih hidup, satu tembakan di kepala pula dilepaskan. Keesokannya sekumpulan lelaki di bawa ke tebing sungai dan ditembak mati.
Kebanyakan kisah mengenai Batang Kali diceritakan kembali oleh balu mangsa dan juga anak-anak mereka yang hari ini sama ada sudah terlalu tua, atau sudah pun meninggal dunia. Sebagai contoh, dalam sebuah buku oleh Ian Ward dan Norma Miraflor berjudul Slaughter and Deception at Batang Kali, mereka menghimpunkan sejarah lisan dari kejadian sial ini. Kita ada banyak bahan untuk memuatkannya dalam kurikulum sejarah kita.
Salah satunya kisah Lim Kok yang ketika kejadian itu baru berusia 9 tahun. Beliau mengingat bagaimana bapanya, Lim Tian Sui dibunuh di estet Sungai Remok. Mayat bapanya ditemui tanpa kepala. Ada banyak perca sejarah mengenai apa yang berlaku pada 11 dan 12 Disember 1948 dilakukan oleh Platun 7, Batalion 2 Scots Guards di bawah British Army. Mereka membunuh orang awam.
Menurut Foo Mui yang kini sudah renta tua, beliau sedang memasak nasi apabila dapurnya dihurung askar Inggeris yang memaksa anaknya berusia 10 tahun menunjukkan arah. Menurut Foo Mui dia tidak pernah mendengar kata Komunis sebelum ini dan disoal apakah dirinya Komunis ketika itu.
Kejahatan penjajah mesti kita ceritakan kepada generasi muda. Jika kekejaman dan jenayah perang yang dilakukan terhadap orang Melayu, atau Cina, dan India diturunkan kepada generasi baru; mereka akan lebih menghayati erti kemerdekaan dan bernegara hari ini. Seluruh masyarakat kita juga tanpa terpilih-pilih akan melihat genosid dan pembunuhan sebagai jenayah perang. Termasuklah apa yang berlaku di Palestin.
Orang luar di Barat misalnya sangat cakna dengan keadaan di Palestin hari ini. Ia kerana mereka diajar tentang perang, jenayahnya dan genosid di sekolah. Ada naratif membentuk mereka. Untuk meminta semua orang merasai kepedihan Palestin, kita juga mesti mengiktiraf, menghayati dan ikut merasai kesakitan mereka juga. Ia mesti didedahkan kepada awam.
Generasi yang hampa atau vakum hal sebegini akan menjadi generasi yang vakum dan hampa empati. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/jenayah-perang-di-bukit-jalil-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
75 Years Later Families Of Batang Kali Massacre Still Fighting For Justice

75 Years Later Families Of Batang Kali Massacre Still Fighting For Justice

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 145 hits
Family members of the 24 victims outside Menara Binjai where the British High Commission is housed KUALA LUMPUR Families of the 1948 Batang Kali massacre today submitted a memorandum demanding an official apology from the British government...
B Verse Exhibition Di Pavilion Bukit Jalil

B Verse Exhibition Di Pavilion Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 265 hits
B VERSE Exhibition Di Pavilion Bukit Jalil Assalamualaikum semua Yuhuuu siapa sini BTS ARMY Ha ada berita baik untuk uols semua sebab dengan bangganya Seni Jaya membawakan Pameran THE FACT B VERSE khas buat peminat K POP di seluruh dunia te...
Perbadanan Stadium Malaysia Mohon Maaf Atas Kondisi Padang Stadium Bukit Jalil

Perbadanan Stadium Malaysia Mohon Maaf Atas Kondisi Padang Stadium Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 178 hits
Selepas tular isu kerosakan di Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Perbadanan Stadium Malaysia telah memuatnaik kenyataan memohon maaf kepada semua peminat bola sepak negara PSM juga memaklumkan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk ...
Minggu Yang Sibuk Di Bukit Jalil

Minggu Yang Sibuk Di Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 220 hits
Buat mereka yang ingin ke Bukit Jalil Jumaat ni silalah rancang masa dan perjalanan anda sebaiknya Weekend ni bermula Jumaat ada 4 clash events yang akan berlangsung serentak PialaMalaysia2023 JDT vs Terengganu 8 Disember GegarVaganza2023 8...
25 Discount Offered On Bukit Jalil Lrt For Madani Celebration

25 Discount Offered On Bukit Jalil Lrt For Madani Celebration

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 230 hits
Prasarana said the discount will be available on Touch n Go cards and tokens but not for travel passes and concessions KUALA LUMPUR Prasarana Malaysia Bhd is offering discounts of up to 25 for rail and transit bus services to and from Bukit...
Kali Meluap Sebabkan Simpang Mampang Depok Banjir Macet Parah Jalur Ini Bisa Jadi Alternatif

Kali Meluap Sebabkan Simpang Mampang Depok Banjir Macet Parah Jalur Ini Bisa Jadi Alternatif

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 116 hits
Banjir di lokasi ini bukan pertama kali Tiap hujan deras maka air akan meluap ke jalan hingga menyebabkan macet
Pertama Kali Menginap Di Hotel Bajet Oyo

Pertama Kali Menginap Di Hotel Bajet Oyo

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 201 hits
Disebabkan encik suami belum pasti lagi cuti ke tidak Makanya kita pun tak beria sangatlah nak booking hotel untuk hari konvokesyen encik suami Konvokesyen sidang pagi seawal pukul 7 00 pagi memang perlulah kita tidur di hotel yang berdekat...
Pum Mengalukan Pendirian Tegas Perdana Menteri Terhadap Kapal Dagangan Israel

Pum Mengalukan Pendirian Tegas Perdana Menteri Terhadap Kapal Dagangan Israel

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 267 hits
KENYATAAN MEDIA20 Disember 202307 Jamadil Akhir 1445HPUM MENGALUKAN PENDIRIAN TEGAS PERDANA MENTERI TERHADAP KAPAL DAGANGAN ISRAELPersatuan Ulama Malaysia mengalukan pendirian tegas YAB Perdana Menteri untuk tidak membenarkan kapal yang did...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja