Pm Bidas Eu Cadang Larang Import Minyak Sawit


Muin Abdul Majid, Bernama  


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyuarakan bantahan Malaysia berhubung cubaan untuk mengharamkan import minyak sawit di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyatakan ia merupakan kes yang jelas untuk menafikan perdagangan bebas

Berucap pada sesi Debat Umum Sidang Ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada Jumaat, Dr Mahathir menegaskan pendirian Malaysia terhadap langkah seumpama itu, menyatakan minyak sawit masih penyumbang besar terhadap ekonomi negara.

"Tiada bukti yang ia berbahaya. Kami merayu kepada budi bicara golongan kaya untuk tidak memiskinkan kami, untuk tidak menghalang ratusan ribu pekerja kami daripada menyara kehidupan.

"Anda akan berbuat kebajikan dengan menggunakan minyak sawit," katanya ketika beliau menyentuh mengenai pengharaman import minyak sawit yang dicadangkan oleh Kesatuan Eropah (EU).

Beliau berpandangan bahawa berikutan tidak mampu mengekalkan daya saing minyak makan mereka sendiri, kempen dilancarkan untuk mengharamkan minyak sawit, dengan mendakwa minyak sawit berbahaya kepada kesihatan, memusnahkan habitat monyet hidung panjang, mengurangkan penyerapan karbon dioksida dan lain-lain lagi.

M'sia hilang pasaran besar sebab perang dagang
Menegaskan bahawa Malaysia juga prihatin terhadap alam sekitar sepertimana masyarakat Eropah, beliau berkata liputan kawasan hutan negara ketika ini sebanyak 55.3 peratus, melebihi ikrar yang dibuat pada Sidang Kemuncak Bumi Rio pada 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan tanah yang diliputi hutan.

Mengenai perang perdagangan, beliau berkata ia adalah satu pembaziran dan akan mengekang potensi setiap orang untuk menjadi kaya.

Berhubung sekatan yang dikenakan terhadap negara tertentu, Dr Mahathir berkata tidak diketahui di bawah undang-undang mana sekatan seumpama itu dikenakan.

"Ia dilihat sebagai keistimewaan pihak yang kaya dan berkuasa. Jika kita mahu mengenakan sekatan, kita perlu ada undang-undang untuk mentadbirnya.

"Hakikatnya adalah apabila sekatan dikenakan ke atas sebuah negara, negara lain turut terkena sekatan itu.

"Malaysia dan banyak negara lain kehilangan pasaran besar apabila sekatan dikenakan ke atas Iran," kata perdana menteri.

Beliau percaya semua negara di dunia ingin mengecapi kemakmuran dan dibenarkan membangunkan negara mereka sendiri, tetapi mereka dihalang daripada berbuat demikian.

Disebalik banyak cakap-cakap mengenai perdagangan bebas, beliau berkata peraturan baharu yang diperkenalkan pada setiap masa telah merencatkan pembangunan di negara-negara miskin.

"Ini kerana cadangan bagi peraturan dan kawal selia dibuat oleh pihak yang kaya, sering kali secara rahsia. Pihak yang miskin secara praktikalnya dipaksa untuk menerimanya,” katanya sambil memberikan contoh Perkongsian Trans Pasifik.

"Ia dibuat di Washington dengan input daripada perniagaan besar mereka. Dalam perjanjian itu, kerajaan negara-negara kecil akan dipaksa untuk membayar pampasan wang pada jumlah besar kepada syarikat besar asing, sekiranya keputusan mereka menjejaskan keuntungan syarikat besar berkenaan, termasuk keuntungan di masa depan," katanya.

Nasib baik, Dr Mahathir berkata, kini negara berkuasa yang menyediakan perjanjian itu telah menolaknya.

"Dengan mengecualikan negara ini, perjanjian itu telah menjadi lebih boleh diterima. Tetapi perjanjian itu masih menetapkan syarat untuk perdagangan – yang menafikan perdagangan bebas.

Kami diberitahu bahawa kami perlu memansuhkan duti import, atau mengurangkannya supaya produk asing boleh mengalahkan industri kami yang kecil.

"Kami dipaksa untuk hanya mengeksport bahan mentah. Macam mana kami hendak menjadi negara perindustrian dan mewujudkan kerja untuk rakyat kami?," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau percaya dengan kapitalisme tetapi kapitalisme telah menjadi tidak keruan.

"Mereka kini bercakap mengenai meraih bertrilion. Adalah bahaya bagi seorang individu atau sebuah syarikat untuk mempunyai begitu banyak wang. Ia boleh mempengaruhi perkara lain. Ia boleh beli kuasa.

"Sekalipun undang-undang anti-amanah. Kami melihat ini dalam Perkongsian Trans Pasifik – TPP, apabila syarikat-syarikat kaya memberikan diri mereka sendiri kuasa untuk menyaman kerajaan.

"Terma perjanjian dirumuskan oleh mereka. Dan mereka semua bukan seperti Bill Gates.
Kebanyakannya cenderung untuk mengeksploitasi kuasa mereka dengan adanya wang," katanya.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/pm-bidas-eu-cadang-larang-import-minyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Menu Bening Sup Yang Ringkas Sedap Bebas Minyak

5 Menu Bening Sup Yang Ringkas Sedap Bebas Minyak

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 352 hits
Kata orang masakan rebus ni masakan malas tapi kalau kena pada cara memasak yang rebus dan reneh ini lagi sedap dan gerenti lebih sihat kerana bebas minyak Apa yang penting ia ringkas dan mudah disediakan bak kata emak emak Campak campak da...
Tuding Iran Di Balik Serangan As Beberkan Bukti Foto Satelit Di Kilang Minyak Saudi

Tuding Iran Di Balik Serangan As Beberkan Bukti Foto Satelit Di Kilang Minyak Saudi

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 247 hits
Amerika menuding Iran kemungkinan bertanggungjawab atas serangan di dua ladang minyak utama di Arab Saudi yang membuat pasar global dalam kekacauan
Dengar Sendiri Penjelasan Daripada Tuan Zaki Coo Ecostar Mengenai Jimat Minyak Ecostar

Dengar Sendiri Penjelasan Daripada Tuan Zaki Coo Ecostar Mengenai Jimat Minyak Ecostar

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 325 hits
Dengar sendiri penjelasan daripada Tuan Zaki COO Ecostar mengenai Jimat Minyak Ecostar Penerangan lanjut pasal produk testimoni dan peluang bisnes sila lihat di website ini Klik Terbaik Minyak jimat Enjin lancar Duit masyuk lebat ecostar jm...
Serangan Di Arab Saudi Jika Minyak Naik Kerajaan Beri Subsidi

Serangan Di Arab Saudi Jika Minyak Naik Kerajaan Beri Subsidi

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 346 hits
Serangan di Arab Saudi Jika minyak naik kerajaan beri subsidiOleh September 16 2019Rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega dengan jamianan terbaharu kerajaan Pakatan Harapan akan kekal memberi subsidi jika harga minya dunia meningkat susul...
Esdm Sebut Penyerangan Kilang Minyak Belum Berdampak Ke Harga Bbm Ri

Esdm Sebut Penyerangan Kilang Minyak Belum Berdampak Ke Harga Bbm Ri

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 256 hits
Pelaksana tugas Direktur Jenderal Minyak dan Gas Bumi Kementerian Energi Sumber Daya Mineral Djoko Siswanto mengatakan kenaikan harga minyak dunia akibat penyerangan kilang Minyak di Arab Saudi belum berpengaruh pada pembentukan harga Bahan...
Sri Mulyani Waspadai Dampak Serangan Drone Di Kilang Minyak Arab Saudi

Sri Mulyani Waspadai Dampak Serangan Drone Di Kilang Minyak Arab Saudi

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 264 hits
Insiden yang membuat 50 persen pasokan minyak negara tersebut terhenti itu mau tak mau berdampak pada harga minyak dunia Mengutip Reuters Senin harga minyak sempat melonjak belasan persen bahkan mencapai titik tertinggi sejak Mei
Bekalan Minyak Saudi Jatuh Akibat Serangan Trump Arah Keluarkan Simpanan Minyak Usa Untuk Cover Pasaran

Bekalan Minyak Saudi Jatuh Akibat Serangan Trump Arah Keluarkan Simpanan Minyak Usa Untuk Cover Pasaran

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 300 hits
Sabtu lalu beberapa siri serangan dron ke atas kilang pembekal minyak terbesar di dunia telah menjejaskan kira kira 5 peratus bekalan minyak harian global Berikutan itu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meluluskan bekalan kecemasan min...
Sri Mulyani Waspadai Pengaruh Kenaikan Minyak Dunia Terhadap Indonesia

Sri Mulyani Waspadai Pengaruh Kenaikan Minyak Dunia Terhadap Indonesia

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 203 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mewaspadai pengaruh kenaikan harga minyak dunia tersebut terhadap Indonesia Dia menyebut pemerintah terus mencermati kondisi politik yang saat ini terjadi antara Amerika Serikat Iran dan Arab Saudi
Royalti Minyak Kelantan Akan Dibayar

Royalti Minyak Kelantan Akan Dibayar

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 234 hits
Royalti Minyak Kelantan Akan Dibayar Bayaran royalti petroleum kepada negeri Kelantan akan dibuat apabila tiba masa dan ketikanya kata Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah Menurut beliau Kementerian Kewangan Malaysia bertanggungjawab ...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Jangan Marah Unnn

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni