Pm Beri Perhatian Khusus Segerakan Projek Keutamaan Di Pahang




KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Kementerian Ekonomi dan semua kementerian serta agensi berkaitan dengan projek-projek keutamaan di Pahang dapat memberikan perhatian khusus dan menyegerakan projek terbabit.
Beliau berkata, ia bagi memastikan kelancaran perancangan dan keberkesanan pelaksanaan pembangunan projek-projek berkenaan.


"Projek-Projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat khususnya warga Pahang dan mereka akan menikmati manfaatnya dalam jangka masa panjang," katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Anwar, ketika melakukan lawatan kerja sehari ke Pahang petang tadi, telah mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Pahang yang dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan di negeri itu.


Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican.


Perdana Menteri berkata, dalam mesyuarat itu, pelbagai projek pembangunan dan perancangan seperti menaik taraf, membina infrastruktur dan kemudahan rakyat Pahang telah dibentang serta dibincangkan merangkumi aspek pengangkutan, utiliti, perumahan, kesihatan dan pendidikan.
Beliau berkata, antaranya projek menaik taraf Jalan Pos Pos Sinderut di Lipis, projek Bekalan Air Luar Bandar untuk Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi serta kawasan Mukim Hulu Tembeling di Jerantut, cadangan pembinaan persimpangan bertingkat Bukit Rangin, Jalan Kuantan-Chukai serta projek menaik taraf lapangan terbang sedia ada Pulau Tioman di Rompin dan pemanjangan landasan.
Turut dibintang projek meroboh blok kuarters sedia ada dan membina blok baharu tambahan Hospital Tengku Ampuan Afzan, menaik taraf Jalan Sungai Koyan (laluan Raub ke Sungai Koyan ke Ringlet) di Raub dan Lipis, projek pembinaan Kolej Komuniti Jelai di Lipis serta projek pembinaan jalan baharu Kuala Medang ke Tanjung Gahai ke Bukit Kota di Lipis.
Terdahulu, Anwar menghadap Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz sebelum ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi sesi taklimat tersebut.
Perdana Menteri seterusnya melakukan jelajah mesra di Bazar Ramadan Taman Kerang dan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Pahang di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/03/anwar-beri-perhatian-khusus-segerakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wali Hakim Dapat Perhatian Kerajaan Pahang Menerusi Bantuan Oine Off Rm500 Seorang Tahun Ini

Wali Hakim Dapat Perhatian Kerajaan Pahang Menerusi Bantuan Oine Off Rm500 Seorang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 163 hits
TEMERLOH Nasib wali hakim di Pahang turut mendapat perhatian kerajaan negeri menerusi bantuan one off RM500 seorang buat julung kalinya Exco Hal Ehwal Agama Islam Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ah...
Sultan Pahang Perdana Menteri Bertembung Di Bazar Ramadan

Sultan Pahang Perdana Menteri Bertembung Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 404 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertembung di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini Al Sultan Abdullah yang diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunk...
Padang Mbk 1 Berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Lokasi Utama World Quranhour Di Pahang

Padang Mbk 1 Berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Lokasi Utama World Quranhour Di Pahang

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 391 hits
KUANTAN Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini dipilih sebagai lokasi Program World QuranHour peringkat negeri Pahang yang akan berlangsung 4 April ini Setiausaha Sekretariat Rumah Ngaji Pahang Moh...
Sultan Pahang Terima Menghadap Pm Anwar Di Istana Abdulaziz

Sultan Pahang Terima Menghadap Pm Anwar Di Istana Abdulaziz

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 190 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Abdulaziz di sini sempena lawatan beliau ke negeri ini semalam Berangkat sa...
Pmx Mempengerusikan Taklimat Pembanggunan Negeri Pahang

Pmx Mempengerusikan Taklimat Pembanggunan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 300 hits
Saya telah mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Pahang pada petang ini yang dihadiri oleh Menteri Besar Pahang YAB Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua ketua jabatan di negeri Paha...
Mengadap Sultan Pahang Semalam

Mengadap Sultan Pahang Semalam

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 306 hits
Menghadap Sultan Pahang Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah di Istana Abdulaziz Kuantan dalam kerangka lawatan saya hari ini ke negeri Pahang D...
Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan

Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 319 hits
SHAH ALAM Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Restaurant di Bentong yang ditutup laluan masuk oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang semalam meminta kerajaan negeri itu untuk mempertimbangkan rayuan serta memberi peluang kepada mereka menjalank...
Anwar Wan Rosdy Baik Dengan Pm Untuk Majukan Negeri Pahang

Anwar Wan Rosdy Baik Dengan Pm Untuk Majukan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 253 hits
KUANTAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan baik dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah untuk memakmurkan rakyat di negeri ini Perdana Menteri berkata beliau menghormatinya kerana kesung...
Kafe Tanah Aina Fareena Beroperasi Enam Tahun Kenapa Baru Sekarang Kerajaan Pahang Bertindak

Kafe Tanah Aina Fareena Beroperasi Enam Tahun Kenapa Baru Sekarang Kerajaan Pahang Bertindak

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 349 hits
BENTONG Pihak pengurusan Kafe Tanah Aina Fareena mempersoalkan kewajaran Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan menutup laluan akses masuk ke premis itu hari ini Pengurusnya Syarifah Sheila Syed Mustafa berkata tindakan tersebut seolah o...
Pampasan Tanah Kerajaan Persekutuan Setuju Selesai Babit Kem Syed Sirajuddin Pm Anwar

Mytnb Cara Semak Bil Elektrik Online

Drama Dr Pontianak 2

Lirik Lagu Harapalsu Arghpiez Ft Mus Satira

Spring Blossom Wildflower Dan Country Festival

Cara Masuk Whatsapp Web Bikin Chat An Di Laptop Makin Seamless

Jadwal Al Nassr Vs Al Ahli Di Final Saudi Super Cup 2025 Malam Ini Penentuan Juara

Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Taman Safari Indonesia Perkukuh Kehadiran Di Malaysia Sebagai Destinasi Keluarga Hidupan Liar Bertaraf Dunia

Pendamping Produk Halal Umkm Kubu Raya Cara Daftar Halal Self Declare Tahun 2025

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Filem Blood Brothers Bara Naga

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Keletah Jadi Perhatian Shaheizy Sam Tidak Halang Minat Seni Anak Anak