Kumpulan Doktor Gesa Sambung Pkp Sampai Lepas Raya




Akademi Perubatan Malaysia menggesa kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kata kumpulan profesional itu, balik kampung secara beramai-ramai boleh memburukkan lagi penyebaran wabak Covid-19.
Menurut mereka, penjarakan sosial akan gagal apabila perantau yang balik beraya berkumpul di hentian serta kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya.
“Penarikan balik PKP atau penguatkuasaan yang terlalu longgar akan menyebabkan segala kebaikan yang telah dicapai daripada duduk di rumah selama empat minggu kebelakangan ini, menjadi sia-sia.
“Perang melawan Covid-19 masih jauh lagi, banyak pengorbanan yang telah dan akan terus dilakukan dalam tahun ini,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, meskipun keinginan untuk meluangkan masa bersama sanak-saudara sempena Hari Raya adalah sesuatu yang boleh difahami, namun dalam berdepan wabak yang belum pernah dihadapi ini, penjarakan sosial perlu terus dilakukan sehinggalah vaksin baru ditemui.
“Disebabkan pandemik Covid-19, penjarakan sosial perlu menjadi norma baru sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu sehingga keadaan menjadi terkawal …
“[…] Untuk tahun ini sekurang-kurangnya, perlu ada kawalan, pemantauan atau mungkin haramkan perhimpunan, sama ada perhimpunan Ramadan, Aidilfitri, atau Haji,” kata kumpulan itu.
Akademi itu turut yang mengingatkan hal sama terhadap Pesta Kaamatan (30 Mei di Sabah) dan Hari Gawai (1 Jun di Sarawak) yang akan datang.
KKM sediakan data
Fasa dua PKP dijangka tamat pada 14 April, manakala Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 24 Mei. KKM dijangka menyediakan data pada 10 April kepada kerajaan untuk kerajaan menentukan sama ada melanjutkan perintah itu atau pun tidak.
Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM akan mengemukakan beberapa cadangan untuk pertimbangan kabinet, sementara menteri kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pelonggaran PKP kemungkinan bergantung pada bilangan kes di setiap daerah.
Bagaimanapun, sekiranya PKP dilanjutkan, kata kumpulan itu, kerajaan harus melipatgandakan usaha untuk mengurangkan kesan pandemik itu terhadap sosioekonomi rakyat.
“Kami sedar pandemik ini telah dan akan terus mempunyai kesan negatif yang besar terhadap semua aspek ekonomi Malaysia. Sebab itulah pendekatan menyeluruh yang kuat diperlukan, baik di pihak kerajaan mahupun rakyat,” tambah kumpulan itu lagi.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/09/kumpulan-doktor-gesa-sambung-pkp-sampai-lepas-raya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kumpulan-doktor-gesa-sambung-pkp-sampai-lepas-raya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Lanjutkan Pkp Sehingga Selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Cadangan Lanjutkan Pkp Sehingga Selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 600 hits
Cadangan Lanjutkan PKP sehingga selepas sambutan Hari Raya AidilfitriTempoh Perintah Kawalan Pergerakan perlu dilanjutkan sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri gesa Akademi Perubatan Malaysia Lanjutkan PKP sehingga selepas Aidilfit...
Fasa Ketiga Pkp Sekatan Jalan Raya Di Pulau Pinang Ditambah

Fasa Ketiga Pkp Sekatan Jalan Raya Di Pulau Pinang Ditambah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 461 hits
Polis Pulau Pinang menambah bilangan sekatan jalan raya bagi memperketatkan kawalan PKP di negeri ini GEORGETOWN Polis Pulau Pinang mempertingkatkan kawalan dengan menambah jumlah sekatan jalan raya di seluruh negeri bermula fasa ketiga Per...
Kerajaan Perlu Gesa Majikan Pks Hantar Pulang Pekerja Asing Ketika Pkp Kata Mtuc

Kerajaan Perlu Gesa Majikan Pks Hantar Pulang Pekerja Asing Ketika Pkp Kata Mtuc

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 420 hits
Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pengurangan levi untuk pekerja asing sebanyak 25 kepada semua syarikat yang permit pekerjanya tamat pada April hingga Jun 2020 PETALING JAYA Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata kerajaan perlu me...
Covid 19 Enam Dikompuan Rm1 000 Langgar Pkp Ketika Masuk Pasar Raya

Covid 19 Enam Dikompuan Rm1 000 Langgar Pkp Ketika Masuk Pasar Raya

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 397 hits
Oleh Amirul Aiman Hamsuddin SABAK BERNAM Enam individu menerima padah apabila dikompaun RM1 000 setiap seorang selepas melanggar Perintah Kawalan Pergerakan secara beramai ramai ketika mengunjungi sebuah pasar raya di sini semalam Ketua Pol...
Kalau Nak Puasa Nak Raya Patuhi Pkp

Kalau Nak Puasa Nak Raya Patuhi Pkp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 529 hits
Kerajaan menasihatkan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya mahu kembali menjalani kehidupan seharian seperti biasa dan menyambut puasa serta Hari Raya Aidilfitri Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata...
Kita Boleh Sambut Hari Raya Aidilfitri Jika Semua Rakyat Patuhi Pkp

Kita Boleh Sambut Hari Raya Aidilfitri Jika Semua Rakyat Patuhi Pkp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 445 hits
Rakyat perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya ingin kembali kepada kehidupan biasa dan seterusnya membolehkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi disambut Kita boleh sambut Hari Raya Aidilfitri jika sem...
Doktor Jantung Berjoging Didakwa Langgar Pkp

Doktor Jantung Berjoging Didakwa Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 244 hits
SEORANG pakar jantung mengaku tidak bersalah menghalang penjawat awam menjalankan nbsp tugas ketika tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kata laporan nbsp Malay Mail nbsp Dr Ong Hean Teik didakwa nbsp didakwa di bawah Bahagian 3 P...
Berpantang Semasa Tempoh Pkp Nasihat Doktor Ini Harus Diambil Perhatian

Berpantang Semasa Tempoh Pkp Nasihat Doktor Ini Harus Diambil Perhatian

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 319 hits
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid 19 agak mencabar buat semua Ramai ibu ibu yang bakal bersalin risau dengan keadaan wabak yang semakin serius Banyak persoalan yang diutarakan oleh ibu ibu hamil tentang bagaimana persiapan ket...
Doktor Swasta Gesa Noor Hisham Turun Padang Dakwa Kkm Gagal Lindungi Barisan Depan

Doktor Swasta Gesa Noor Hisham Turun Padang Dakwa Kkm Gagal Lindungi Barisan Depan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 331 hits
Seorang doktor hospital swasta mendakwa pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi barisan depan perubatan yang memerangi Covid 19 selepas kira kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas Dr Musa Nordin dari ...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Rose B Buai Aku Jaga Ia Sulu Chord

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Everyman Tracker Build Pt 8 Pre Wiring Wrap Up