Pm Berani Batal Bertemu Pn Petunjuk Pru15 Sudah Dekat Bersatu Bakal Selamanya Kempunan Kerusi Tpm


 
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob nampaknya sudah mula berani menunjukkan “taring dan kukunya” kepada Perikatan Nasional atau PN.
Berikutan terus diasak untuk melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu, walaupun pada awalnya setuju untuk bertemu delegasi BN, beliau kemudian membatalkan pertemuan itu pada saat-saat akhir.
Pembatalan itu membuatkan ada pemimpin Bersatu jadi naik darah sehingga tercetus perbincangan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan.
Begitu pun, perbincangan menarik sokongan itu hanya sekadar perbincangan semata-mata untuk melihat kesan baik dan buruknya tanpa ada sebarang keputusan yang dipersetujui.
Berdepan persoalan itu, Ismail Sabri tidak mengambil masa lama untuk memberi tindak balasnya.
Kata beliau, jika ada parti yang menarik sokongan terhadap kerajaan, maka PRU15 terpaksa diadakan dengan seberapa segera.
Makna kata, Ismail Sabri dalam hal ini tidak akan membiarkan dirinya seperti Tun Mahathir Mohamad dan Mahiaddin Md Yasin yang terus meletak jawatan apabila berdepan kehilangan sokongan.
Beliau sebaliknya ingin melawan tindakan tersebut dengan membubarkan Parlimen untuk sama-sama berhadapan dengan undi daripada rakyat.
Sebagaimana ramai faham, tujuan Bersatu menuntut jawatan nombor dua dalam kerajaan itu adalah untuk kepentingan menghadapi PRU15 kerana seorang Timbalan Perdana Menteri mempunyai peruntukan khas sebanyak RM400 juta dari segi pemberian projek-projek pembangunan.
Bayangkan betapa selesanya Bersatu dan PN jika jawatan Timbalan Perdana Menteri jadi milik mereka?
Dengan Ismail Sabri memberi gambaran bahawa Parlimen akan dibubarkan jika ada parti yang menarik sokongan, sudah tentu Bersatu terus “kecut telur” untuk berbuat demikian.
Ini kerana Bersatu hanya mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu dan tidak mahu PRU15 diadakan dalam kadar masa yang segera.
Kalau menarik sokongan dan PRU15 diadakan segera dalam keadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diperolehi, mudah kata…habislah mereka.
Situasi ini akan menjadikan PN dan Bersatu tiada pilihan lain selain terus menyokong kerajaan, walau pelbagai perasaan ada dalam hati kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diidam-idamkan gagal diperolehi.
Melihat kepada keberanian Perdana Menteri membatalkan pertemuan dengan delegasi PN itu, yang jelas ini adalah petunjuk bahawa dalam fikiran Ismail Sabri kini sudah ada tarikh yang dekat untuk beliau membubarkan Parlimen.
Disebabkan tarikh untuk mengadakan PRU15 itu sudah terlalu dekat, Ismail Sabri barangkali beranggapan tiada keperluan dan membazir saja untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri.
Oleh kerana tiada keperluan membuat lantikan, maka tiada keperluan jugalah untuknya bertemu dengan delegasi PN itu.
Jika tiada aral melintang, dijangka Ismail Sabri akan bertindak membubarkan Parlimen sebelum berakhir Ogos ini dan pengundian bakal dilangsungkan pada September.
Dalam erti kata lain, tindakan berani Ismail Sabri membatalkan pertemuan dengan delegasi PN itu adalah isyarat bahawa PRU15 sudah terlalu dekat, selain petunjuk Bersatu akan selamanya kempunan untuk memperolehi jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Khusus kepada Hamzah Zainuddin atau Azmin Ali yang sama-sama mengidam jawatan Timbalan Perdana Menteri…sabor jelah!! – ShahbudinHusin 06/08/2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/pm-berani-batal-bertemu-pn-petunjuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Shahidan Dan Tajuddin Antara 7 Mp Umno Menggelupur Cari Kerusi Untuk Tanding Pru15

Annuar Musa Shahidan Dan Tajuddin Antara 7 Mp Umno Menggelupur Cari Kerusi Untuk Tanding Pru15

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 253 hits
NASUHA RAHMANDatuk Lokman Noor Adam mendakwa Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa antara 7 Ahli Parlimen Umno sedang menggelupur mencari kerusi untuk bertanding pada PRU15 Dalam sesi temubual yang disiarkan secara langsung ...
Buang Masa Tunggu Keputusan Ros Dan Gerakkan Jentera Pru15 Umno Patut Berani Adakan Pemilihan Lebih Dulu

Buang Masa Tunggu Keputusan Ros Dan Gerakkan Jentera Pru15 Umno Patut Berani Adakan Pemilihan Lebih Dulu

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 188 hits
UMNO dan BN ketika ini sedang rancak menyusun dan memperkemas jentera di beberapa negeri bagi menghadapi PRU15 yang entah bila tarikhnya Timbalan Presiden UMNO selaku Pengarah Pilihanraya BN Mohamad Hasan dalam minggu lalu telah mengadakan ...
Bersatu Patutnya Calonkan Hamzah Bukan Azmin Untuk Tpm

Bersatu Patutnya Calonkan Hamzah Bukan Azmin Untuk Tpm

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 109 hits
Semalam ada laporan berita yang menyebut Azmin Ali adalah calon tunggal yang dikehendaki oleh Mahiaddin Md Yasin untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Ini bermakna tiada nama Hamzah Zainuddin atau mungkin nama beliau telah digugur...
Wanita Batal Perkahwinan Selepas Lihat Bakal Suami Dimandikan Ibunya

Wanita Batal Perkahwinan Selepas Lihat Bakal Suami Dimandikan Ibunya

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 206 hits
KOSMO BEIJING Seorang wanita di China bertindak membatalkan perkahwinannya setelah mengetahui bahawa calon suami masih dimandikan oleh ibu sendiri lapor portal berita Wolipop Kejadian itu berlaku di bandar Sutian wilayah Jiangsu ketika kedu...
Tidak Tunai Janji Lantik Tpm Dari Bersatu Pn Timbang Tarik Balik Sokong Pm Ismail Sabri

Tidak Tunai Janji Lantik Tpm Dari Bersatu Pn Timbang Tarik Balik Sokong Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 234 hits
nbsp PUTRAJAYA Perikatan Nasional sedang menimbang untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menurut laporan The Star Laporan itu mendakwa ia kerana Ismail Sabri tidak menunaikan apa yang dikatakan...
Ph Akan Bincang Pembahagian Kerusi Fokus Pada 52 Kerusi Ditandingi Bersatu

Ph Akan Bincang Pembahagian Kerusi Fokus Pada 52 Kerusi Ditandingi Bersatu

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 147 hits
Fahmi tidak menolak kemungkinan wujudkan kerjasama seperti Pilihan Raya Negeri Johor sebelum ini KUALA LUMPUR Pakatan Harapan setakat ini masih belum membincangkan pembahagian kerusi melibatkan parti dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilih...
Family Pun Tak Tahu Nak Nikah Gadis Luah Perasan Bakal Suami Batal Majlis Kahwin Last Minute

Family Pun Tak Tahu Nak Nikah Gadis Luah Perasan Bakal Suami Batal Majlis Kahwin Last Minute

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 260 hits
Seorang wanita menghadapi peristiwa pahit apabila mahligai bahagia yang ingin dibina hancur musnah gara gara bakal suaminya enggan berkahwin di saat akhir majlis akan diadakan Wanita yang dikenali sebagai Ain ini turut memuat naik video kro...
Bakal Bertemu Peminat Junho 2pm Adakan Konsert Peminat Before Midnight

Bakal Bertemu Peminat Junho 2pm Adakan Konsert Peminat Before Midnight

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 206 hits
Jun ho 2PM berjaya menunjukkan kemampuannya untuk meraih populariti selepas debut sebagai pelakon dan tampil dalam beberapa projek hiburan popular ARTIKEL BERKAITAN Penyanyi dan pelakon Jun ho telah melancarkan satu poster untuk fan con Bef...
Agensi Iu Beri Amaran Isu Penjualan Tiket Haram Bakal Ambil Tindakan Tegas

Agensi Iu Beri Amaran Isu Penjualan Tiket Haram Bakal Ambil Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 136 hits
Khabar mengenai konsert yang bakal diadakan oleh IU tidak lama lagi semestinya mengujakan peminat Namun ada satu isu berbangkit apabila khabarnya tiket konsert IU mula dijual secara haram ARTIKEL BERKAITAN Isu yang berbangkit kali ini berja...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik