Pm Arah Pinda Akta Hukuman Lebih Berat Kepada Pemandu Mabuk



Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah

Perdana Menteri berkata, arahan itu sebagai maklum balas kepada keresahan rakyat mengenai kes kemalangan akibat pemandu mabuk yang mana statistik polis sepanjang lima bulan pertama tahun ini sebanyak 21 kes membabitkan pemandu mabuk dicatatkan yang mana lapan mangsa meninggal dunia

Katanya, perkara itu sangat membimbangkan kerana jumlah yang direkodkan dalam tempoh lima bulan tahun ini menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lalu

"Saya memandang berat bilangan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk yang dilihat semakin membimbangkan kebelakangan ini

"Sebagai ketua kerajaan yang juga seorang bapa, saya memahami keresahan rakyat dan keluarga mangsa kemalangan yang mahu kerajaan bertindak tegas menangani perkara ini," katanya dalam catatan di Facebook, hari ini

Perdana Menteri yang kini dikuarantin 14 hari di kediamannya berkata, beliau difahamkan pindaan akta berkenaan akan dimuktamadkan pertengahan Jun depan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan pada persidangan akan datang


Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan

Pindaan ke atas Akta 333 itu katanya, diharap dapat menetapkan hukuman mandatori lebih berat dan setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan apatah lagi kematian kepada pengguna jalan raya yang lain

"Saya juga berharap pindaan hukuman ini kelak akan memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk," katanya

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pindaan kerajaan akan mengambil langkah segera bagi memastikan cadangan pindaan Akta 333 yang dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan dibawa ke persidangan Parlimen dalam tempoh terdekat

Katanya, antara pindaan yang dibuat bukan sahaja membabitkan peruntukan berkaitan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian iaitu Seksyen 44, Akta 333 tetapi juga memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan mengikut Seksyen 45 akta sama walaupun tidak terbabit dalam apa-apa kemalangan

"Kerajaan juga amat menyokong cadangan Kementerian Pengangkutan untuk menetapkan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu yang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk (Seksyen 45) mengikut peruntukan sedia ada masih merupakan kuasa budi bicara mahkamah," katanya

Takiyuddin berkata dengan meningkatkan kadar denda dan hukuman penjara selepas pindaan dibuat, Jabatan Peguam Negara boleh mendakwa pesalah di Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi

Sebagai langkah pencegahan, beliau berkata pihak kerajaan akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara supaya kes yang membabitkan kematian angkara pemandu mabuk turut disiasat dan dituduh mengikut Kanun Keseksaan, termasuk Seksyen 302 iaitu menyebabkan kematian dengan sengaja ataupun Seksyen 307 iaitu cubaan membunuh dengan niat

Sumber: BH Online

from Sehinggit Media https://ift.tt/2ZRYff2
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/05/pm-arah-pinda-akta-hukuman-lebih-berat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pindaan Undang Undang Hukuman Lebih Berat Kes Pemandu Mabuk Dimuktamad Jun Kata Muhyiddin

Pindaan Undang Undang Hukuman Lebih Berat Kes Pemandu Mabuk Dimuktamad Jun Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 723 hits
PETALING JAYA Kerajaan memandang serius keresahan rakyat berhubung peningkatan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata susulan itu beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan supaya merangka p...
Pinda Segera Hukuman Berat Untuk Pemandu Mabuk Abim

Pinda Segera Hukuman Berat Untuk Pemandu Mabuk Abim

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 306 hits
SHAH ALAM Angkatan Belia Islam Malaysia menggesa kerajaan agar segera meminda undang undang supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu mabuk Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata jumlah kes kemalangan yang didakwa berp...
Amzad Sokong Pindaan Hukuman Lebih Tegas Buat Pemandu Mabuk

Amzad Sokong Pindaan Hukuman Lebih Tegas Buat Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 349 hits
Oleh Ahmad Sabri YusofKUALA TERENGGANU 28 Mei Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim bersetuju jika Kerajaan Persekutuan sedia mengkaji serta membuat pindaan peraturan dan undang undang lebih tegas kepada individu y...
Pemandu Mabuk Apakah Hukuman Berat Mampu Menanganinya Bernama

Pemandu Mabuk Apakah Hukuman Berat Mampu Menanganinya Bernama

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR 2 Jun Akhir akhir ini kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian mencetuskan pelbagai reaksi serta pandangan mendesak kerajaan mengetatkan undang undang berkaitan bagi menanganinya Bagaikan...
Pemandu Mabuk Mesti Dikenakan Hukuman Berat Anthony Loke

Pemandu Mabuk Mesti Dikenakan Hukuman Berat Anthony Loke

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 295 hits
Pada 29 Mei 2020Oleh Anthony LokeTakziah kepada Satu lagi nyawa terkorban diakibatkan oleh pemandu mabuk Antara cadangan pindaan yang saya ingin bawa untuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 semasa saya masih menjadi Menteri Pengangkutan untuk me...
Isu Pemandu Mabuk Kerajaan Pn Jangan Sekadar Janji Pinda Apj 1987

Isu Pemandu Mabuk Kerajaan Pn Jangan Sekadar Janji Pinda Apj 1987

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 224 hits
Mohammed Firdaus JohariKerajaan PN jangan hanya sekadar menabur janji untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sepatutnya mengambil langkah segera bagi meminda akta tersebut melalui sidang Parlimen yang seharusnya diadakan tanpa lengah De...
Kasi Hukuman Berat Amuk Lelaki Langgar 5 Orang Awam Hingga Cedera Dipercayai Mabuk

Kasi Hukuman Berat Amuk Lelaki Langgar 5 Orang Awam Hingga Cedera Dipercayai Mabuk

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 330 hits
Amuk Lelaki langgar 5 orang awam hingga cedera dipercayai mabukSebuah kereta yang melanggar beberapa orang awam dalam satu kejadian di perkarangan tapak penjaja dekat Kuala Lumpur Jumaat BAHANA mabuk Insiden lima orang awam yang dilanggar k...
Hukuman Yang Wajar Bagi Kesalahan Pemandu Mabuk

Hukuman Yang Wajar Bagi Kesalahan Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 538 hits
Saya sangat sedih dengan berita mengenai kemalangan khususnya melibatkan pemandu mabuk malah sepanjang bulan Mei ini saja beberapa kemalangan berturut turut dilaporkan adalah berkaitan pemandu mabuk Terbaru Saya menggunakan kesempatan sempe...
Pemandu Mabuk Terus Membunuh Netizen Gesa Hukuman Gantung Sampai Mati

Pemandu Mabuk Terus Membunuh Netizen Gesa Hukuman Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 396 hits
Pemandu mabuk terus membunuh Lagi kes terbaru seorang pekerja syarikat kurier tidak sempat menikmati gaji pertamanya selepas maut dilanggar pemandu mabuk di kilometer 34 2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur Menerusi laporan Sinar ...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah