Pindaan Undang Undang Hukuman Lebih Berat Kes Pemandu Mabuk Dimuktamad Jun Kata Muhyiddin




PETALING JAYA: Kerajaan memandang serius keresahan rakyat berhubung peningkatan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk.
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata susulan itu, beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan supaya merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
“Saya difahamkan pindaan akta ini akan dimuktamadkan pertengahan Jun depan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan pada persidangan akan datang.
“Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Muhyiddin berkata, bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.
Katanya, pindaan ke atas Akta 333 diharap dapat menetapkan hukuman mandatori lebih berat dan setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan, apatah lagi kematian kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Saya juga berharap pindaan hukuman ini kelak akan memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk,” katanya.
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong sebelum ini berkata, kementeriannya sedia meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat boleh dikenakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian atau kecederaan pengguna jalan raya yang lain.
Wee berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah untuk meneliti semula akta tersebut.
Pindaan akta berkenaan perlu dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini katanya, dengan mengambil kira pandangan orang ramai melalui soal selidik yang dijalankan, sebelum ia dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.
Muhyiddin berkata, bilangan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.
Katanya, sebagai ketua kerajaan yang juga seorang bapa, beliau memahami keresahan rakyat dan keluarga mangsa kemalangan yang mahu kerajaan bertindak tegas menangani perkara ini.
“Statistik oleh polis menunjukkan sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dicatatkan sepanjang 5 bulan pertama tahun ini. Daripada jumlah itu, 8 mangsa kehilangan nyawa.
“Perkara ini amat membimbangkan kerana jumlah yang direkodkan menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lepas,” katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/pindaan-undang-undang-hukuman-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Arah Pinda Akta Hukuman Lebih Berat Kepada Pemandu Mabuk

Pm Arah Pinda Akta Hukuman Lebih Berat Kepada Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 383 hits
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh a...
Amzad Sokong Pindaan Hukuman Lebih Tegas Buat Pemandu Mabuk

Amzad Sokong Pindaan Hukuman Lebih Tegas Buat Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 416 hits
Oleh Ahmad Sabri YusofKUALA TERENGGANU 28 Mei Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim bersetuju jika Kerajaan Persekutuan sedia mengkaji serta membuat pindaan peraturan dan undang undang lebih tegas kepada individu y...
Pemandu Mabuk Apakah Hukuman Berat Mampu Menanganinya Bernama

Pemandu Mabuk Apakah Hukuman Berat Mampu Menanganinya Bernama

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR 2 Jun Akhir akhir ini kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian mencetuskan pelbagai reaksi serta pandangan mendesak kerajaan mengetatkan undang undang berkaitan bagi menanganinya Bagaikan...
Pemandu Mabuk Mesti Dikenakan Hukuman Berat Anthony Loke

Pemandu Mabuk Mesti Dikenakan Hukuman Berat Anthony Loke

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 364 hits
Pada 29 Mei 2020Oleh Anthony LokeTakziah kepada Satu lagi nyawa terkorban diakibatkan oleh pemandu mabuk Antara cadangan pindaan yang saya ingin bawa untuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 semasa saya masih menjadi Menteri Pengangkutan untuk me...
Pinda Segera Hukuman Berat Untuk Pemandu Mabuk Abim

Pinda Segera Hukuman Berat Untuk Pemandu Mabuk Abim

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 373 hits
SHAH ALAM Angkatan Belia Islam Malaysia menggesa kerajaan agar segera meminda undang undang supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu mabuk Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata jumlah kes kemalangan yang didakwa berp...
Kenapa Cabar Hukuman Lebih Rendah Mengikut Undang Undang Islam Zainul Rijal

Kenapa Cabar Hukuman Lebih Rendah Mengikut Undang Undang Islam Zainul Rijal

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Peguam Muslim Malaysia mempersoalkan tindakan seorang lelaki mencabar keperlembagaan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah 1995 berhubung persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii Presidennya Datuk Zain
Hai Diam Saja Kes Pemandu Mabuk Tak Kan La Diam Kot Dulu Riuh Rendah Sakan

Hai Diam Saja Kes Pemandu Mabuk Tak Kan La Diam Kot Dulu Riuh Rendah Sakan

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 510 hits
Semalam ada video tular Seorang pemandu mabuk bukan setakat melanggar kerana berada dalam keadaan mabuk malah pula menyerang dengan memandu dalam keadaan bahaya 5 orang dilapor cedera Beberapa khemah bazar Ramadhan dan kenderaan turut rosak...
Kuat Kuasa Undang Undang Lebih Ketat Lebih Baik Daripada Gantung Jualan Alkohol Kata Persatuan

Kuat Kuasa Undang Undang Lebih Ketat Lebih Baik Daripada Gantung Jualan Alkohol Kata Persatuan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 358 hits
Kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki di Kuantan semalam Mangsa dilanggar oleh pemandu yang melawan arus lalu lintas dipercayai di bawah pengaruh alkohol PETALING JAYA Sebuah persatuan perniagaan menolak cadangan PAS untuk menggantung...
Hukuman Yang Wajar Bagi Kesalahan Pemandu Mabuk

Hukuman Yang Wajar Bagi Kesalahan Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 604 hits
Saya sangat sedih dengan berita mengenai kemalangan khususnya melibatkan pemandu mabuk malah sepanjang bulan Mei ini saja beberapa kemalangan berturut turut dilaporkan adalah berkaitan pemandu mabuk Terbaru Saya menggunakan kesempatan sempe...
Ghea Indrawari Dendam Malam Kelam Chord

Luna Maya Bu Ketua Resmi Jadi Istri Maxime Ini Dia 7 Artis Belum Menikah Yang Bisa Jadi Patokan Umur Gen 90 An

Dolla Mwa Chord

Marsha Sudah Ku Temui Chord

Spring Fever Amazon Diesel Powered Mini Bike Pt 1

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Telur Pindang Johor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelas Berenang

Apa Punya Bengap Angkara Salam Tak Cium Tangan Vokalis Skinhead Kena Belasah

Ingatkan Tak Sambung Pas Terkejut Tak Sangka Azam Baki Dilantik Semula Terajui Sprm

Eh Xperience Kafe Menarik Di The Campus Ampang

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Digital Twins In Urban Planning Building Smarter Cities Before They Re Built