Pm Anwar Sembah Tahniah Kepada Yang Di Pertuan Agong Ke 17




KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan yang berlangsung hari ini.
“Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Tuanku serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini,“ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Perdana Menteri mewakili seluruh rakyat Malaysia juga menzahirkan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada institusi Raja Berperlembagaan.
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri Istana Negara hari ini, dan dihadiri ratusan tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di negara ini dan pemimpin utama negara.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
Anwar yang mewakili seluruh rakyat negara ini turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Raja Zarith Sofiah sebagai Raja Permaisuri Agong.
Beliau berkata Seri Paduka Baginda juga berperanan dalam menjamin jalinan erat di antara negara di peringkat ASEAN, negara-negara Islam dan di peringkat antarabangsa
Anwar turut menzahirkan ikrar bahawa kerajaan serta rakyat akan sentiasa menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda.
Perdana Menteri juga menzahirkan junjungan kasih kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menaungi pemerintahan dengan amanah dan secara bijaksana sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini, yang melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi Malaysia.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.
Ibarat peribahasa tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Zaman berubah, namun adat istiadat pertabalan tonggak negara yang diputerakan pada 22 Nov 1958 ini kekal dirai penuh adat, tertib dan kesantunan, baik dari segi perjalanan istiadat mahupun alat-alat kebesaran yang digunakan.
Antara yang menjadi tumpuan utama pada istiadat pertabalan ini ialah lafaz Ikrar oleh Sultan Ibrahim yang bertitah akan melaksanakan tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan adil serta penuh timbang rasa untuk rakyat dan negara.
Selesai sahaja Sultan Ibrahim melafazkan ikrar, Balairung Seri bergema dengan alunan lagu Nobat Tabal yang dimainkan oleh kumpulan Nobat Diraja Perak diikuti laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali dan lagu Negaraku, serentak dengan tembakan meriam 21 das.
Dalam titah ucapan, Seri Paduka Baginda menzahir harapan agar kerajaan terus berusaha meringankan beban hidup rakyat serta membangunkan negara dengan lebih maju dan makmur.
Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia menyifatkan pertabalan Yang di-Pertuan Agong mencatat lembaran sejarah dan mengangkat martabat negara.
Beliau antara lain berkata institusi Yang di-Pertuan Agong adalah mahkota negara dan rakyat, yang mampu mengikat semangat kesatuan dan perpaduan.
“Kerajaan, (dan) rakyat berikrar sentiasa menumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Kerajaan terus konsisten menekankan nilai-nilai murni, pemantapan akhlak dan pengukuhan jati diri bangsa.
“Di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, kerajaan dan rakyat akan mengharungi liku gelora ekonomi dunia melalui prakarsa baharu yang mampan,” katanya.
Selain Raja-Raja Melayu dan Permaisuri, dua tetamu diraja iaitu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, serta Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa turut berangkat ke istiadat pertabalan hari ini.
Majlis pertabalan turut dihadiri Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, dua Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet, selain tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat Asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.


Source link
The post PM Anwar sembah tahniah kepada Yang di Pertuan Agong ke-17 appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/pm-anwar-sembah-tahniah-kepada-yang-di-pertuan-agong-ke-17/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istiadat Pertabalan Agong 2024 Yang Di Pertuan Agong Ke 17

Istiadat Pertabalan Agong 2024 Yang Di Pertuan Agong Ke 17

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 274 hits
Istiadat Pertabalan Agong 2024 akan diadakan pada 20 Julai 2024 di Istana Negara Kuala Lumpur Ini adalah salah satu dari keunikan Malaysia yang tidak dimiliki oleh negara negara lain Negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan denga...
Anwar Defends Speaker S Call On Bersatu 6

Anwar Defends Speaker S Call On Bersatu 6

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 162 hits
Bersatu had opposed the automatic forfeiture of seats for terminated members when the anti hopping law was being formed leading to the inclusion of exceptions in the constitution The prime minister tells Bersatu to read the Federal Constitu...
I Understand The Constitution It S Anwar Who Doesn T Says Muhyiddin

I Understand The Constitution It S Anwar Who Doesn T Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 160 hits
The Bersatu president cites Article 49A of the Federal Constitution to rebut the prime minister s selective reading claim Bersatu president Muhyiddin Yassin has hit back at Prime Minister Anwar Ibrahim who earlier today accused his party of...
6 Mp Kekal Kerusi Masing Masing Anwar Salahkan Bersatu

6 Mp Kekal Kerusi Masing Masing Anwar Salahkan Bersatu

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 150 hits
MalaysiakiniBersatu sendiri kata Anwar Ibrahim turut bertanggungjawab sehingga enam ahli parlimen yang sebelum ini menjadi ahli parti itu kekal dengan kerusi masing masing walaupun kini menyokong kerajaan Ditemui media di Kuala Lumpur hari ...
Anwar Minta Bersatu Baca Tafsiran Perlembagaan Sepenuhnya

Anwar Minta Bersatu Baca Tafsiran Perlembagaan Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 140 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia supaya membaca tafsiran undang undang Perlembagaan Persekutuan mengenai akta anti lompat parti secara keseluruhan Beliau berkata kepu...
Azam Didn T Overstep Authority In Clearing Minister S Husband Says Anwar

Azam Didn T Overstep Authority In Clearing Minister S Husband Says Anwar

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 111 hits
On May 27 MACC chief commissioner Azam Baki said the agency would not probe the possible conflict of interest in the Selangor government s appointment of a company linked to the husband of a minister PETALING JAYA Malaysian Anti Corruption ...
Tindakan Tatatertib Menteri Kempen Guna Jentera Kerajaan Kata Anwar

Tindakan Tatatertib Menteri Kempen Guna Jentera Kerajaan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 161 hits
TINDAKAN tatatertib akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini Anwar memberi jaminan ini susulan keputusan Kabine...
Tutup Judi Bukan Macam K Jaan Dap Anwar

Tutup Judi Bukan Macam K Jaan Dap Anwar

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 198 hits
Sebahagian rakyat menyokong pengharaman judi Foto hiasan BH1 PAS Kedah pertahan dasar tutup premis judi ALOR SETAR PAS Kedah mempertahan tindakan kerajaan negeri menutup sepenuhnya semua premis dan kedai perjudian mulai 1 Januari 2023 lalu ...
Echoes Of Defeat Five Things Anwar Must Do To Win Back Malaysia S Trust

Echoes Of Defeat Five Things Anwar Must Do To Win Back Malaysia S Trust

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 242 hits
The most telling moment for the unity government came on Sunday night when a crowd of a few thousand at a dinner banquet applauded DAP MP Lim Lip Eng s announcement that Pakatan Harapan had lost the Sungai Bakap by election Imagine that If ...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation