Pm Anwar Puji Erdogan Isu Perjuangan Rakyat Palestin







Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang disifatkan sebagai antara pemimpin dunia yang berani dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Berucap sempena Majlis Syarahan Umum Presiden Turkiye di Putrajaya hari ini, Anwar berkata, ketika prinsip sering kali dikorbankan demi kesenangan, Erdogan amat lantang dalam menentang penaklukan dan pendudukan haram, serta genosid terhadap rakyat Palestin.
Menurutnya, sokongan Turkiye terhadap Palestin bukan semata-mata dengan kata-kata, sebaliknya ia bersifat ketara, diplomatik, dan penuh dengan keteguhan.
“Ketika negara lain teragak-agak, beliau (Erdogan) menunjukkan ketegasan dan apabila reaksi dunia semakin meningkat (terhadap kekejaman Israel), beliau pastikan sokongan terhadap Palestin diterjemah menjadi tindakan yang lebih bermakna,” katanya.
Anwar berucap demikian dalam kata-kata alu-aluan sempena lawatan rasmi dua hari Erdogan ke Malaysia.
Erdogan yang merupakan sahabat baik Perdana Menteri tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.10 petang tadi.\\


Dalam ucapannya juga, Anwar menyifatkan Türkiye berjaya mencapai kemajuan dan kebangkitan teknologi.
“Kejayaan pembangunan dron Bayraktar adalah kebangkitan industri mereka. Projek kenderaan elektrik TOGG, perkembangan pesat teknologi angkasa, dan kemampuan kecerdasan buatan (AI), semuanya membuktikan Turkiye enggan dibelenggu dengan masa silam yang suram.
“Kini ia benar-benar menghargai erti liberalisasi dan kebebasan yang mampu melonjak Turkiye menjadi lebih maju,” kata Anwar yang kali terakhir mengadakan lawatan ke Turkiye dan bertemu dengan Erdogan pada Oktober 2023.




Beliau menambah dari sudut peribadi, persahabatan yang terjalin dengan Erdogan bukan semasa waktu senang sahaja sebaliknya berlandaskan solidariti yang berterusan.




Anwar turut menyentuh pengalaman Erdogan yang pernah dipenjarakan pada 1999 atas kesalahan menghasut kebencian berdasarkan agama sebelum menjadi Perdana Menteri Turkiye mulai 2003 seterusnya mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 2014.
“Di waktu saya dibelenggu dengan kesusahan, beliau menghulurkan tangan ketika mana ramai yang berpaling pergi.


“Sokongannya bukan semata-mata sembarangan (perfunctory), dan bukan juga direka demi kesesuaian politik.


“Tidak, ia adalah ungkapan persaudaraan yang tulen. Saya tidak pernah melupakannya, dan tidak akan sekali-kali melupakannya.
“Perjalanan beliau sendiri merupakan satu kisah yang menakjubkan. Daripada pemenjaraan sehingga menjawat jawatan tertinggi di negaranya, kisahnya bukan semata-mata kelangsungan hidup, tetapi satu kejayaan.


beliau bukan sahaja bertahan dengan kesukaran, tetapi menukarnya menjadi kemampanan yang lebih hebat.
“Hari ini Turkiye lebih kuat, dan lebih terjamin, dan penuh tekad berbanding era silamnya, dan itu tidak akan wujud tanpa kepimpinan beliau (Erdogan),” kata Anwar lagi.


Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia hari ini mengalu-alukan bukan sekadar ketua negara, tetapi seorang pemimpin yang pengaruhnya jauh lebih luas berbanding sempadan negaranya.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/pm-anwar-puji-erdogan-isu-perjuangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Pahang Perlu Pastikan Negeri Ini Aman Dan Stabil Hindari Persengketaan Serta Isu Berkaitan 3r

Rakyat Pahang Perlu Pastikan Negeri Ini Aman Dan Stabil Hindari Persengketaan Serta Isu Berkaitan 3r

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 145 hits
LIPIS Rakyat di negeri ini diingatkan supaya menghindari sebarang persengketaan khususnya yang berpunca daripada isu isu sensitif seperti agama kaum dan institusi diraja Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata isu isu tersebut...
Rakyat Berhak Kecewa Jika K Jaan Anwar Gagal Tunai Janji Reformasi Bersih

Rakyat Berhak Kecewa Jika K Jaan Anwar Gagal Tunai Janji Reformasi Bersih

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 169 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 28 2025 8 30 AMBersih mengingatkan bahawa rakyat berhak untuk kecewa sekiranya kerajaan gagal menunaikan janji reformasinya Pengerusi badan pemantau pilihan raya itu Muhammad Faisal Abdul Aziz memberitahu Mal...
Anwar Ucap Selamat Tahun Baharu Cina Minta Rakyat Kukuh Perpaduan

Anwar Ucap Selamat Tahun Baharu Cina Minta Rakyat Kukuh Perpaduan

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 260 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutama bagi kaum Tionghua Menerusi hantaran di media sosial Anwar berkata sambutan Tahun Baharu Baharu Cina kali ini diharap aka...
Pm Anwar Arah Anggota Kabinet Bincang Isu Digital Secara Terbuka

Pm Anwar Arah Anggota Kabinet Bincang Isu Digital Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 172 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama sempena Rumah Terbuka Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia di Kuala Lumpur pada Isnin KUALA LUMPUR 3 Feb Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kabinet mengam...
Kerajaan Arah Bina Rumah Perumahan Rakyat Di Estet Pm Anwar

Kerajaan Arah Bina Rumah Perumahan Rakyat Di Estet Pm Anwar

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 197 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan model unit rumah pada Majlis Pecah Tanah Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya di Kuala Selangor Selangor pada Sabtu 15 Februari 2025 Foto Afiq RazaliKUALA SELANGOR 15 Feb Kerajaan menga...
Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 195 hits
APABILA Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyerahkan kunci kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memandu Togg T10X kereta elektrik pertama buatan tempatan Turki momen itu tak terduga menjadi sangat santai antara kedua pem...
Pm Anwar Mahu Semua Projek Dilaksana Segera Jangan Biar Rakyat Tunggu Lama

Pm Anwar Mahu Semua Projek Dilaksana Segera Jangan Biar Rakyat Tunggu Lama

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 171 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bulan Februari 2025 di Putrajaya pada Isnin Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 10 Feb Datuk Seri Anwar I...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Seronok Travel Tapi Perut Buat Hal Pula Ini Cara Nak Rasa Lebih Selesa Sepanjang Perjalanan

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

How The Ai Gold Rush Is Making People Rich

Jay Jay Perjalanan Ke Syurga Chord