Pluster Syiling Cornice
Pluster Syiling CorniceSalam blogger Malaysia, Salam semua pembaca maya yang amat dihargai. Pagi Jumaat yang sejuk, hari yang indah dan merupakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
Hari ini, atau detik ini, hendak papar apa di Blog?. Rasa terpanggil hendak membuat satu Entri di Wall blog tentang satu benda yang Etuza kira menarik untuk dikongsi kepada ramai pembaca. Apakah infor tersebut?. Jom tengok dulu gambar - gambar yang sempat Etuza ambil baru-baru ini, apabila Etuza menjadi antara Pengurus pembinaan RUMAH BARU MAK AYAH di desa.
Cornice Bulat Bunga untuk letak kipas syiling rumah
Ha kepada pembaca maya inilah benda Etuza hendak kongsikan. Dapat ilham hendak kongsikan pengalaman bermakna buat Etuza apabila menjadi antara pengurus pembinaan tapak rumah baru mak ayah di desa. Perancangan kami adik beradik membina rumah baru untuk mak bapa hanya sekadar buat rumah ala kadar yang mampu buat, kerana memikirkan kos bahan binaan masa sekarang sangat tinggi melambung. Terutama bahan seperti besi dan zink spandik
Demi mak bapa, demi nak mereka bahagia tinggal dan duduk di rumah baru, kami adik beradik sepakat BERSATU mengumpul dana untuk membina rumah baru mak ayah yang amat kami sayangi. Ya, tanpa mak ayah Etuza tak jumpa anda di laman maya, tak ada BLOGGER ETUZA yang anda kenal dia siapa kini. Mak ayah..terima kasih lahirkan Etuza dan adik kakak yang lain
Memilih jenis Cornice sebagai bahan syiling rumah. kenapa?. Mulanya Etuza buat perbincangan dengan adik-adik terutama adik beradik KETIGA dan KELAPAN. Mereka nak syiling CORNICE. Maka Etuza putuskan bersetuju dan buat perbincangan dengan ketua pembinaan ALKHAMAR namanya.
Nampaknya ALKHAMAR minta agar pilih syiling CORNICE kerana agak murah berbanding bahan kayu dan plywood. Mudah pemasangan cepat dan lebih kukuh berbanding kayu serta tahan selain tidak berkarat. Maka bermula lah kerja-kerja antara kami dan Etuza sebagai ketua pengurusan sibuk mengangkat memunggah cornice termasuk zink bar dan sebagainya
Harga Cornice Bulat Berbunga RM 60 satu set
Cornice Corner RM 45.00 satu dan harga ikut saizKetika ini pemasangan CORNICE syiling sedang dilakukan dan dan jika cukup bahan dan alat semua Cornice Syiling dalam masa tiga hari siap. Tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pekerja binaan team ALKHAMAR menunggu pemasangan wayering elektrik
Etuza tengok, betullah pemasangan Cornice Syiling lebih mudah, cepat dan agak murah. Sebab ada juga pegalaman Etuza apabila membina empat buah bilik menggunakan bahan kayu dan plywood untuk syiling. Memang mahal kayu jenis pain di hardwere peralatan binaan . Kepada yang hendak berhasrat hendak bina rumah baru sama ada dalam keadaan rumah biasa, rumah moden atau sebagainya Etuza promot pilihlah Cornice sebagai bahan syiling rumah baru anda nanti. Jom lagi tengok harga Cornice terbaru Etuza beli
Kemas smart zink bar dipasang gantung untuk pemasangan CORNICE SYILING RUMAH MAK AYAH.
Alkhamar baju batik kotak..tekun dan seorang yang sabardan teliti
Sebahangian Cornice hiasan Syiling yang telah dipasangbelum ditampal pluster simin putih ..kemas kan
Dimas angkat ZINK BAR dari kereta 4x4 Etuza.
Paparan harga peralatan cornice hiasan syiling rumah mak ayah.Harga itu tak mampu membalas jasa budi mak ayahmelahirkan dan membesarkan Etuza hingga hari ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2021/10/pluster-syiling-cornice.html