Pluralisme Majlis Doa Bersama Islam Kristian Buddha Hindu Sikh Di Seremban Semalam


PENGANUT lima agama dan kepercayaan berkongsi pentas di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Seremban, hari ini bagi menjayakan Program Perpaduan Dalam Kepelbagaian dengan membacakan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.Lima wakil memperdengarkan doa kepada 300 hadirin membabitkan penganut Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh.Program anjuran Sathya Sai International of Malaysia bermula 6.30 petang hingga 10 malam bertujuan memupuk kesepakatan dalam kepelbagaian kaum dan agama bagi mewujudkan kehidupan harmoni.Menurut jurucakap penganjur, wakil agama bergilir-gilir membacakan doa bagi kesejahteraan kehidupan rakyat dan negara."Pada malam ini wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang mewakili masyarakat Islam membacakan doa dalam bahasa Arab untuk didengari kepada bukan Islam."Begitu juga wakil agama Hindu, Buddha, Kristian dan Sikh memperdengarkan doa bertujuan memupuk kesepakatan," katanya.Program itu sepatutnya dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional), P Waytha Moorthy namun beliau tidak hadir.Menurut penganjur lagi, pada majlis sama semua yang hadir membabitkan pelbagai kaum menyalakan pelita dan lilin bagi menunjukkan perpaduan di negara ini."Walaupun rakyat Malaysia menganut pelbagai agama, kita tetap bersatu dan muafakat," katanya.Dalam program itu turut diadakan persembahan kebudayaan iaitu paluan kompang, dikir muhibbah dan nyanyian oleh kumpulan mewakili Tzu Chi, Bahai, Sikh, Kristian dan Sathya Sai.Artikel ini disiarkan MyMetro pada : Jumaat, 23 November 2018 @ 11:07 PM
Apa Itu Pluralisme?‘Pluralisme agama’ merupakan fahaman yang menyamaratakan semua agama. Fahaman ini turut didukung oleh sekelompok umat Islam yang dikenali sebagai penganut ‘Islam Liberal’. Aliran  atau  manhaj Islam Liberal menekankan ciri keterbukaan dan kebebasan dengan mengutamakan akal logik dalam mentafsir ajaran Islam. Aliran ini berusaha untuk keluar daripada kaedah pentafsiran ilmu tradisi serta apa yang sedia ada dalam syariat Islam yang asli dan tulen.
Mereka mempertikaikan ilmu-ilmu turath (warisan Islam) sehingga melibatkan al-Quran dan al-Hadis. Penganut Islam Liberal menyatakan al-Quran yang ada sekarang bukan wahyu Tuhan ynag asli tetapi ia adalahciptaan Nabi Muhammad. Bagi mereka hadis-hadis adalah saling bertentangan sehingga tidak dapat dipastikan kebenarannya. Kenyataan mereka itu persis seperti tuduhan orientalis Barat.
Dalam mentafsir dan menilai semula hukum hakam agama, mereka mengguna pakai tafsiran ulama-ulama yang telah ditolak oleh jumhur ulama muktabar yang menggunakan disiplin ilmu yang benar. Islam dianggap sama dengan agama-agama lain adalah terbuka untuk dikritik dan ditinjau kembali.
Pluralisme agama mendakwa semua agama adalah bersifat relatif. Justeru, tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah benar dan mutlak. Mereka menganggap semua agama mempunyai tujuan yang satu iaitu membawa manusia kepada keselamatan di akhirat.  Ia amat bercanggah dengan apa yang disebut al-Quran  bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diterima di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya berserah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan”(Surah Ali-Imran, ayat 83).
Pada tahun 2005 Majlis Fatwa Ulama Islam Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa  mengharamkan Pluralisme Agama. Pada tahun 2006, Muzakarah Ulama Se-Malaysia turut mengharamkan fahaman tersebut. Pengharaman tersebut adalah wajar kerana doktrin yang dibawa oleh Pluralisme Agama memang menyesatkan.
Pengasas Pluralisme Agama, John Hick, Professor Teologi di Claremont Graduate School California USA mengajarkan semua agama menuju ke satu titik pusat, iaitu  ‘Realiti Tunggal’ (Tuhan) tetapi tuhan itu dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara tertentu mengikut ajaran agama masing-masing.
Fahaman ini turut dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti Raimundo Panikkar, Wilfred Cantwell Smith dan Fritjhof Schuon dan John L. Esposito (Dr. Anis Malik Thoha, 2010).
Tidak kurang juga ramai di kalangan sarjana Islam sendiri menjadi pendukung Islam Liberal. Antaranya bekas professor di Universiti Kahirah (Mesir), Nasr Hamid Abu Zayd, manakala  di Tunisia terdapat tokoh bernama Ali Harb. Sarjan-sarjana Islam lain termasuklah  Sayyed Hussein Nasr, Mohamad Arkoun, Hasan Hanafi dan Amina Wadud.
Di Indonesia, Nurcholish Madjid (Cak Nur) adalah pengasas Islam Liberal yang disertai beberapa tokoh terpelajar seperti Ulil Abshar Abdalla, Abdul Munir Mulkhan, Sukudi, Alwi Shihab, Budhy Munawar rahman, Azyumardi Azra, Nassarudin Umar  dan ramai lagi. Hampir kesemua tokoh-tokoh itu pernah mendapat didikan di negara Barat dan ada yang pernah berkhidmat di institusi-institusi pengajian Barat.
Nurcholish Madjid  telah mengubah makna  Kalimah Syahadah dengan pengertian  “Tidak ada tuhan kecuali Tuhan” dengan tafsiran pengertiannya bahawa menyembah Tuhan yang mana sekali pun adalah benar kerana hakikatnya semuanya menuju ke satu titik pusat, iaitu “Hakikat Yang Tunggal”. Bagi mereka, semua agama adalah cabang-cabang yang berasal dari pohon yang sama.
Di Malaysia, gerakan pluralisme agama belum begitu ketara. Namun, ianya dipercayai mempunyai pengikut di kalangan mereka yang terpelajar dan berpengaruh, khususnya di kalangan mereka yang rapat dengan Barat. Perkara ini pernah didedahkan oleh Dr. Yusri Mohamad dan Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady semasa ‘Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah’ tahun 2010. Dalam usaha menyebarkan fahaman pluralisme agama di negara ini, mereka sangat berhati-hati dengan tidak menyebarkannya secara terang-terangan.
Kesimpulan, pluralisme agama mencetuskan banyak percanggahan dalam syariat Islam. Mereka menganggap tidak ada satu pun aspek syariat Islam yang suci kerana menurut mereka  syariat  adalah hasil ciptaan manusia.
Oleh itu, tidak hairanlah aliran ini mengizinkan perkahwinan berlainan agama. Malah, lebih ekstrem lagi mereka turut memperjuangkan hak golongan homoseksual seperti yang diperjuangkan oleh Gerakan Islam Liberal di Indonesia. – BH 4 Feb 2012
PENULIS ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/pluralisme-majlis-doa-bersama-islam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Islam Dari Pandangan Kristian 8713

Islam Dari Pandangan Kristian 8713

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 257 hits
Pendeta Bicara Tentang Islam Apa yg Terjadi Diterbitkan pada 17 Sep 2017 29 Agustus 2010
Doa Jika Rindu Seseorang Dalam Islam Yang Boleh Kita Amalkan

Doa Jika Rindu Seseorang Dalam Islam Yang Boleh Kita Amalkan

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 621 hits
Doa Jika Rindu Seseorang Dalam Islam Yang Boleh Kita Amalkan Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang Entah itu istri suami orang tua saudara teman atau kek...
4723 Majlis Takreem Sekolah Islam Darul Muhibbin Uia Gombak 24 11 18

4723 Majlis Takreem Sekolah Islam Darul Muhibbin Uia Gombak 24 11 18

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 433 hits
Toqqi menghadiri Majlis Takreem Sekolah Islam Darul Muhibbin di UIA Gombak
Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Bayi Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam

Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Bayi Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 634 hits
Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam Assalamualaikum semua Hari ni secara tiba tiba terdetik di hati untuk berkongsi info setakat yang ku tahu berkaitan dengan placenta atau lebih dikenali sebagai...
Mengedar Bible Di Masjid Dan Kampung Adalah Perbuatan Biadap Dan Mencabar Kesabaran Umat Islam Di Malaysia

Mengedar Bible Di Masjid Dan Kampung Adalah Perbuatan Biadap Dan Mencabar Kesabaran Umat Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 655 hits
Kemenangan besar kerajaan Pakatan menumbangkan kerajaan yang di anggap korupsi rasuah dan terpalit dengan skandal kewangan menjadi impian sebahagian besar rakyat Malaysia Harapan rakyat yang memberikan mereka mandat kelihatan semakin hari s...
Dipaksa Masuk Islam Mana Mangsa Kejadiaan Seperti Didakwa Waythamoorthy

Dipaksa Masuk Islam Mana Mangsa Kejadiaan Seperti Didakwa Waythamoorthy

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 277 hits
Isu video yang tersebar telah terjawab dimana waythamoorthy menyatakan ia adalah video 10 tahun lepas kemudian dia dilantik sebagai senator oleh kerajaan BN pimpinan Najib Dan ketika ini seluruh kepimpinan UMNO hanya berdiam diri PAS juga t...
Keluar Parti Islam Maka Keluar Islam

Keluar Parti Islam Maka Keluar Islam

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 278 hits
UST ZUL HILMEI MOHAMAD ROHANI Keluar Parti Islam Maka Keluar Islam Oleh kerana kepelbagian parti politik islam itu bersifat variasi dalam usaha menegakkan kalimah Allah maka adalah tidak wajar untuk membuat tuduhan bahawa hanya sesuatu jema...
Kenapa Asyik Usik Islam

Kenapa Asyik Usik Islam

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 214 hits
By on November 18 2018Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini Melalui catatan di Twitternya Musa berkata hal ehwal dan cara hidup Islam kian ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya