Plkn 3 0 Program Latihan Khidmat Negara
TERKINI : PLKN 3.0 (Program Latihan Khidmat Negara) akan diteruskan dengan kerangka yang baharu!
Tahukah anda apakah itu Program Latihan Khidmat Negara dan bagaimanakah ianya dilaksanakan sebelum ini? Apakah pula pembaharuan yang akan dilaksanakan nanti?
Jom kami kongsikan selanjutnya.
Pengenalan
PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.
Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
Sementara itu, elemen Khidmat Masyarakat meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.
Program ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.
Pada 13 Ogos 2018, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu setelah mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.
Selain itu, antara faktor program ini dihentikan adalah kerana ia melibatkan kos yang besar sekitar RM700 juta setahun.
IMBAS KEMBALI : 16 FEBRUARI 2004 – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula
PLKN adalah sebuah program kenegaraan di mana pada setiap tahun, kira-kira 24% daripada remaja warganegara Malaysia berusia 18 tahun akan dipilih untuk menjalani kursus latihan wajib selama 3 bulan di Pusat Latihan PLKN di serata negara.
Ia bermula apabila Jawatankuasa Kabinet dibentuk untuk mengkaji keperluan satu bentuk kerahan tenaga pada 30 Oktober 2002. Ia dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak & mesyuarat pertamanya diadakan pada 12 November 2002.
Istilah ‘kerahan tenaga’ ditukar kepada ‘Khidmat Negara’’ & J/K tersebut juga menubuhkan 4 J/K Kecil meliputi hal Kewangan, Kurikulum, Undang-Undang & Logistik bagi menyediakan perancangan & menyelaraskan keperluan pelaksanaan PLKN.
Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan pelaksanaan PLKN, kemudian pada 25 Jun 2003, Dewan Rakyat meluluskan RUU Latihan Khidmat Negara & secara rasmi ia menjadi sebuah akta pada 7 Julai selepas diluluskan Dewan Negara.
Ia dilancarkan pada 16 Februari 2004, apabila 26,000 remaja dipilih sebagai kumpulan pertama untuk menyertai siri pertama PLKN, diikuti 59,000 lagi sebagai kumpulan ke-2 & ke-3 yang masing-masing memulakan latihan pada Mac & April 2004.
Para pelatih menjalani latihan yang ditetapkan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam 4 modul: Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karakter & Khidmat Komuniti yang bermatlamat untuk memperkasa jati diri generasi baharu Malaysia.
Bagaimanapun selepas 11 tahun, Najib Razak selaku PM ketika itu mengumumkan penangguhan pelaksanaan program ini untuk menjimatkan kira-kira RM400 juta ketika pengumuman semakan Belanjawan 2015 pada 20 Januari 2015.
Pada 13 Ogos 2018, Menteri Belia & Sukan ketika itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa PLKN bersama Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, JLKN, Astro AWANI
Pelaksanaan PLKN 3.0
PLKN yang akan dilaksanakan kali ini akan dibuat di kem tentera dan ia tidak akan mengambil masa lama seperti dahulu.
Bagi pelaksanaan kali ini, sebanyak 13 kem wataniah seluruh negara akan digunakan dan satu kem Pusat Latihan Polis (Pulapol) boleh digunakan untuk latihan selama 45 hari yang boleh menampung 4,000 orang untuk setahun.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan menggunakan modul kombinasi latihan ala ketenteraan sebanyak 90% dan modul kenegaraan sebanyak 10% selain lokasi latihan yang akan menggunakan kem-kem latihan milik kerajaan seperti Kem Wataniah AngkatanTentera Malaysia (ATM), kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2023.
Sila rujuk video di bawah:
Syarat
PLKN diwajibkan untuk remaja lepasan SPM atau berumur 17 tahun.
Lokasi
Lokasi latihan yang dicadangkan adalah di kem-kem latihan milik kerajaan seperti 13 Kem Wataniah AngkatanTentera Malaysia (ATM), dan kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Potongan harga hingga 90% sempena 10.10 Sale di Shopee dengan barangan serendah RM1.00! Jom dapatkannya di SINI.
Tarikh Pelaksanaan PLKN 3.0
Tarikh pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini belum diputuskan lagi.
Namun, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk mengkaji pelaksanaan semula PLKN ini tetapi dengan ‘template’ yang baru.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info terkini dan update terbaru tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini, sila ikuti saluran berikut:
Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia
Laman Web Rasmi https://mod.gov.my/ms/
Baca juga:
IPU Jerebu (Indeks Pencemaran Udara) Malaysia Terkini APIMS
Apakah Penyakit X? Ini Fakta & Cara Pencegahannya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/plkn-3-0/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=plkn-3-0