Player Utama Ayam Semuanya Cina


 Player Utama Ayam Semuanya Cina?
=======================Baru ni, ada gambar MAFI jumpa player utama ayam di Malaysia. Dan semuanya Cina
Langsung tiada Melayu Bumiputera
Betul dah tu. Mungkin untuk orang awam, rasa macam biar betul
Tapi kami player ayam ni memang dah lama tahu. Ni antara player utama ayam di Malaysia. Mereka menguasai lebih 70%- 80% dari pengeluaran ayam seluruh Malaysia. CABCPLeong HupDindingHuat Lai Sin Sin KeeSin Kee Chan Farmera Ayam AAKL Supreme Ayam Plus Goldkist Mereka ni merupakan antara integrator utama ayam di Malaysia. Maksud integrator ni, mereka sediakan anak ayam, mereka sediakan dedak ayam, dan mereka ikat kontrak dengan penternak ayam macam kami. Bila ayam dah besar, mereka akan beli balik ayam daripada penternak itu. Volume ayam mereka bukan kaleng kaleng. Setiap satu syarikat mungkin ikat kontrak puluh juta ekor ayam dalam satu musim dengan semua penternak. Ada diantara mereka yang langsung tak ada reban ayam. Ayam yang mereka ada, semua dari penternak sahaja. Mereka hanya bertindak sebagai orang tengah sahaja. Mereka akan jual ayam kepada peruncit, pemborong dan pasaraya ayam di seluruh Malaysia. Mengapa tiada Melayu dalam penguasaan pasaran ayam ini
Sebab modal yang diperlukan sangat besar. Super duper besar. Mereka ni perlu ada reban untuk ibu ayam, atuk ayam, sebab nak hasilkan anak ayam. Mereka kena ada hatchery untuk keluarkan anak ayam. Mereka perlu ada kilang dedak yang mana kos dia ni pun puluh juta. Lepas tu, mereka kena ada modal kuat untuk beri hutang kepada penternak ayam. Nak kena tanggung kos anak ayam dan dedak ayam sehingga boleh beli balik semua ayam ayam tu. Sebagai contoh, kalau mereka integrator untuk 10 juta ekor ayam. Mereka perlu modal let say kos anak ayam dan dedak ayam seekor RM12. Maka, kena ada modal ditangan RM120 juta. Semata mata nak cater kos anak ayam dan dedak sahaja. Di Malaysia, mereka inilah yang "Control" volume ayam. Mereka dah tentu sepakat. Sehati sejiwa. Semua orang akan dengar apa yang diputuskan oleh persatuan mereka. Jika keputusan persatuan naikkan harga ayam 30 sen, semua orang naikkan serentak
Jika berlaku lambakan ayam, mereka putuskan nak turunkan harga 20 sen, satu Malaysia akan turunkan harga serentak. Mereka ni semua perlu sehati sejiwa demi menjaga kemaslahatan bersama. Jika mereka tengok ayam banyak, kuasa membeli rakyat kurang. Mereka akan putuskan
"Ok, semua orang kurangkan kemasukan anak ayam ke reban sebanyak 5%."Semua orang akan ikut. Jadi, bila ada masalah, mereka akan selesaikan secara bersama. Jika mereka predict ayam akan ada banyak permintaan due to cuti sekolah, mereka akan masukkan anak ayam lebih. Maka semua orang akan masuk lebih. Mereka ini memang cukup cukup kaya. Mereka boleh berbincang, untuk turunkan harga kaw kaw. Bila harga dah turun, mereka akan beli banyak banyak dan simpan di cold room mereka. Bila harga dah naik, mereka akan keluarkan balik ayam ayam tu. Bila harga turun kaw kaw, integrator / player baru yang baru nak up akan terkial kial dan mati. Dari segi bisnes, mereka ni pun aci boleh tak mahu ada player baru ramai ramai. Lagi ramai player, lagi susah mereka. Jadi, adakalanya harga perlu diturunkan untuk tempoh satu satua masa, untuk memastikan player baru tak boleh bertahan. Mereka yang tauke besar ni, harga ayam turun. Mereka beli simpan. Harga dah naik keluarkan. Dalam erti kata lain, harga naik untung, harga turun pun untung. Cumanya, apa yang berlaku sepanjang covid haritu agak mengerikan. Bila negara asyik PKP, PKP, PKP
Mereka susah nak plan timing ayam
Ayam ni bila dah masuk. Lagi 34 hari baru boleh keluar
Jadi bila ayam dah masuk untuk kuantiti banyak, tiba tiba PKP. Jadi kuasa membeli rakyat berkurang, harga ayam turun kaw kaw. Kesannya, tahun lepas mereka rugi juta juta. Contoh, katakanlah harga kos sekilo ayam RM6, tapi mereka jual pada harga RM3 sekilo tahun lepas. Boleh bayang berapa banyak mereka rugi tahun lepas. Berjuta juga lah. Jadi, sejak pertengahan tahun lepas
Semua mereka berpakat
"Kurangkan kemasukan anak ayam di reban untuk control output ayam. Bila ayam kurang, harga akan meningkat. Bila harga naik, baru mereka boleh untung."Setelah rugi banyak, mereka berusaha untuk cover balik lost mereka. Nampak plan mereka menjadi. Harga ayam kekal dipuncak tak turun turun
Kesannya, kerajaan marah kepada mereka sebab kurangkan kemasukan ayam. Dan harga tinggi. Kerajaan ugut penternak kata nak import ayam 200 kontena dari luar negara
Para pengusaha Cina ni, apa lagi. Mereka kurangkan lagi kemasukan anak ayam ke ladang sebab tak nak bertembung dengan 200 kontena ayam dari luar negara. Sekali, kerajaan kata tak boleh nak import sebab harga import lagi mahal
Bingai....
Yang pengusaha dah kurangkan kemasukan anak ayam. Dan kerajaan pulak tak boleh nak import ayam. Akhirnya, pada awal tahun ritu, berlaku lah krisis yang sangat teruk. Ayam tak ada stok di Malaysia. Semuanya sebab "kebijakan" menteri di Malaysia buat pengumuman tanpa kaji dulu. Penternak tengok, kerajaan at a loser side. Jadi mereka tekan kerajaan untuk naikkan harga siling ayam di pasaran. Kerajaan tak mahu. Sebaliknya kerajaan bagi subsidi kepada penternak dan integrator ni. Pada masa sama, nilai matawang Malaysia jatuh. Harga bahan mentah untuk buat dedak melambung naik. Kos dedak naik, kos ayam naik
Pengusaha ayam jem. Nak ternak ayam macam mana kalau dedak dok naik ni. Lepas tu, mohon subsidi dari kerajaan. Duit tak lepas lepas. Gila khinzir betul. Berbulan pengusaha kena game dengan kerajaan. Kerajaan macam tak faham masalah sebenar penternak ayam ni. Harga bahan mentah naik, harga anak ayam naik, kos buruh naik. Tapi harga jualan ayam tak naik. Jemmmm.... Siapa boleh tahan macam ni
Mereka yang bertahan ni betul betul mereka yang ada modal besar. Kalau silap haribulan, masuk salah timing. Boleh tergolek dog macam tu ja. Anyway, sekarang dengar kerajaan nak bagi NAFAS pula jadi pengeluar utama ayam di Malaysia
Saya yang baca nikan, gelak guling guling jer. Sikit pun tak caya NAFAS boleh buat. Nak tahu kenapa, nanti saya explain. Boleh follow dulu FB saya. Nak tulis kali ni macam panjang sangat pulak. So, bila korang tengok masalah masalah yang muncul dalam ayam ni, dengan kerajaan pun tak saport pengusaha ayam
Korang faham tak, kenapa susah nak cari player ayam Melayu di Malaysia. Padalah industri ni memberi pulangan Billion Ringgit setiap tahun. Nak cari player Melayu yang boleh bersaing sama level dengan player player Cina ni, mungkin ambil masa
It is not easy. It is tough
Semoga satu hari nanti akan ada player melayu boleh bersaing dengan mereka
Saya doakan Datuk Mazlina Kamarudin MK satu hari nanti boleh ada berdiri sebaris dengan mereka ini. Amin. Boleh follow FB Beliau untuk story pasal ayam. Saya ni pulak, hanyalah picisan. Melukut di tepi gantang sahaja. Setakat penternak ayam macam kami ni, tak memberi kesan pun dalam industri ayam di Malaysia. Sekian
Mohd Firdaus Mat SaadPenternak Ayam DagingSistem Reban TertutupParit Buntar. Perak Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat. Jemput Follow FB Saya Kalau Nak Tahu Story Pasal Ayam. Lepas ni saya akan share, kenapa saya kata NAFAS tak berapa sesuai nak jadi player utama dalam industri ayam









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdaus.com.my/2022/06/player-utama-ayam-semuanya-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 1134 Panas Isu Kenaikan Harga Ayam Kini Pemain Industri Te

Rentasan 1134 Panas Isu Kenaikan Harga Ayam Kini Pemain Industri Te

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 121 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11341 NAJIB KALAH LAGI 2 GAGAL KAWAL HARGA AYAM TIDAK BOLEH DITERIMA 3 MENTERI DAKWA PEMAIN INDUSTRI TERNAKAN MENCATUR HARGA 4 IMPAK GAJI MINIMUM BURUK BAGI PERUSAHAAN MIKRO
P Pinang Sedia Pertimbang Tanaman Jagung Untuk Makanan Ayam Di Tanah Tol

P Pinang Sedia Pertimbang Tanaman Jagung Untuk Makanan Ayam Di Tanah Tol

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 137 hits
May 24 2022 Penanaman bijirin atau jagung untuk makanan ayam berskala besar tidak sesuai di Pulau Pinang yang mempunyai keluasan tanah yang kecil kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang bersedia mempe...
Resep Lodho Ayam Khas Jawa Timur Pedasnya Bikin Nagih

Resep Lodho Ayam Khas Jawa Timur Pedasnya Bikin Nagih

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 150 hits
Kuliner khas Tulungagung ini lumayan banyak penggemarnya Kamu udah coba
Patutlah Harga Ayam Mahal Ini Puncanya

Patutlah Harga Ayam Mahal Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 185 hits
Patutlah Harga Ayam Mahal Ini Puncanya Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia terhadap dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara dijangka tamat pada akhir Jun ini kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggu...
Kerajaan Tidak Cari Punca Sebenar Masalah Bekalan Ayam

Kerajaan Tidak Cari Punca Sebenar Masalah Bekalan Ayam

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 153 hits
Kerajaan tidak cari punca sebenar masalah bekalan ayam EmailDua dasar terbaharu yang dilaksanakan secara serentak berkaitan kekurangan bekalan ayam di pasaran oleh kerajaan BN PN menunjukkan mereka tidak mengenal pasti masalah sebenar berka...
Hentikan Eksport Ayam Hingga Harga Ayam Stabil Baguslah Ada Juga Tindakan Daripada Kerajaan Tapi Berkesankah

Hentikan Eksport Ayam Hingga Harga Ayam Stabil Baguslah Ada Juga Tindakan Daripada Kerajaan Tapi Berkesankah

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 146 hits
Hentikan eksport ayam hingga harga ayam stabil Baguslah ada juga tindakan daripada kerajaan Tapi berkesankah Ibarat orang melecet kakinya pakai kasut sempit Penyelesaian yang diambil pakai stokin tebal Atau letakkan plaster Supaya tak melec...
Pelik Tapi Sedap Ini Resepi Ayam Masak Coca Cola Yang Viral Di Tiktok

Pelik Tapi Sedap Ini Resepi Ayam Masak Coca Cola Yang Viral Di Tiktok

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 179 hits
Seperti yang semua tahu air minuman berkarbonat Coca Cola atau Coke telah menjadi salah satu minuman kegemaran ramai Namun tahukah anda bahawa air minuman Coke juga boleh dimasukkan dalam masakan var currentUrlTwo window location hostname w...
Sup Ayam Ala Kedai Thai Memang Padu Sangat Rasanya

Sup Ayam Ala Kedai Thai Memang Padu Sangat Rasanya

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 144 hits
Sup Ayam ala Kelate ni rasa dia lain sikit sebab ada masam masam Rasa dia ala Sup Kedai Thai Rasa masam masam sikit tak kuat sangat rasa rempah memang sesuai untuk hidangan special seisi keluarga Semua bahan ni agak agak lah nak bubuh banya...
Selesai Ker Masalah Ayam Macam Ni

Selesai Ker Masalah Ayam Macam Ni

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 151 hits
Ayam kurang pengedar katanya bercuti peternak kata harga dedak naik tiada kawalan subsidi ayam tidak dibayar katanya Nak tutup operasi sementara dengan pelbagai alasan Kerana kerajaan demokrasi mereka tahu kerajaan lemah Sekiranya mereka be...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Cara Memasarkan Homestay Anda

Overcoming Funding Challenges

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur