Platform Usahawan Malaysia Ilmu Usahawan Percuma Online
Platform Usahawan Malaysia - Ilmu Usahawan Percuma Online︱Usahawan perlukan platform untuk berniaga, dari segi pemasaran dan sokongan juga amat penting. Bagi ilmu usahawan, berguru dengan orang yang berjaya iaitu Mentor yang pakar juga adalah idaman ramai usahawan
Tahukah anda, terdapat beberapa platform usahawan Malaysia yang boleh anda sertai? Pernah dengar tentang Datuk Wira Dr Azizan Osman?
Datuk Wira Azizan Osman merupakan seorang pengasas RichWorks International Sdn Bhd yang merupakan pakar pemasaran Asia Tenggara dalam bidang usahawan. Beliau sangat mahir dalam menjenamakan bisnes dan syarikat serta pengurusan kepimpinan
Doktor Azizan Osman juga adalah seorang yang sangat komited untuk berkongsi ilmu kepada para usahawan. Maka tidak hairanlah beliau telah mengadakan program percuma, Program Mentoring serta Bimbingan usahawan
Kejayaan RichWorks Dan Datuk Wira Dr Azizan OsmanUntuk pengetahuan anda antara Kejayaan yang telah dikecapi oleh RichWorks dan Datuk Wira Azizan Osman adalah mereka telah melahirkan usahawan jutawan yang lebih daripada ratusan orang melalui Program Titanium, Spire dan Elite X.
Program circle ini telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Malah usahawan berjaya ini juga telah menyumbang kepada ramai rakyat Malaysia atas hasil jualan mereka.
Platform usahawan Malaysia adalah dari segi pembelajaran di RichWorks International. Selain mengikuti program bimbingan dan kelas RichWorks, terdapat juga channel yang membolehkan usahawan mendapatkan info berkaitan perniagaan yang terbukti berjaya.
Telegram Dr Azizan Osman official telah banyak memberi info yang berguna kepada para usahawan untuk melangkah lebih maju lagi dengan adanya beberapa perkongsian bermanfaat setiap hari. Terkini, mereka akan mengadakan program live session bersama Datuk Wira Azizan Osman di telegram pada setiap hari Ahad jam 8 pagi
Sekiranya anda seorang usahawan yang inginkan platform perniagaan Malaysia percuma khas berkongsi ilmu usahawan, anda boleh sertai program live session Dr Azizan Osman
Cabaran Berniaga Kini, Selepas Pandemik & Tahun 2022
Kita sering mendengar keluhan berlakunya kenaikan harga barang kan? Ia telah dikongsikan juga oleh Datuk Wira Azizan Osman. Bagi Datuk Wira, dengan Kajian yang dilakukannya, kenaikan harga barang adalah sangat tinggi dan ia menyebabkan perniagaan usahawan menjadi lebih kritikal.
Perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman:
“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa
Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.”
Ulasan:Hal ini menyebabkan usahawan mula terasa perniagaan adalah tidak senang dan agak sukar. Begitu juga dengan kisah berkaitan pemilik syarikat yang mengalami kerugian, bisnes hampir tutup ataupun sudah ditutup
Biarpun syarikat adalah lama dan besar, namun jika tiada ilmu pemasaran yang betul ketika ini, syarikat boleh jatuh teruk dan terkubur. Jika ditanya tentang perniagaan yang boleh dilakukan pada keadaan sekarang, semua perniagaan yang dilakukan mempunyai risiko dan kelebihan masing-masing, ujarnya
Kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, paling penting adalah bagaimana mereka membawa perniagaan tersebut. Pasaran memainkan peranan yang penting untuk sesebuah syarikat berkembang dengan lebih maju lagi. Jadi pentingnya ada ilmu bagi kita memahami pasaran
Sambungan Perkongsian Datuk Wira:Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat
Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”
Imej via [Harian Metro]Ulasan:Ahli Titanium patut menggunakan segala kemudahan untuk segala pengajaran dan bimbingan. jika tidak agresif dan berjuang bersungguh-sungguh, perniagaan tetap turut terjejas
Gunakan apa ilmu yang kita ada supaya perniagaan berkembang. Jadi, jangan sia-siakan ilmu yang telah dipelajari ya! Bagi anda yang inginkan ilmu dan inginkan mentor yang betul, platform usahawan Malaysia adalah secara percuma untuk anda
Apapun, perkongsian Datuk Wira sangat bermanfaat buat kita semua. Sekarang, barulah tiba-tiba rasa berada di zon yang tak selesa. Kena bersedia ni, nak jadi usahawan berjaya tak boleh terkapai-kapai
Jom sertai Program Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman di Telegram Azizan Osman Official, Ahad, 8 pagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikrenex.com/2022/02/platform-usahawan-malaysia-ilmu.html