Plan Nak Melahirkan Baby Di Private Ini Kos Bersalin Normal Czer Di Hospital Swasta Lembah Klang


Ibu hamil ingin melahirkan anak di private hospital, tetapi tidak pasti berapa kos bersalin hospital swasta?
Usah bimbang, dalam perkongsian artikel ini ada jawapan untuk anda. Semoga bermanfaat.

Pemilihan bersalin hospital swasta
Sebelum kita mengetahui kos bersalin hospital swasta, pastinya anda ingin tahu apakah antara kelebihannya jika memilih untuk melahirkan bayi di hospital ini berbanding hospital kerajaan, betul tak?
Umumnya, hospital swasta dikendalikan oleh organisasi swasta yang akan mengenakan bayaran terus kepada pesakit untuk sebarang perkhidmatan termasuklah kelahiran. Ia juga menawarkan persekitaran lebih selesa untuk penjagaan bersalin dan kelahiran.
Jika bercadang untuk bersalin di private hospital, anda boleh memilih doktor pakar. Bahkan janji temu pemeriksaan pranatal juga akan dilakukan oleh pakar yang anda pilih. Ini membolehkan anda berpeluang mengenali pakar obstetrik dengan lebih dekat.
Sesungguhnya terdapat banyak faktor yang mendorong ibu hamil untuk memilih bersalin di private hospital. Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti, kos bersalin di hospital swasta adalah lebih mahal berbanding di hospital kerajaan.
Kos bersalin di hospital swasta mengikut kaedah melahirkan anak
Seperti kita semua sedia maklum, bagi ibu yang memilih untuk melahirkan anak di hospital swasta, kosnya adalah mengikut prosedur bersalin.
Berikut merupakan antara jenis prosedur melahirkan anak:
Bersalin normal
Merupakan kaedah paling biasa untuk melahirkan anak iaitu secara normal atau melalui faraj. Umumnya, prosedur bersalin ini dianggap paling selamat buat ibu mengandung.
Kaedah ini mungkin atau tidak dibantu dengan suntikan epidural atau ubat tahan sakit.
Kebanyakan doktor akan mengesyorkan kaedah bersalin ini dan tidak akan menyarankan pembedahan caesarean. Malahan bagi wanita yang merancang untuk mempunyai ramai anak, cara bersalin ini amatlah digalakkan.
Kos bersalin hospital swasta untuk prosedur pembedahan
Nama lain kaedah melahirkan anak ini dikenali sebagai czer, di mana bayi akan dilahirkan melalui pembukaan pada bahagian abdomen ibu dan pembedahan pada uterus untuk mengeluarkan si manja akan dilakukan.
Bagi ibu yang bakal menyambut kelahiran kembar, bersilang atau melintang mahupun bayi dengan saiz besar, ini merupakan antara pilihan terbaik.
Bersalin normal dengan bantuan
Dalam sesetengah kes, kelahiran melalui faraj memerlukan bantuan, seperti:
Episiotomi
Ketika proses kelahiran, akan berlaku pemotongan atau hirisan pada bahagian antara faraj dan dubur – disebut sebagai tisu perineum. Proses pemotongan dinamakan sebagai episiotomi.
Bantuan vakum
Kaedah ini akan digunakan apabila bayi yang sedang dalam proses kelahiran berhenti bergerak di dalam saluran faraj, maka doktor akan memutuskan untuk menggunakan bantuan vakum.
Satu pam vakum khas akan dimasukkan melalui saluran kepala bayi. Pada penghujung vakum mempunyai cawan lembut yang akan diletakkan pada bahagian atas kepala bayi.
Cawan lembut itu akan ‘memegang’ kepala bayi dan akan membawanya keluar dengan perlahan melalui saluran faraj.
Memecahkan air ketuban
Dalam sesetengah keadaan, doktor boleh membantu memecahkan air ketuban tersebut melalui prosedur yang dipanggil amniotomi.
Satu alat akan dimasukkan melalui faraj dan digunakan secara perlahan-lahan untuk memecahkan kantung amniotik.
Kelahiran forcep dalam kos bersalin hospital swasta
Merupakan satu proses bantuan kepada proses bersalin normal apabila bayi yang sedang dilahirkan gagal untuk dikeluarkan sepenuhnya.
Dalam kes seperti itu, doktor akan menggunakan alat khas menyerupai forcep dan memasukkan secara perlahan-lahan ke dalam saluran kelahiran. Ia akan digunakan untuk menarik kepala bayi dengan perlahan dan membawanya keluar melalui saluran faraj.
Kos bersalin hospital swasta
Berikut dikongsikan beberapa anggaran kos bersalin di hospital swasta sekitar Lembah Klang:
KPJ Selangor Specialist Hospital
Lot 1, Jalan Singa 20/1, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor
Bersalin normal (2 hari 1 malam):
Bilik 1 katil – RM3,590
Bilik 2 katil – RM3,390
Bilik 4 katil – RM3,290
Bersalin caesarean (3 hari 2 malam):
Bilik 1 katil – RM10,480
Bilik 2 katil – RM10,180
Bilik 4 katil – RM9,980
Hospital Salam, Shah alam
2, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor.
Bersalin normal (2 hari 1 malam):
Bilik 1/ 2 katil – RM2,999
Bersalin caesarean (3 hari 2 malam):
Bilik 1 katil – RM6,999
Sunway Medical Centre
5, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.
Bersalin normal bermula: RM4,000
Bersalin caesarean bermula: RM6,000
Subang Jaya Medical Centre (SJMC) 
No. 1, Jalan SS12/1A, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Bersalin normal bermula: RM7,000
Bersalin caesarean bermula: RM12,000
Thomson Hospital Kota Damansara
11, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor, 1, PJU 5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Bersalin normal: bermula RM4,000
Bersalin caesarean: bermula RM8,500
Andorra Women & Children Hospital
19, Jalan Utama Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Bersalin normal (2 hari 1 malam):
Bilik 1 katil – RM4,599
Bilik 2 katil – RM3,899
Bilik 4 katil – RM3,399
Bersalin caesarean (3 hari 2 malam):
Bilik 1 katil – RM8,999
Bilik 2 katil – RM8,599
Bilik 4 katil – RM7,999
Pantai Hospital Kuala Lumpur
8, Jalan Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Bersalin normal bermula: RM5,040
Bersalin caesarean bermula: RM11,520
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Block A & Block B, 286 & 288, Jln Ampang, Kampung Berembang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bersalin normal bermula: RM4,888
Bersalin caesarean bermula: RM10,688
Prince Court Medical Centre
39, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bersalin normal bermula: RM7,000
Bersalin caesarean bermula: RM12,000
Kesimpulannya
Kos bersalin hospital swasta yang disenaraikan di atas hanya sebahagian daripada private hospital yang terdapat di Lembah Klang dan harga yang dinyatakan mungkin berbeza daripada harga sebenarnya.
Jadi sekiranya anda dan pasangan membuat keputusan untuk melahirkan anak di hospital swasta, disarankan untuk terus ke hospital pilihan bagi mendapatkan kos bersalin yang lebih tepat.
Kredit: Hello Doktor

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Plan Nak Melahirkan Baby Di Private? Ini Kos Bersalin Normal, Czer Di Hospital Swasta Lembah Klang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/plan-nak-melahirkan-baby-di-private-ini-kos-bersalin-normal-czer-di-hospital-swasta-lembah-klang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Prepair Barang Standby Nak Ke Hospital Mua Bellaz Berdebar Tunggu Kelahiran Baby N

Dah Prepair Barang Standby Nak Ke Hospital Mua Bellaz Berdebar Tunggu Kelahiran Baby N

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 195 hits
Tinggal lagi dua minggu MUA Bellaz bakal menyambut kelahiran anak keempatnya yang dijangka bersalin pada penghujung bulan ini Menerusi Instagramnya MUA yang cukup disenangi ramai ini sudah pun mempersiapkan diri untuk ke hospital Malah kata...
Rezeki Susu Untuk Baby Banyak Nak Wean Off Mungkin Mommy Yang Nangis Ayda

Rezeki Susu Untuk Baby Banyak Nak Wean Off Mungkin Mommy Yang Nangis Ayda

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 240 hits
Saya tak sangka pun hingga sekarang rezeki susu untuk Ana Nayla masih ada Pengalaman ini tak semua ibu dapat rasai kongsi Ayda Jebat ketika sesi live Pa Ma Gala 2022 untuk Best Mama Millenial Rezeki susu Ana Nayla Menurut Ayda setakat ini d...
Tak Nak Berenggang Langsung Tak Normal Untuk Anak 4 Tahun Nak Jarakkan Kena Ada Trik

Tak Nak Berenggang Langsung Tak Normal Untuk Anak 4 Tahun Nak Jarakkan Kena Ada Trik

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 270 hits
Sukar jadinya bila anak asyik nak melekat 24 jam dengan ibu atau ayah Rasa diri takut dari ancaman dari wajah yang asing Ini sebenarnya yang dirasakan anak kecil kita Pun begitu menurut Penulis Keibubapaan Pn Wan Nur Syakira sikap ibu ayah ...
Baby Susah Nak Tidur Makin Manja Menangis Ayda Jebat Risaukan Anak

Baby Susah Nak Tidur Makin Manja Menangis Ayda Jebat Risaukan Anak

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 217 hits
Diam tak diam anak selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir Ana Nayla kini sudah pun berusia 10 bulan Berkongsi perkembangan terbaru anaknya kata Ayda dia kini bimbangnya Ana Nayla yang kini susah untuk tidur Malah kata Ayda lagi bagi menidurka...
Sebab Utama Tergerak Hati Nak Buat Detail Scan Baby Masa Kandungan Trimester Ke 2

Sebab Utama Tergerak Hati Nak Buat Detail Scan Baby Masa Kandungan Trimester Ke 2

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 330 hits
Comel watak kartun Baby Boss ni kan heheSoal penting atau tidak terpulang kepada anda yang akan bergelar ibu bapa atau sedang merancang untuk menambah ahli bilangan keluarga Dari sudut pandangan juju lah sebagai seorang ibu yang sudah 10 ta...
Isteriku Terbaik Hebat Terpaksa Dibedah Ria Ricis Selamat Bersalin Baby Girl

Isteriku Terbaik Hebat Terpaksa Dibedah Ria Ricis Selamat Bersalin Baby Girl

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 169 hits
Menanti selama sembilan bulan pasangan selebriti popular Ria Ricis dan Teuku Rushariandi selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada jam 8 pagi waktu tempatan di sebuah hospital swasta di Jakarta Suami kepada selebriti popular itu melua...
Air Ketuban Makin Kurang 38 Minggu Dah Bersalin Ria Ricis Syukur Sambut Baby Lebih Awal

Air Ketuban Makin Kurang 38 Minggu Dah Bersalin Ria Ricis Syukur Sambut Baby Lebih Awal

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 254 hits
Pasangan selebriti popular Indonesia Ria Ricis dan Teuku Rushariandi yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 27 Julai lalu kini diberitakan dalam keadaan baik Ria yang terpaksa menjalani pembedahan di usia kandungannya 38 mingg...
Gelek Berahi Depan Klcc Baby Shima Dipuji Netizen Indonesia

Gelek Berahi Depan Klcc Baby Shima Dipuji Netizen Indonesia

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 301 hits
fb comments fb comments span fb comments span iframe style min width 100 important width 100 important Penyanyi dangdut kontroversi Baby Shima menjadi sorotan warganet sekali lagi apabila wanita tersebut berkongsi video menyeberangi jalan d...
Video Rezeki Baby Baru Tahniah Fizo Omar Buat House Tour Rumah Baru Buat Ramai Terpegun

Video Rezeki Baby Baru Tahniah Fizo Omar Buat House Tour Rumah Baru Buat Ramai Terpegun

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 415 hits
Pelakon Fizo Omar baru sahaja menimang cahaya mata perempuan hasil daripada pernikahan keduanya bersama pasangan iaitu Fazeera Nazri Berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya Fizo atau mesra dipanggil Abe Joe menamakan Wan Kh...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah