Inilah Senarai Penyakit Jantung Yang Lazim Di Malaysia Jom Ambil Tahu Sekarang


 


Tahukah anda, apakah jenis penyakit jantung yang lazim di Malaysia? Mungkin ramai pernah dengar mengenai sakit jantung dan strok, tapi sebenarnya ada banyak lagi penyakit jantung yang anda perlu tahu.
Penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian di seluruh dunia. Di Malaysia, penyakit ini lebih dikenali dengan nama penyakit jantung dan telah menjadi punca kematian utama hampir sedekad lamanya.
Kebanyakan bentuk penyakit jantung boleh dirawat atau dielakkan dengan cara mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Walau bagaimanapun, di Malaysia, hampir 1.7 juta rakyat hidup dengan 3 jenis faktor utama penyakit jantung iaitu diabetes, kolesterol tinggi dan hipertensi.
Malah, 3.4 juta lagi rakyat Malaysia mempunyai dua faktor risiko utama seperti yang diterangkan di atas. Perkara inilah yang menyebabkan begitu ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit jantung.

Apakah maksud penyakit jantung dan jenis jenisnyaSebenarnya, penyakit jantung merupakan satu terma universal yang digunakan untuk merujuk kepada penyakit atau kondisi yang mempengaruhi jantung manusia. Ini termasuklah:
Penyakit jantung koronari – penyakit yang berlaku pada kawasan salur darah yang menuju ke jantung.Penyakit serebrovaskular – penyakit pada salur darah yang menuju ke otak.Penyakit arteri periferal – penyakit pada saluran darah yang menuju ke tangan dan kaki.Penyakit jantung reumatik – kecederaan pada otot dan injap jantung disebabkan demam reumatik.Penyakit jantung kongenital – kerosakan struktur jantung sejak lahir.Thrombosis vena dalam – darah beku pada kawasan kaki yang boleh tercabut dan bergerak ke bahagian jantung dan paru-paru.Jantung merupakan organ yang paling penting dalam sistem kardiovaskular.
Melalui saluran darah, jantung bertindak mengepam dan membekalkan oksigen kepada semua sel di dalam badan manusia.
Penyakit jantung akan terjadi apabila saluran darah dan jantung tidak dapat melakukan fungsinya seperti biasa.
Disebabkan sistem kardiovaskular menghubungkan jantung kepada bahagian badan yang lain, penyakit ini juga boleh memberikan kesan yang negatif kepada organ lain.
Jenis penyakit jantung yang lazim di MalaysiaAda banyak penyakit jantung yang lazim di Malaysia. Antaranya adalah:
1. Penyakit jantung koronariDi Malaysia, jenis penyakit jantung yang paling lazim berlaku ialah penyakit arteri koronari. Penyakit ini terjadi apabila terdapatnya pengumpulan plak pada kawasan arteri.
Penyakit yang turut dikenali dengan nama penyakit jantung koronari ini boleh menyebabkan simptom seperti sakit dada atau sakit jantung jika tidak dirawat.
2. Angina (sakit dada)Angina merupakan sejenis kesakitan atau ketidakselesaan pada kawasan dada, lengan, leher, perut atau rahang yang berlaku disebabkan pengaliran darah kepada jantung yang terbatas.
Namun, angina bukanlah sejenis penyakit. Ia merupakan salah satu simptom penyakit arteri koronari. Malah, angina merupakan satu cara jantung memberikan ‘amaran’ kepada kita.
Jika anda kerap diserang sakit dada, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin untuk mengenal pasti punca sebenar angina yang dialami.
3. Sakit jantungSakit jantung atau infarksi miokardium akut berlaku apabila bekalan darah kepada mana-mana bahagian otot pada kawasan jantung terhenti atau terhalang.
Sakit jantung biasanya berlaku disebabkan plak lemak yang tercabut dan membentuk darah beku pada kawasan arteri koronari.
Serangan jantung boleh membawa maut jika tidak dirawat secepat mungkin.
Oleh sebab itu, penting untuk anda menelefon 999 jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang mengalami sakit jantung.
4. Kegagalan jantungRamai yang anggap kegagalan jantung terjadi apabila jantung gagal untuk berfungsi. Walau bagaimanapun, itu bukanlah maksud sebenar kegagalan jantung.
Kegagalan jantung berlaku apabila jantung tidak lagi dapat mengepam darah dengan sempurna.
Akibatnya, pesakit akan rasa sesak nafas dan letih kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

5. Degupan jantung tidak sekata (arrhythmia)Masalah degupan jantung tidak sekata berlaku apabila impuls elektrik yang mengawal degupan jantung tidak berfungsi dengan baik.
Oleh sebab itu, jantung akan berdegup terlalu pantas atau terlalu perlahan. Degupan jantung tidak sekata juga tergolong dalam kategori arrhythmia.

Kesimpulan
Bukan semua sakit jantung berlaku dengan jelas seperti yang dapat kita lihat pada kaca televisyen.
Kadangkala, sakit jantung boleh berlaku secara senyap. Ia juga tidak akan menunjukkan apa-apa simptom sehinggalah pesakit mengalami serangan jantung atau kegagalan jantung.
Individu yang mengalami hipertensi, kolesterol tinggi dan merokok merupakan golongan yang paling berisiko untuk mengalami penyakit jantung.
Oleh sebab itu, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin jika mengalami simptom penyakit jantung.
Kredit : HelloDoktor
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/08/inilah-senarai-penyakit-jantung-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
35 Logo Merdeka Malaysia Dari Tahun 1976 2022 Sekarang

35 Logo Merdeka Malaysia Dari Tahun 1976 2022 Sekarang

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 721 hits
Jom tengok logo logo dan tema Hari Kebangsaan yang telah digunakan dari tahun 1976 hingga 2022 sebelum ini SENARAI LOGO TEMA HARI KEBANGSAAN Jangan Lupa Like Share Komen
Senarai Lagu Patriotik Malaysia Sempena Hari Kebangsaan

Senarai Lagu Patriotik Malaysia Sempena Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 263 hits
kredit https www sinarharian com my Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat sahabat blogger Sebut sahaja Hari Kebangsaan yang kita sambut setiap tahun pada bulan 31 Ogos adalah tanda terima kasih kepada para pejuang negar...
Senarai Lokasi Perarakan Bagi Sambutan Hari Kemerdekaan Di Seluruh Malaysia

Senarai Lokasi Perarakan Bagi Sambutan Hari Kemerdekaan Di Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 224 hits
Tak lengkaplah sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan 31 Ogos tanpa perarakan Dengan adanya acara ini orang ramai boleh berkumpul bagi melihat lebih dekat perarakan berwarna warni yang bakal ditonjolkan Jika sebelum ini 2 tahun Mala...
Senarai Penuh Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2023

Senarai Penuh Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 515 hits
Di bawah ini saya senaraikan pemain pemain di liga Malaysia yang mencari berhijrah ke pasukan lain bagi sesi perpindahan pertengahan musim ini Seperti biasa selagi tanda belum diletakkan di tepi nama pemain bermakna pemain tersebut masih be...
Senarai Konsert Artis Antarabangsa Yang Berlangsung Di Malaysia Sepanjang Tahun 2022

Senarai Konsert Artis Antarabangsa Yang Berlangsung Di Malaysia Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 289 hits
Senarai Konsert Yang Berlangsung Di Malaysia Tahun 2022Jadi jom kita selongkar antara persembahan atau konsert yang bakal berlangsung di Malaysia daripada artis antarabangsa sepanjang tahun 2022 18 Ogos 2022 Billie Eilish27 Ogos 2022 Rain J...
Pemeriksaan Dna Pertama Dunia Cegah Risiko Kanser Penyakit Jantung Dilancarkan

Pemeriksaan Dna Pertama Dunia Cegah Risiko Kanser Penyakit Jantung Dilancarkan

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 95 hits
AUSTRALIA melancarkan pemeriksaan DNA yang pertama di dunia bagi mencegah risiko kanser dan penyakit jantung menurut Universiti Monash Australia Projek Monash School of Public Health and Preventive Medicine itu didakwa sebagai kajian pemeri...
Bank Negara Malaysia Octafx Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Bank Negara Malaysia Octafx Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 200 hits
Melalui kemaskini terbaru yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia OctaFX adalah syarikat baru yang dimasukkan dalam senarai amaran pengguna kewangan Ini bagi memastikan orang ramai tidak melabur diperkhidmatan kewangan dan pelaburan yang tida...
Jom Strim Hasil Karya Anak Anak Malaysia Kita Di Disney Hotstar Sempena Merdeka Ini

Jom Strim Hasil Karya Anak Anak Malaysia Kita Di Disney Hotstar Sempena Merdeka Ini

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 189 hits
Sempena Merdeka ini kami mengambil kesempatan untuk memperkenalkan enam anak malaysia berbakat kita yang telah mencetuskan impak dalam industri animasi global dan tempatan Daripada siri yang memenangi anugerah sehinggalah filem yang menyent...
Senarai Terkini Panggung Wayang Di Malaysia Ada Yang Tak Pernah Dengar Pun

Senarai Terkini Panggung Wayang Di Malaysia Ada Yang Tak Pernah Dengar Pun

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 686 hits
Menonton wayang adalah salah satu aktiviti yang popular di kalangan rakyat Malaysia Terdapat beberapa buah panggung wayang di Malaysia yang sering menjadi pilihan ramai seperti TGV dan GCS tetapi tahukah korang sebenarnya ada banyak lagi pa...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan