Plan B Anda Bila Rindukan Masakan Mak


Juadah Plan B – Seperti Berbuka di Rumah Ramadan kali ini terasa agak sendu. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kita tak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga. Oleh itu, memang tak menghairankanlah apabila mak-mak di kampung tak putus-putus menerima panggilan daripada anak masing-masing.
Kalau dulu, maklah yang sibuk menelefon kita tak henti-henti tapi kini, kita pula yang sibuk menelefon mak semata-mata nak dapatkan resepi. Kononnya, merasalah juga masakan mak. Tapi, jauh di sudut hati, kita semua tahu rasanya takkan sama seperti yang mak buat.
Nikmati Masakan Mak Walau Di Manapun Apa reaksi anda kalau kami beritahu yang kami boleh bawa masakan mak kepada anda?
Mustahil. Itu perkara pertama yang muncul di minda. Masakan mak memang tiada tandingannya. Kami bersetuju dengan anda. Mana mungkin kami dapat menghasilkan semula air tangan seorang mak? Itulah cabaran besar yang perlu dipikul oleh Pengarah Kulinari Butterkicap, cef selebriti, Nik Michael Imran dan Cef Wan Mohd Sabri, ketua pasukan kulinari di Plan B.
Keenakan dalam Kesederhanaan Memilih masakan kampung sebagai tema, Cef Nik Michael dan Cef Wan Mohd Sabri berhasrat untuk mengetengahkan keringkasan dan kesederhanaan lauk-pauk kampung. Dari pilihan sambal, ke hidangan utama hinggalah ke penyediaan nasi sekalipun, setiap hidangan adalah berpandukan resepi turun-temurun keluarga dan disediakan dengan penuh dedikasi.
Kelainan menu Ramadan Plan B berbanding menu Ramadan lain ialah setiap sajian enak dimakan begitu saja atau dimakan bersama lauk-pauk yang lain. Itulah sebenarnya keaslian atau authenticity yang kita perolehi semasa menikmati juadah kampung. Setiap suapan memberi letusan perisa baru.
Misi Perpaduan Plan B Menerusi Makanan Plan B merupakan sebuah kafe kontemporari yang menghidangkan sajian fusion dan juga tempatan di bawah the Big Group.
Menurut pengasas Big Group, Ben Yong, Plan B dilihat sebagai tempat makanan dihargai dan diraikan, tempat orang ramai berkumpul dan mencipta kenangan indah dan baru bersama orang tersayang. Bagi Ben, tiada yang lebih bermakna daripada kepuasan melihat para pelanggan begitu asyik menikmati makanan di sana.
Oleh itu, dalam keadaan situasi sekarang, Plan B berhasrat untuk menyatukan semua dengan makanan kegemaran kita meskipun kita saling berjauhan. Di Plan B, pelanggan ialah keluarga dan perlu diberi hanya yang terbaik, sama seperti mak yang tak pernah penat menjaga dan membesarkan kita.
Hidangan Wajib Dicuba Saat kita sedar kita sukakan makanan yang dicuba, perasaan yang timbul ketika itu memang cukup indah. Anda tahu perasaan yang dimaksudkan, betul? Perasaan yang wujud apabila segalanya tentang makanan itu menepati citarasa anda, baik dari segi rasa, tekstur mahupun cara penyediaannya.
Itulah perasaan yang kami dapat setelah mencuba 5 hidangan ini. Bagi kami, segala nostalgia berpuasa di kampung halaman menerpa dengan lajunya di minda. Perasaan bercampur-baur menyelubungi diri kerana sedikit sebanyak kerinduan kami terhadap mak dan masakan mak terubat.
Roti John Roti John yang disediakan di Plan B tak kelihatan seperti Roti John yang anda biasa jumpa tapi rasanya masih sama! Dihasilkan setelah berbulan bereksperimen, hidangan Roti John kami mempunyai keunikan tersendiri kerana diberi sentuhan peribadi oleh kedua-dua cef dengan menggunakan roti susu Hokaido dan mayonis ala Jepun. Kedua-dua bahan ini menjadikan hidangan jalanan ini tampak mewah dan mempunyai perisa yang lebih halus tapi menyelerakan.
Nasi Ulam Piri Percik Bagi peminat nasi ulam mahupun nasi kerabu, hidangan nasi ulam piri percik ini pasti akan membuat anda tak ingin nasi ulam yang lain lagi. Keunikan nasi ulam ini bukanlah pada nasi mahupun ulam yang digunakan tapi sebaliknya, pada sos atau kuah perciknya. Menggunakan cili piri-piri yang pedas-pedas masam, cili ini menyeimbangkan kelemakan santan kuah percik agar anda tidak berasa jelak atau kenyang terlalu cepat.
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Masakan klasik ini menjadi sebahagian kenangan zaman kanak-kanak kita semua. Tatkala mak sibuk atau tak berkesempatan untuk memasak, inilah hidangan mak yang cukup ringkas tapi sangat menyelerakan. Kepedasan cili yang menaikkan lagi kemanisan isi ikan dah cukup memadai untuk buat anda bertambah nasi berkali-kali.
Masak Lemak Cili Api Telur Sotong Kalau anda bercadang nak makan lauk-pauk kampung, tidak sahlah sesi makan anda itu tanpa lauk masak lemak cili api. Hidangan masak lemak cili api di Plan B ini sememangnya suatu kejutan. Rasa lemak santan dan kehangatan cili api diserap ke dalam telur sotong yang dimasak empuk sudah cukup untuk buat sesiapapun terbayangkan suasana berbuka bersama keluarga di kampung.
Masak Lemak Butternut Squash Pucuk Labu Kalau anda nak lauk yang manis dan segar, hidangan masak lemak butternut squash ialah antara masakan fusion Plan B yang berjaya mengekalkan ciri-ciri tradisionalnya. Rasa manis butternut squash yang terseduh dalam kuah santan berlemak cukup ringan pada perut dan tidak keterlaluan. Cukup sesuai untuk dijadikan juadah berbuka.
Promo 4 Kek untuk RM 100 Bagi peminat pencuci mulut, anda boleh dapatkan promo 4 kek saiz 4′ untuk harga RM 100. Antara perisa kek yang boleh dipilih ialah kek Blackforest, Coklat, Red Velvet, Salted Caramel Macadamia, Pisang, Karot dan Oren. Memang berbaloi!
Jauh di Mata, Dekat di Hati Terdapat pelbagai lagi sajian enak yang anda boleh cuba termasuklah sambal tradisional daerah seperti sambal hitam Pahang, sambal belacan, budu dan macam-macam lagi.
Ambil kesempatan ini untuk mencuba air tangan Cef Nik Michael Imran dan Cef Wan Mohd Sabri menyediakan juadah kampung dan masakan mak yang anda gemari di Plan B. Meskipun mak berada jauh di mata tapi mak tetap di hati setiap kali anda menikmati sajian-sajian ini.
Untuk membuat tempahan, anda boleh hubungi terus Plan B di 012-3313913/010-2659539 untuk membuat pesanan ataupun guna pautan di bawah untuk buat pesanan di Grab. Penghantaran percuma bagi 8 kilometer yang pertama dengan pembelian minimum RM 100.
The post Plan B Anda Bila Rindukan Masakan Mak appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/plan-b-anda-bila-rindukan-masakan-mak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Beradik Dikuarantin Bila Rindukan Mak Ayah Ini Yang Mereka Lakukan Allahu

3 Beradik Dikuarantin Bila Rindukan Mak Ayah Ini Yang Mereka Lakukan Allahu

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 264 hits
Setiap kali berasa rindukan ibu dan ayah saya serta adik adik akan berdoa supaya rasa rindu ini hilang kata Hussain Izzuddin Che Mamad 9 3 Beradik Dikuarantin Bila Rindukan Mak Ayah Ini Yang Mereka Lakukan Allahu
Sampai Hujung Nyawa Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak Sakit Hingga Nafas Terakhir

Sampai Hujung Nyawa Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak Sakit Hingga Nafas Terakhir

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 325 hits
Menerima khabar pemergian seseorang yang amat kita sayang itu satu perkara yang agak berat untuk diterima apatah lagi jika insan itu adalah ibu bapa kita sendiri Namun taqdir Tuhan sudah menentukan bahawa yang pergi tetap akan pergi dan tid...
Mak Ayah Kena Pandai Ambil Hati Anak Sulung Ni Sensitif Mudah Terasa Diabaikan Kalau Dimarah

Mak Ayah Kena Pandai Ambil Hati Anak Sulung Ni Sensitif Mudah Terasa Diabaikan Kalau Dimarah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 309 hits
Jika anda sering berdepan dengan situasi anak sulung dan adiknya bergaduh mungkin boleh gunakan pendekatan ini Menurut perkongsiannya di Facebook Sharifah Zahidah memberitahu cara untuk menenangkan kedua dua pihak tidak mudah tetapi tidak m...
Beli Barang Untuk Mak Ayah Haram Ambil Balik Bila Mereka Meninggal

Beli Barang Untuk Mak Ayah Haram Ambil Balik Bila Mereka Meninggal

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 416 hits
Beli Barang Untuk Mak Ayah Haram Ambil Balik Bila Mereka MeninggalAda anak anak yang tak faham dan anggap perkara pemberian barang pada orang tua itu isu remeh Yang mana waktu hayat mereka masih ada anak anak hadiahkanlah barang seperti per...
Marah Sebab Sebar Fake News Kepada Mak Mereka Reaksi Berader Ini Buatkan Netizen Geli Hati

Marah Sebab Sebar Fake News Kepada Mak Mereka Reaksi Berader Ini Buatkan Netizen Geli Hati

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 571 hits
Mesti ada diantara mak ayah anda yang lebih percayakan perkongsian group WhatsApp berbanding nasihat anak sendiri bukan Ohmedia percaya benda bukan berlaku kat Malaysia saja seluruh dunia lebih lebih lagi kalau mak ayah berkenaan baru terde...
Anak Lemah Mengadu Sakit Perut Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat Nak Puasa

Anak Lemah Mengadu Sakit Perut Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat Nak Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 444 hits
Semua ibu bapa sememangnya merasa cukup bangga bila anak kecil seusia lima atau enam tahun sudah pandai berpuasa Namun sedarkah mereka si kecil yang terpaksa mencuba berpuasa seharian itu lemah dan mengalami kesakitan sepanjang hari Jangan ...
Anak Senyap Senyap Masuk Dapur Tak Sedar Banyak Bahayanya Mak Ayah Jangan Leka

Anak Senyap Senyap Masuk Dapur Tak Sedar Banyak Bahayanya Mak Ayah Jangan Leka

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 527 hits
Ada waktunya kita sendiri tidak sedar anak kecil kita mengekori kita ke dapur Malah ada juga yang mula merangkak dan bertatih hingga ke dapur Mak ayah tolong jangan biarkan dan biasakan bayi dan anak kecil kita di dapur Jika terbiasa anak m...
Jika Syarat Moratorium Diubah Mak Cik Kiah Dan Keluarga Akan Bertambah Susah Syed Saddiq

Jika Syarat Moratorium Diubah Mak Cik Kiah Dan Keluarga Akan Bertambah Susah Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 373 hits
Berita keputusan Bank Negara Malaysia menukar syarat moratorium menjadi buah mulut netizen pada saat ini Sebelum ini BNM menawarkan penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran balik pinjaman pembiayaan untuk jangka masa yan...
Mata Mak Semakin Kabur Kerap Menangis Selepas Arwah Pergi

Mata Mak Semakin Kabur Kerap Menangis Selepas Arwah Pergi

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 254 hits
Ramadan tahun ini pasti berbeza buat keluarga Ali Puteh tanpa kehadiran abangnya Allahyarham Abam Bocey Berkongsikan keadaan ibunya Sabariah Arshad Ali berkata The post appeared first on
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation