Pkr Tetap Guna Logo Sendiri Dap Belum Buat Keputusan



Jika semalam Amanah mengumumkan langkah mereka untuk berkongsi lambang Warisan dalam pilihan raya akhir bulan ini, PKR pula nampaknya mengambil langkah berbeza.Ketua Pemuda PKR (AMK) Sabah, Raymond Ahuar, berkata Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang bermesyuarat pada 20 Ogos lalu bersetuju untuk menggunakan lambang sendiri.
“Keputusan majoriti dalam mesyuarat MPN baru-baru ini, kami menyokong untuk menggunakan logo PKR sendiri.
“Walaupun ada dua-tiga pandangan yang berbeza, tapi oleh kerana sokongan majoriti itu sudah ada, dan presiden sendiri sudah buat kenyataan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kenyataan itu senada dengan pendirian yang sebelum ini disuarakan Presiden PKR Anwar Ibrahim pada 20 Ogos lalu.
Kata Anwar meskipun ada cadangan agar PKR bertanding menggunakan lambang Warisan, tetapi parti itu berpendirian untuk tetap kekal bertanding dengan lambang sendiri. 
Menyokong kenyataan Raymond, Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin, berkata meskipun ada cadangan menggunakan lambang Warisan, akar umbi parti menolak cadangan itu.
Malah katanya, soal menggunakan lambang Warisan sudah tidak berbangkit dan tidak akan lagi dibawa dalam mesyuarat pimpinan akan datang.
Tidak lama lagi
Katanya hal itu kerana PKR lebih mengutamakan gabungan dalam PH.
Selepas Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengumumkan parti itu akan bertanding menggunakan lambang Warisan, spekulasi kembali muncul dengan kemungkinan parti lain dalam PH juga akan mengambil tindakan sama.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu akan membincangkan isu PRN Sabah dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutir pusat (CEC) parti itu.
Ketika dihubungi hari ini Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin berkata satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat berhubung perkara berkenaan.
“Tunggu pengumuman,” katanya
Apabila ditanya tarikh pengumuman itu akan dibuat, jawab Chan: “Soon (tidak lama lagi)”.
Chan Foong HinKali terakhir Sabah mengadakan PRN ialah bersekali dengan pilihan raya umum di seluruh negara iaitu Mei 2018. Warisan memenangi 21 kerusi DUN, manakala DAP mendapat enam kerusi, dan PKR dua.
Umno pula menguasai 17 namun kini hanya tinggal satu apabila semua - kecuali Musa Aman - melompat meninggalkan parti berkenaan untuk menyertai Warisan atau Bersatu.
Pada 29 Julai lalu Musa bersama 32 Adun lain mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru dan meminta Yang di-Pertua Sabah Juhar Mahiruddin mengadakan majlis angkat sumpah bagi kerajaan baru.
Bagaimanapun, atas nasihat Shafie, Juhar memutuskan untuk membubarkan DUN sehari kemudian.
Kumpulan Musa kini dalam proses menunggu Mahkamah Rayuan menentukan permohonan mereka untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak permohonan semakan semula mereka terhadap pembubaran berkenaan.
PRN Sabah dijadualkan berlangsung 26 September nanti.

MR :  Pembangkang yang bangkal bungkus  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/pkr-tetap-guna-logo-sendiri-dap-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Pkr Berkeras Guna Lambang Sendiri

Prn Sabah Pkr Berkeras Guna Lambang Sendiri

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 441 hits
PKR Sabah tetap akan menggunakan logo sendiri pada pilihan raya negeri akan datang walaupun DAP mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding menggunakan logo Warisan PKR tetap akan gunakan logo PKR kata Ketua Penerangan PKR Sabah Simsudin S...
Keadilan Guna Logo Sendiri Di Prn Sabah Tahniah

Keadilan Guna Logo Sendiri Di Prn Sabah Tahniah

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 423 hits
Logo adalah isu kecil Apa yang penting adalah penyatuan tolak ansur dan kerjasama di antara Keadilan dan Warisan Penyokong Keadilan mengenali logo Keadilan begitu juga sebaliknya untuk penyokong Warisan Tempat Warisan bertanding gunakan saj...
Dap Cuba Manipulasi Rakyat Sabah Bertanding Guna Logo Warisan

Dap Cuba Manipulasi Rakyat Sabah Bertanding Guna Logo Warisan

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 479 hits
Calon DAP pada pilihan raya negeri Sabah yang akan datang tidak akan menggunakan logo parti mereka sendiri sebaliknya akan bertanding di bawah bendera Warisan Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng berkata ia merupakan keputusan yang sukar...
Dap Using Warisan Banner Won T Sway Pkr From Its Own Logo

Dap Using Warisan Banner Won T Sway Pkr From Its Own Logo

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 367 hits
SABAH POLLS Sabah PKR is not swayed from using its own logo for the upcoming state election even though DAP is its latest Pakatan Harapan partner to announce that it will use the Warisan banner to field its electoral candidates PKR will sti...
Akhirnya Pkr Mengalah Guna Logo Warisan Prn Sabah

Akhirnya Pkr Mengalah Guna Logo Warisan Prn Sabah

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 503 hits
Pertemuan saya serta pimpinan KEADILAN bersama Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pagi ini Dalam pertemuan itu kami bincangkan soal pengagihan kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan datang Saya sampaika...
Pkr Sabah Guna Anwar Tekan Shafie Bagi Agihan Kerusi Prn Sabah

Pkr Sabah Guna Anwar Tekan Shafie Bagi Agihan Kerusi Prn Sabah

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 398 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Presiden Warisan Shafie Apdal hari ini untuk membincangkan pengagihan kerusi bagi pilihan raya negeri Sabah Ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PKR Sabah di Kota Kinabalu se...
Prn Sabah Bekas Adun Umno Masuk Ppbm Boleh Guna Logo Bn Kata Annuar

Prn Sabah Bekas Adun Umno Masuk Ppbm Boleh Guna Logo Bn Kata Annuar

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 384 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Umno yang menyertai PPBM selepas pilihan raya umum lalu dibenar bertanding menggunakan logo Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 September ini Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata persetujuan itu ...
Prn Sabah Calon Amanah Guna Logo Warisan

Prn Sabah Calon Amanah Guna Logo Warisan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 444 hits
Semua calon Amanah akan menggunakan lambang Warisan dalam pilihan raya negeri Sabah kata Pengarah Komunikasi Khalid Abd Samad Katanya keputusan itu dibuat sebagai tanda solidariti parti itu dengan Warisan dan Ketua Menteri Sabah Shafie Apda...
Presiden Pas Kata Dulu Pun Pas Pernah Guna Logo Bn

Presiden Pas Kata Dulu Pun Pas Pernah Guna Logo Bn

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 461 hits
ZAMZURI ARDANIYe laa itu zaman Dato Asri dulu kamu bantai Dato Asri bukan main hari ni kamu ambil ijtihad dia untuk pertahan tindakan kamu Bagi saya isunya bukan soal salah atau tidak PAS guna logo BN kalau PAS bubar terus masuk BN pun tak ...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Majlis Perpisahan Abam Kie Di Sekolah Lama

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient