Pkr Terima Dana Dari Jutawan John Soh Kata Chegubard



(Malaysia Gazette) – Bekas ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin menyanggah penafian Rafizi Ramli berhubung isu dana kepada parti daripada seorang individu bernama John Soh dan mendedahkan jutawan itu sebenarnya penyumbang dana terbesar kepada parti pembangkang tersebut.
Badrul Hisham atau Chegubard mendesak supaya kepimpinan PKR terdahulu dan sedia ada menjelaskan adakah benar sejumlah RM26 juta wang daripada individu itu diberikan kepada parti.
“Datuk Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Datuk Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya.
“Malah Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) juga perlu tampil kerana dikaitkan menerima dana yang jauh lebih besar dari nama yang disebut sebelumnya,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini di blognya.

Bangunan HQ PKR juga hak milik John Soh John Soh kini sudah tidak boleh dihubungi kerana sedang meringkuk dalam penjara Singapura.
Badrul Hisham kemudiaan mendedahkan hubung kait John Soh dengan PKR secara terperinci, malah mengenali individu tersebut secara peribadi.
“Siapa dia John Soh? Jujurnya, saya kenal John Soh secara peribadi. Saya pernah beberapa kali duduk bersama untuk makan tengahari, minum petang dan naik kereta bersama ketika saya menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.
“Peranan John Soh pada satu ketika dalam ‘circle Anwar’ amat kuat sehingga dia pernah beberapa kali hadir dan duduk dalam mesyuarat MPP PKR. Perkara ini saya pernah tegur secara terbuka dalam mesyuarat kerana bagi saya MPP ialah medan tertinggi PKR dan seharusnya tidak terbuka kepada kawan-kawan nak hadir suka-suka.
“Selepas itu Anwar secara peribadi memanggil saya meminta saya memahami keadaan kerana kononya John Soh punya ‘networking’ tertentu yang sangat diperlukan bagi strategi politik pada ketika itu. Malah selepas teguran saya John Soh secara rasmi dilantik sebagai anggota Biro Politik bagi menghalalkan kehadiran beliau dalam semua mesyuarat parti,” katanya lagi.

PKR suruh John Soh memberi bantuan kewangan kepada PI Bala semasa dia di India Menurut Badrul Hisham, memang bukan misteri, John Soh menjadi penyumbang kepada PKR.
“Seingat saya sebahagian besar perbelanjaan menyiapkan pengubahsuaian Ibu Pejabat Parti ketika itu ditanggung John Soh, malah ketika Datuk Salehuddin Hashim menjadi Setiausaha Agung PKR kertas cadangan menyiapkan pejabat PKR negeri seluruh negara diajukan kepada John Soh dan John Soh bersetuju menyumbang dana.
“Ketika itu imej dan pengurusan perjalanan pengurusan PKR sangat berimej korporat dan sangat baik,” ujarnya.
Beliau kemudiaan mengimbau kembali semasa zaman Zaid Ibrahim berada dalam PKR di mana beliau rapat dengan John Soh tetapi Anwar kemudiaan memberikan arahan yang pelik kepadanya supaya mengalihkan sokongan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa pemilihan parti bagi jawatan timbalan presiden.
“Zaid Ibrahim masuk PKR dan dia kemudian rapat dengan kelompok ‘circle Anwar’ sebelah John Soh ini. Namun Anwar punya karakter yang pelik, Zaid Ibrahim diherokan sehinggalah ketika pemilihan parti 2010 ketika Zaid membuat keputusan melawan Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden tiba-tiba Anwar memanggil saya dan meminta saya menyokong Azmin kononnya kerana katanya Zaid Ibrahim sedang dibantu (didanai) oleh orang yang rapat dengan Daim (Tun Daim Zainuddin) dan Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) bagi mengambil alih PKR.
“Saya berhujah sehingga mengheret nama John Soh, yang mana saya sebut ketika saya mempersoalkan kenapa John Soh hadir dalam mesyuarat majlis tertinggi Anwar sendiri memanggil dan meminta saya yakini bahawa John Soh ikhlas mahu menjatuhkan BN (Barisan Nasional),” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/12/29/pkr-terima-dana-dari-jutawan-john-soh-kata-chegubard/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
John Mayer Ungkap Terima Kasih Khusus Untuk Fans Indonesia Usai Lagunya Populer Lagi

John Mayer Ungkap Terima Kasih Khusus Untuk Fans Indonesia Usai Lagunya Populer Lagi

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 227 hits
Dirilis sejak 2015 lagu You re Gonna Live Forever in Me mendadak hype lagi tahun ini karena penggemar dari Indonesia
Pemimpin Pkr Diam Tak Tegur Anwar Kata Mp Ph Pasir Gudang

Pemimpin Pkr Diam Tak Tegur Anwar Kata Mp Ph Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 226 hits
Pemimpin PKR diam tak tegur Anwar kata MP PH Pasir GudangAhli Parlimen PKR Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berpuisi membantah MoU PH dan parti lain yang dianggapnya telah menyebabkan demokrasi di Malaysia berkubur 182SharesAhli Parlimen Pas...
Buat Tarian Tiang Dalam Drama Terbaru Cinta Laura Teruk Dikecam Peminat Kata Smart Kenapa Terima Tawaran Macam Ni

Buat Tarian Tiang Dalam Drama Terbaru Cinta Laura Teruk Dikecam Peminat Kata Smart Kenapa Terima Tawaran Macam Ni

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 205 hits
Pelakon terkenal Indonesia Cinta Laura Kiehl adalah antara selebriti yang educated dan sering menerima pujian kerana pandai menyusun ayat apabila berkata kata Kenyataannya tidak kiralah nasihat atau ketika menjawab soalan sekali pun selalu ...
Perak Serius Tangani Isu Banjir Kata Exco

Perak Serius Tangani Isu Banjir Kata Exco

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 154 hits
Perak serius tangani isu banjir kata exco Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 Dec 2022 6 07PM
Adun Jengka Dakwa Tuanku Kata Jangan Berpolitik Kepartian Dalam Masjid Surau

Adun Jengka Dakwa Tuanku Kata Jangan Berpolitik Kepartian Dalam Masjid Surau

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 216 hits
MARAN Tuanku Sultan kata jangan berpolitik kepartian di dalam masjid surau Bukan halang wakil rakyat nak sampaikan kuliah Tafsir kuliah hadis kuliah aqidah ahli sunnah wal jamaah kuliah tasawuf dan lain lain lagi yang berkait dengan agama I...
Mudarat Bekerjasama Dengan Pn Jauh Lebih Bahaya Berbanding Ph Kata Zahid

Mudarat Bekerjasama Dengan Pn Jauh Lebih Bahaya Berbanding Ph Kata Zahid

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 267 hits
Presiden Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan memilih PH bagi membentuk kerajaan adalah selepas mengambil kira mudarat jauh lebih berbahaya apabila bekerjasama dengan Perikatan Nasiona...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm