Pkr Terbuka Kerjasama Pelbagai Parti Demi Selamatkan Rakyat



KEADILAN mengambil pendirian untuk mengukuhkan kerjasama dengan rakan-rakan seperjuangan sejak sekian lama seperti DAP dan Amanah dalam bergerak seiring sebagai pembangkang.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam Perutusan Khas beliau pagi tadi.
Katanya, sebarang urusan bersama kedua-dua parti itu perlu dilakukan secara tertib dan mengutamakan semangat musyawarah.
“Dalam keadaan sekarang ini, kita perlu menyempurnakan tugas dan berganding bahu dengan lebih erat dengan rakan-rakan kita, dengan DAP dan Amanah, dan jangan biarkan hal-hal kecil kita berbeza pendapat itu diperbesarkan.
“Apa-apa keputusan diambil secara bermesyuwarah. Logo pun mesyuwarah. Tiada siapa boleh paksa dan kita juga tidak memaksa mereka. Itu cara kita. Kita belajar dari pengalaman lalu dan kita tahu punca pengkhianatan kerana prinsip ini dinodai oleh rakan baru, menyebabkan kepincangan sekarang,” katanya.
Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan itu terbuka dengan idea kerjasama melibatkan pelbagai parti menghadapi kerajaan Perikatan Nasional.
Katanya, dalam suasana pandemik yang mengorbankan nyawa dan kebobrokan kerajaan PN, kerjasama melibatkan lebih banyak parti harus dilakukan demi menyelamatkan rakyat dan negara.
“Keadaan berubah. Kita tidak boleh mengambil sikap yang terlalu keras untuk menolak bentuk kerjasama. Sekarang pun, selain PH kita bersedia kerjasama dengan rakan-rakan dalam pembangkang dan kita mengambil sikap bersama.
“Tetapi jangan anggap nak bolot kuasa atau nak teruskan dengan cara rakus, kronisme, beri kontrak tanpa tender. Hal-hal yang sedemikian tidak boleh kita setuju.
“Kita mahu kesepakatan dalam kelompok pembangkang kerana kita lihat ada ketegangan dalam PN. Kita mengambil sikap bekerjasama untuk menyelamatkan rakyat. Negara tidak boleh menyelamatkan rakyat kerana nakhoda sekarang ini, kapalnya tidak berhaluan,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, KEADILAN harus mengambil kesediaan untuk melebarkan kerjasama termasuk ke atas parti yang sebelum ini dianggap sebagai musuh.
“Kita pernah kerjasama dengan musuh sebelum ini tetapi syaratnya harus tegas tidak boleh tolak ansur dan perjanjian kita pastikan tidak mungkin dimungkiri,” katanya.
Sekiranya hal itu dikompromi, kata Anwar, maka tanggapan rakyat sebelum ini akan menjadi kenyataan; pimpinan silih berganti, PM berganti tetapi tiada apa yang berubah.
Masih bergelut isu mengumpul kekayaan, rampas khazanah, mengkayakan keluarga dan anak pinak oleh mereka yang sebelum itu berjuang menentang rasuah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32285

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Perlu Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Kata Anwar

Pkr Perlu Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 580 hits
PKR tidak boleh terlalu keras dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana mana parti politik sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional menurut presidennya Anwar Ibrahim Dalam keadaan kita tiada keupayaan atau bersikap terlal...
Pemuda Kongsi Kisah Ibu Terpaksa Berkorban Demi Selamatkan Pesakit Covid 19

Pemuda Kongsi Kisah Ibu Terpaksa Berkorban Demi Selamatkan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 322 hits
Gelombang pandemik yang semakin menggila ini sememangnya begitu menakutkan Mana tidaknya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pesakit yang tidak ada harapan sembuh tidak lagi diberi mesin ventila...
Serang Polis Demi Selamatkan Suami Warga Pakistan

Serang Polis Demi Selamatkan Suami Warga Pakistan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 343 hits
NOR AZIHAN BINTI MD GHAZALIPETALING JAYA Seorang wanita sanggup membuat provokasi terhadap polis demi menyelamatkan suaminya yang juga warga Pakistan yang memiliki dokumen palsu ketika pemeriksaan polis di Jalan Persiaran Kewajipan Subang J...
Anwar Pkr Tidak Boleh Terlalu Keras Untuk Menolak Segala Bentuk Kerjasama Politik

Anwar Pkr Tidak Boleh Terlalu Keras Untuk Menolak Segala Bentuk Kerjasama Politik

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat tidak boleh terlalu keras dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana mana parti politik sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional menurut presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam keadaan...
Selepas Wanita Perwakilan Amk Pula Gesa Pkr Henti Kerjasama Dengan Dr Mahathir

Selepas Wanita Perwakilan Amk Pula Gesa Pkr Henti Kerjasama Dengan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 500 hits
KUALA LUMPUR Pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat terus didesak supaya menghentikan sebarang bentuk kerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Pada Jumaat gesaan itu datang dari...
Ahli Pkr Jika Ingin Membantu Boleh Dapatkan T Shirt Atau Terus Saja Ke Tabung Usaha Rakyat Marhaen

Ahli Pkr Jika Ingin Membantu Boleh Dapatkan T Shirt Atau Terus Saja Ke Tabung Usaha Rakyat Marhaen

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 311 hits
NORMAN RADZUANSaya sgt simpati melihat live Iswardy Morni duduk di lantai dan diakhiri live tersebut dia ada menjual t shirt utk mencari dana membeli kembali HP komputer meja dan kerusi Kita tidak perlu menyalahkan pegawai PDRM kerana ia ad...
Tangguh Kongres Pkr Kerajaan Takut Rakyat Mahu Sidang Parlimen Maya

Tangguh Kongres Pkr Kerajaan Takut Rakyat Mahu Sidang Parlimen Maya

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 321 hits
Tangguh Kongres PKR kerajaan takut rakyat mahu sidang Parlimen maya Oleh June 06 2021Arahan penangguhan Kongres Nasional KEADILAN oleh Majlis Keselamatan Negara terus dipertikaikan Terbaharu Ketua Jawatankuasa Publisiti dan Media Kongres Na...
666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

Kedah Mayat Lelaki Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Karipap Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Timbulkan Fitnah

Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Michael Gayut Mg Aron Dbl Project Cinta Siruga Chord

New Samarahan Kuching International Airport Access Road Opened By Motorists Despite Incomplete Works