Pkr Jangan Kecil Hati Dengan Nur Jazlan


 


PKR JANGAN KECIL HATI DENGAN NUR JAZLAN


5 October 2024


Walaupun sudah dua hari berlalu, masih ramai yang bercakap mengenai teguran Ahli MT UMNO, Nur Jazlan Mohamed yang menyatakan PKR dan Amanah bukanlah pemain sebenar dalam politik negara ini.


Sebaliknya, kata Timbalan Speaker Dewan Negara itu, UMNO, DAP dan GPS di Sarawak adalah watak utama dalam kerajaan perpaduan yang ada sekarang.


“Dalam konteks permainan poker politik, hanya mereka yang benar-benar ada skill, kekuatan dan pengalaman saja yang layak dan mampu bertahan di meja utama.


“Bagi saya hanya UMNO, DAP dan GPS saja yang boleh diibaratkan sebagai pemain poker profesional yang tahu bila nak “bluff,” bila nak “raise” dan bila nak ambil risiko.


“Parti ini saja pemain sebenar dalam politik Malaysia sejak awal merdeka dulu,” kata beliau.


Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan kepada PKR dan Amanah bahawa politik ini bukan sekadar berharap kepada nasib semata-mata.


“Dalam Kerajaan Perpaduan, UMNO dan DAP adalah pemain utama yang menguasai meja poker sebab kita ada kekuatan ahli, penyokong dan jentera,” katanya.


PKR dan Amanah kena sedar mereka tidak ada kelebihan tersebut.


“Jadi mereka patut tak boleh duduk di meja poker. Biarlah saya cakap terus terang; bukan setakat dalam politik di nasional,  di peringkat politik di Johor pun, PKR dan Amanah kurang layak duduk semeja main poker politik.


“Realitinya, mereka ini hanya passengers (penumpang) yang nak rebut seat (kerusi) dalam kapal terbang yang dikemudi dua pilot iaitu UMNO dan DAP,” tambahnya.


Khususnya kepada orang-orang PKR, tentu saja mereka tersinggung, melenting dan marah dengan apa yang dinyatakan Nur Jazlan itu kerana Perdana Menteri, Anwar Ibrahim adalah daripada PKR.


Tentulah sukar mereka menerima bahawa PKR bukan dianggap sebagai pemain utama sedangkan kerusi Perdana Menteri milik parti tersebut.


Tetapi, sebelum mahu membuka mulut dan mendongakkan mula meluahkan rasa marah, lihatlah realiti dulu.


Tanpa UMNO, dapatkah Anwar jadi Perdana Menteri?


Tanpa sokongan UMNO juga, mungkinkah datang sokongan daripada GPS?


Setelah terbentuk kerajaan perpaduan, lihatlah pula realiti sekali lagi – bukankah yang palng mewah menuai buah kejayaan daripada ladang kerajaan ialah UMNO, DAP dan GPS?


Tidakkah semua ini menandakan ketiga-ketiga parti itu merupakan pemain utama yang memang disedari oleh Anwar sendiri?


Pemimpin dan penyokong PKR dapat apa, malah ada pemimpin PKR mengeluh, mereka nak berjumpa Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya pun masih sukar?


Dengan itu, kepada pemimpin dan penyokong PKR, jangan kecil hati atau tersinggung dengan apa yang dinyatakan oleh Nur Jazlan.


Beliau hanya memperkatakan kebenaran dan realiti yang sebenar.


Selain itu, dalam PRU16 akan datang, mahu tidak tahu, Anwar perlu bergantung sekali lagi kepada UMNO dan GPS untuk terus kekal berkuasa lagi bagi penggal kedua.


Itu pun, jika UMNO dan GPS masih sudi lagi untuk terus bersama Anwar?


Bagaimana jika jumlah kerusi Parlimen UMNO nanti jauh lebih besar daripada PKR?


Dalam PH, hanya DAP yang diyakini mampu bertahan dengan jumlah kerusi kemenangan seperti sekarang (40 kerusi) pada PRU16 akan datang, manakala PKR (31 kerusi) dan Amanah (8 kerusi) dipercayai akan kehilangan beberapa kerusi sedia ada berdasarkan penerimaan rakyat kini yang makin merosot kepada kedua-dua parti itu.


Hakikatnya, baik sekarang atau selepas PRU16 akan datang, UMNO dan GPS, selain DAP, sekali lagi akan menjadi pemain utama yang akan menentukan pembentukan kerajaan.


Bahkan, UMNO dan GPS juga tidak mustahil akan bekerjasama semula dengan PN sebagaimana mereka pernah bekerjasama sebelum ini jika bersama PH tidak lagi menguntungkan mereka.


Kata bijak pandai, tiada musuh yang kekal dan tiada kawan yang sejati dalam politik – yang kekal selama-lamanya hanyalah kepentingan peribadi.


PKR dalam hal ini kenalah sentiasa sedar dan ingat diri. – ShahbudinHusin 5Oktober2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/10/05/pkr-jangan-kecil-hati-dengan-nur-jazlan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/pkr-jangan-kecil-hati-dengan-nur-jazlan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Congrats On By Election Wins But Don T Get Cocky Pkr Man Tells Nur Jazlan

Congrats On By Election Wins But Don T Get Cocky Pkr Man Tells Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 480 hits
Najwan Halimi says there is no single dominant political party that deserves to puff its chest following the outcome of GE15 A PKR man has hit back at Umno Supreme Council member Nur Jazlan Mohamed over his latest tirade where he claimed Am...
Now Nur Jazlan Says Amanah Pkr Merely Passengers In Unity Govt

Now Nur Jazlan Says Amanah Pkr Merely Passengers In Unity Govt

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 291 hits
The Umno Supreme Council member criticises the two parties for acting like they hold more authority than they actually do in the unity government Amanah and PKR are merely the passengers in the unity government piloted by Umno and DAP claim...
Kenyataan Nur Jazlan Dangkal Lemah Bodoh

Kenyataan Nur Jazlan Dangkal Lemah Bodoh

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 326 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 4 2024 11 43 AMBekas naib ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman membidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed yang menggunakan perumpaan bermain poker untuk menunjukkan pentingnya PH mene...
Terkini Umno Digesa Hukum Nur Jazlan Jaga Isu Sensetif Raja Sultan

Terkini Umno Digesa Hukum Nur Jazlan Jaga Isu Sensetif Raja Sultan

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 336 hits
Antara yang menarik extra hari ini 1 UMNO Selangor bidas Altimet tidak pernah minta kuota lebih jawatan 2 Media Singapura lapor Ringgit berpotensi cecah RM2 90 untuk 1 SGD 3 BN dakwa DAP belum mampu tarik pengundi Cina 4 KKM yakin Akta 852 ...
Tudiaaaa Pmx Hebat Nohh Jangan La Sakit Hati

Tudiaaaa Pmx Hebat Nohh Jangan La Sakit Hati

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 199 hits
Najib Bakar PMX Anwar Ibrahim di tangga ke 15 Muslim paling berpengaruh di dunia Satu satunya orang Melayu di top 15 Depa silap kata PMX adalah PM Malaysia ke 20
Server Kecil Hpe Berbasis Amd Eypc 64 Core Tiga Gpu Enam Ssd Tapi Jangan Harap Main Black Myth Wukong Dengan Lancar

Server Kecil Hpe Berbasis Amd Eypc 64 Core Tiga Gpu Enam Ssd Tapi Jangan Harap Main Black Myth Wukong Dengan Lancar

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 361 hits
Hewlett Packard Enterprise baru saja melancarkan server HPE ProLiant DL145 Gen11 yang ditujukan untuk sektor runcit pembuatan dan telekomunikasi Server ini direka khas untuk digunakan di persekitaran seperti kilang klinik dan lokasi terpenc...
Nur Jazlan Needlessly Stirs A Hornet S Nest

Nur Jazlan Needlessly Stirs A Hornet S Nest

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 196 hits
By Terence NettoPyromaniacs are fond of starting fires Some to mitigate their miscreance do call out the fire brigade to put out the flames One is not sure if Umno supreme councillor Nur Jazlan Mohamad belongs in the second category He ough...
Sayu Hati Tengok Ibu Kendong Anak Bersama Anak Kecil Isi Minyak Waktu Malam Bantuan Ditolak Cara Baik

Sayu Hati Tengok Ibu Kendong Anak Bersama Anak Kecil Isi Minyak Waktu Malam Bantuan Ditolak Cara Baik

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 195 hits
Video seorang ibu yang menunggang motorsikal bersama dua anak kecilnya yang tular di platform TikTok ternyata amat menyentuh hati ramai Ketika minyak diisikan ke dalam motorsikal bayi kecil pula terpaksa dikendong kemas dalam pelukan Meneru...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies