Pkr Dakwa Kerajaan Tipu Angka Covid 19



(Malaysia Gazette) – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa cuba memanipulasi angka Covid-19 bagi memberi gambaran kurang tepat kepada rakyat.
Malah Menteri Kesihatan turut didakwa tidak ikhlas dan cuba memesongkan rakyat dalam perkara yang sama.
Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang dalam kenyataan hari ini memetik kenyataan Menteri Kesihatan yang memaklumkan gelombang ketiga Covid-19 telah menurun dan terkawal.
Datuk Seri Dr. Adham Baba juga didakwa menyatakan penurunan jumlah kes positif merupakan kejayaan pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada hakikatnya, kata Lih Kang, jumlah kes positif menurun bukan disebabkan pandemik itu sudah terkawal tetapi jumlah ujian Covid-19 atau individu disampel telah mencatatkan penurunan secara drastik.
“Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan dalam sidang media pada 4 Februari lalu yang keupayaan makmal awam dan swasta menjalankan saringan Covid-19 adalah sebanyak 76,805 ujian sehari namun jumlah ujian yang dijalankan atas individu semakin hari semakin berkurangan.
“Pada 3 hingga 5 Februari lalu, jumlah saringan harian yang dijalankan melebihi 60,000 ujian dan pada 8 Februari lalu, jumlah saringan telah dikurangkan secara drastik kepada 32,536 ujian.
“Semalam, jumlah saringan individu dikurangkan lagi kepada angka yang antara paling rendah iaitu sebanyak 23,791 sahaja. Justeru, penurunan jumlah kes positif diakibatkan oleh jumlah saringan yang semakin kecil bukan kerana pandemik sudah terkawal,” kata Lih Kang.
Tambah Ahli Parlimen PKR Tanjung Malim itu, piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan pandemik Covid-19 dianggap terkawal sekiranya kadar positif daripada jumlah saringan itu kurang daripada lima peratus.
Justeru katanya, jika kadar positif melebihi 10 peratus maka pandemik dikategorikan sebagai di luar kawalan.
Menurut Lih Kang, dalam tempoh tiga hari yang lepas, kadar positif dalam negara berlegar sekitar 10 peratus iaitu 11.94 peratus pada 13 Februari lalu, diikuti 10.15 peratus pada hari Ahad serta 9.15 peratus pada Isnin.
“Angka-angka ini menunjukkan pandemik Covid-19 di negara kita jauh daripada terkawal dan sejak wabak ini dikesan di negara kita, 975 nyawa telah diragut dan kita belum melihat di mana kesudahannya.
“Namun, Menteri Kesihatan sanggup memberi gambaran yang terpesong demi kepentingan politik sendiri.
“Saya mendesak PN menghentikan permainanan politik seperti ini untuk menipu rakyat. Kerajaan harus memastikan menteri dan kedua-dua timbalannya letak jawatan atas kekhilafan ini supaya kementerian yang lain tidak akan mengulangi perbuatan ini,” tegas beliau.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/02/17/pkr-dakwa-kerajaan-tipu-angka-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Tipu Rakyat Dengan Manipulasi Angka Kes Covid 19

Henti Tipu Rakyat Dengan Manipulasi Angka Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 194 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Naib Presiden PKR Chang Lih Kang mengkritik kerajaan Perikatan Nasional kerana didakwa cuba untuk manipulasi angka Covid 19 sehingga memberi gambaran kurang tepat kepada rakyat Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri ...
Kerajaan Setuju Beri Vaksin Covid 19 Secara Percuma Kepada Warga Asing

Kerajaan Setuju Beri Vaksin Covid 19 Secara Percuma Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 194 hits
106 total views 106 views today KUALA LUMPUR 11 Feb Kerajaan setuju Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan yang akan bermula penghujung bulan ini akan turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di...
Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 194 hits
February 22 2021 10 23 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata masalah dihadapi rakyat perlu diutamakan PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerajaan Covid 19 dengan berkata rakya...
Kerajaan Pahang Sasarkan Sebanyak 1 12 Juta Rakyat Akan Terima Suntikan Vaksin Covid 19

Kerajaan Pahang Sasarkan Sebanyak 1 12 Juta Rakyat Akan Terima Suntikan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 190 hits
nbsp KUANTAN nbsp Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan sebanyak 1 12 juta atau 70 peratus daripada 1 67 juta rakyat Pahang akan menerima suntikan vaksin COVID 19 menerusi program suntikan vaksin yang dijadualkan bermula akhir bulan ini Menter...
Angka Kematian Akibat Covid 19 Tertinggi Di Jawa Tengah Capai 109 Jiwa

Angka Kematian Akibat Covid 19 Tertinggi Di Jawa Tengah Capai 109 Jiwa

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 181 hits
Sebagai informasi jumlah penambahan kasus hari ini total seluruh provinsi adalah sebanyak 8 844 orang Sehingga total akumulatif sebanyak 1 210 703 orang di Indonesia terkonfirmasi positif Covid 19
Kerajaan Pn Makin Teruk Dakwa Daim

Kerajaan Pn Makin Teruk Dakwa Daim

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 178 hits
Kerajaan PN Makin Teruk Dakwa Daim Tokoh wartawan A Kadir Jasin menasihati Muhyiddin Yassin agar menghadamkan saranan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin yang menegur kerajaan sekarang Kata A Kadir perdana menteri juga perlu memberi tunju...
Tun Mahathir Dakwa Kerajaan Pm Muhyiddin Membuatkan Agong Nampak Seperti Diktator

Tun Mahathir Dakwa Kerajaan Pm Muhyiddin Membuatkan Agong Nampak Seperti Diktator

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 225 hits
PETALING JAYA Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuatkan Yang di Pertuan Agong nampak seperti diktator Dalam satu siaran langsung khas bekas Perdana Menteri itu ...
Jangan Main Angka Konon Covid Telah Terkawal

Jangan Main Angka Konon Covid Telah Terkawal

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 133 hits
Kerajaan Perikatan Nasional digesa agar tidak terus memanipulasi angka jangkitan harian Covid 19 yang didakwa telah terkawal Sedangkan kata Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang dakwaan kerajaan itu tidak mengikut piawaian antarabangsa Kata...
Angka Kematian Covid 19 Melepasi 1 000 Orang Selepas 22 Kematian Baharu Dilaporkan

Angka Kematian Covid 19 Melepasi 1 000 Orang Selepas 22 Kematian Baharu Dilaporkan

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 212 hits
February 17 2021 PETALING JAYA Kementerian kesihatan melaporkan 2 998 kes Covid 19 dan 22 kematian hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 5 709 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama iaitu masih kekal me...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing