Pkpd Tujuh Sekatan Di Kota Setar


Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar mengesahkan akan melaksanakan tujuh sekatan jalan raya (SJR) di daerah berkenaan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketat secara Pentadbiran (TEMCO) yang bermula tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Mohd Redzuan Salleh menjelaskan ia bagi memastikan tidak berlaku aktiviti keluar masuk dalam kalangan penduduk selain memastikan pelaksanaan TEMCO.
Menurutnya, tujuh lokasi SJR adalah di hadapan Restoran Haji Ramli Simpang Empat; Jalan Batas Paip, Kuala Kedah; hadapan Balai Polis Alor Janggus; hadapan Balai Polis Kepala Batas; Jalan Hutan Kampung; Tol Alor Setar Utara dan Tol Alor Setar Selatan.
Tambah beliau, pihaknya yakin keperluan logistik seperti kuantiti anggota keselamatan yang terlibat adalah mencukupi meskipun TEMCO kali ini melibatkan satu daerah yang sangat luas.
Jelas Mohd Redzuan, dengan kekuatan 350 pegawai dan anggota polis serta pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat dapat membantu dalam memudahkan perlaksanaan SJR dan pemantauan premis-premis yang berada di daerah Kota Setar.
“Kami akan mengadakan sebanyak tujuh sekatan jalan raya yang melibatkan sempadan-sempadan di dalam daerah Kota Setar.
“Sebagai contoh, sempadan Kota Setar dan juga Jitra. Kemudian, untuk tujuh SJR ini, kami turut melibatkan kekuatan daripada Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana kerjasama-kerjasama sebelum ini.
“Kami turut mengadakan sebanyak 21 pasukan pemantau yang akan digerakan mengikut syif yang telah ditetapkan sebagaimana PKP terdahulu,” katanya pada sidang media berhubung penguatkuasaan TEMCO bagi daerah Kota Setar di Balai Polis Kepala Batas pada Jumaat.
Kata Mohd Redzuan lagi, pasukan pemantau dan pasukan daripada unit ronda bermotosilkal akan mengawal laluan tikus di laluan-laluan utama berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Redzuan menjelaskan pihaknya telah menerima pelbagai pertanyaan dan permohonan bagi kebenaran untuk tujuan bekerja di dalam kawasan TEMCO.
Menurutnya, pihak majikan seharusnya dapat mempertimbangkan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah memandangkan situasi semasa berhubung beberapa kluster di daerah berkenaan agak serius.
Terdahulu, kerajaan telah mewartakan pelaksanaan PKPD secara pentadbiran di daerah Kota Setar ekoran peningkatan kes di lokasi berkenaan.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, TEMCO tersebut dikuatkuasakan mulai 11 September pukul 12.01 tengah malam hingga 25 September 2020, sebagai sebahagian langkah pencegahan penularan COVID-19. Awani
The post PKPD : Tujuh sekatan di Kota Setar appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/11/pkpd-tujuh-sekatan-di-kota-setar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpd Pentadbiran Di Kota Setar Amp Penjara Tawau Bermula Tengah Malam Ini

Pkpd Pentadbiran Di Kota Setar Amp Penjara Tawau Bermula Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 360 hits
Disebabkan kes positif Covid19 meningkat di beberapa kawasan yang terbabit kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan pentadbiran di 28 mukim di daerah Kota Setar dan juga Penjara Tawau Perlaksaan ini akan dikuatku...
Kota Setar Laksana Pkpd Pentadbiran

Kota Setar Laksana Pkpd Pentadbiran

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 651 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat blogger semua Naim harap semua baik baik belaka bersama keluarga tercinta Yang penting sekali sentiasa menjaga kebersihan diri di dalam keadaan norma baharu Naim rasa semua saha...
Suasana Di Bandar Kota Setar

Suasana Di Bandar Kota Setar

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 306 hits
KREDIT FB Aduan Rakyat Kedah Assalamualaikum dan selamat pagi semua Melihat pada gambar di atas adalah suasana di ibu negeri Kedah iaitu Kota Setar dan di gambar tu nampak jelas masyarakat alor setar mematuhi S O P yang telah di tetapkan ke...
Police To Tighten Control Of People Movement In Kota Setar

Police To Tighten Control Of People Movement In Kota Setar

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 351 hits
Police have tightened roadblocks on every road connecting Kota Setar District with other districts and established a team to step up control at rat lanes or illegal routes in areas placed under the administrative enhanced movement control o...
Ujian Saringan Di Kota Setar Ambil Masa Seminggu Kata Timbalan Menteri

Ujian Saringan Di Kota Setar Ambil Masa Seminggu Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 294 hits
UJIAN saringan Covid 19 terhadap 366 787 penduduk di kawasan Kota Setar yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran mulai semalam dijangka mengambil masa kira kira seminggu kata Timbalan Menteri Kesihatan I D...
All Quiet In Kota Setar But Folk Happy To Comply With Enhanced Mco

All Quiet In Kota Setar But Folk Happy To Comply With Enhanced Mco

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 237 hits
COVID 19 Although it is estimated that there are more than 360 000 residents living in 28 sub districts in Kota Setar Kedah the district has been deserted since last Friday following the implementation of the administrative enhanced movemen...
Kerajaan Negeri Salur Rm1 Juta Bantuan Makanan Kepada Penduduk Kota Setar Kata Mb Kedah

Kerajaan Negeri Salur Rm1 Juta Bantuan Makanan Kepada Penduduk Kota Setar Kata Mb Kedah

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 340 hits
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata badan bukan kerajaan persatuan atau individu yang berhasrat untuk turut menyumbang boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana Pejabat Daerah Kota Setar di talian 04 7027080 ALOR SETA Kerajaa...
Enhanced Mco Rm1m Food Aid Allocation For Kota Setar Residents Mb

Enhanced Mco Rm1m Food Aid Allocation For Kota Setar Residents Mb

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 410 hits
COVID 19 The Kedah government has allocated RM1 million for the distribution of food aid to residents who are experiencing a shortage of food supply in the areas under the administrative enhanced movement control order in Kota Setar distric...
Administrative Enhanced Mco In Kota Setar Kedah Effective Tomorrow Minister

Administrative Enhanced Mco In Kota Setar Kedah Effective Tomorrow Minister

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 409 hits
COVID 19 The government will enforce the administrative enhanced movement control order in 28 areas in Kota Setar Kedah from 12 01am tomorrow until Sept 25 Senior Minister Ismail Sabri Yaakob said it would involve a total of 366 787 residen...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kenaikan Gaji Minimum Rm1 700

Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah