Pkpd Di Penjara Kepayan Disambung 7 Lagi Lokaliti Baru Di Sabah


Tujuh lokaliti di Sabah, satu di Kelantan dikenakan PKPD


KUALA LUMPUR - Tujuh lokaliti di Sabah dan satu di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Selasa ini sehingga 26 Julai, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias di Beaufort; Kampung Tebongon (Putatan); Borneo Timber (Tongod) serta Jalan Pasir, Likas, Kampung Kuala Menggatal dan Kuarters Tangki Air Biru, Telipok (Kota Kinabalu).

Sementara di Kelantan melibatkan Kampung Gong Jering, Mukim Bukit Jawa di Pasir Puteh.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, pada Ahad.

Dalam pada itu, PKPD di Penjara Kepayan, Kota Kinabalu dan Kampung Nahaba, Kota Belud di Sabah yang masing-masing dijadualkan tamat pada 11 dan 12 Julai, dilanjutkan mengikut tempoh sama mulai 13 Julai.

Sementara itu, beberapa PKPD di Tringkap, Cameron Highlands di Pahang dan Kilang Sawit Bell termasuk perumahan kilang di Kinabatangan, Sabah ditamatkan hari ini mengikut jadual, manakala PKPD di Kampung Penimbawan, Tuaran dan Kampung Linau, Kota Belud, Sabah masing-masing ditamatkan esok mengikut jadual.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, beberapa lokaliti lain pula ditamatkan esok lebih awal daripada jadual termasuk Pangsapuri Westlite PKNS dan Apartment Mentari Court, PJS 8, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Selain itu di Sarawak, Kuarters Pekerja Ladang Mukah 1, Sarawak Plantation Agriculture Development Sdn Bhd (SPAD), Kuarters Pekerja Balingian Power Generation, Jalan Sibu dan Rumah Panjang Malang Anak Bada, Sungai Bayan.

Mengenai operasi pematuhan SOP pada Sabtu, beliau berkata, sebanyak 1,915 kilang, 18,278 premis perniagaan, 574 tapak pembinaan dan 192 asrama penempatan pekerja diperiksa.

Katanya, daripada jumlah itu, 63 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Selain itu, 547 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dengan 533 daripadanya dikompaun dan 14 lagi direman, manakala bagi Op Benteng, 51 pendatang asing tanpa izin ditangkap serta tiga kenderaan darat dirampas,” katanya. - Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/pkpd-di-penjara-kepayan-disambung-7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
14 Lokaliti Termasuk 10 Di Sabah Dikenakan Pkpd Sehingga 27 Julai Ismail Sabri

14 Lokaliti Termasuk 10 Di Sabah Dikenakan Pkpd Sehingga 27 Julai Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 289 hits
14 lokaliti melibatkan negeri Pahang Sarawak Johor dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 14 Julai hingga 27 Julai ini SHAH ALAM Sebanyak 14 lokaliti melibatkan negeri Pahang Sarawak Johor dan Sabah dikenakan ...
Covid 19 Kluster Penjara Kepayan Penyumbang Utama Kes Positif Di Sabah

Covid 19 Kluster Penjara Kepayan Penyumbang Utama Kes Positif Di Sabah

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 302 hits
Anggota keselamatan Penjara berkawal di pintu utama laluan keluar masuk di Penjara Kepayan Kota Kinabalu Kluster Penjara Kepayan di Kota Kinabalu dilaporkan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes positif COVID 19 di negeri Sabah Perkara ...
Lebih 30 Mukim 14 Lokaliti Di Selangor Kl Kena Pkpd

Lebih 30 Mukim 14 Lokaliti Di Selangor Kl Kena Pkpd

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 366 hits
July 1 2021 6 26 PMPETALING JAYA Kawalan di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur diperketatkan bermula 3 Julai sehingga 16 Julai Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata Selangor dan Kuala Lumpur melaporkan trend jangkitan ...
Terkini Pkpd Di Beberapa Mukim Di Selangor Dan Lokaliti Di Kl 1 Julai 2021

Terkini Pkpd Di Beberapa Mukim Di Selangor Dan Lokaliti Di Kl 1 Julai 2021

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 280 hits
Ikuti perkembangan terkini penguatkuasaan pematuhan SOP bagi Fasa 1 PKP dalam Pelan Pemulihan Negara menerusi kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob AWANInews HapusCOVID19 SUBSCRIBE now Astro Awani https www...
2 Lagi Kawasan Di Sabah Dikenakan Pkpd Mulai 6 Julai

2 Lagi Kawasan Di Sabah Dikenakan Pkpd Mulai 6 Julai

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 329 hits
2 Kawasan tersebut membabitkan Kampung Jambatan Baru di Membakut dan Blok 6 Kampung Titingan di Tawau KOTA KINABALU Dua lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan selama dua minggu mulai 6 hingga 19 Julai kat...
Sabah Catat Lonjakan Tinggi 647 Kes Jangkitan Baru Covid 19

Sabah Catat Lonjakan Tinggi 647 Kes Jangkitan Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 328 hits
Bilangan kes melebihi 300 dalam tempoh dua hari lalu dalam pada pihak berkuasa Sabah meningkatkan saringan dalam komuniti dan ujian dalam kluster sedia ada KOTA KINABALU Jumlah kes baharu COVID 19 Sabah hari ini amat tinggi dengan sejumlah ...
Pelajar Ipt Boleh Pulang Kampung Mulai Isnin Kecuali Di Lokaliti Pkpd

Pelajar Ipt Boleh Pulang Kampung Mulai Isnin Kecuali Di Lokaliti Pkpd

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 257 hits
AGENDA DAILY Pelajar IPT boleh pulang sempena cuti semester Gambar hiasan Pelajar institusi pengajian tinggi dibenarkan pulang ke rumah masing masing sempena cuti semester 2020 2021 mulai Isnin kecuali mereka yang terbabit dengan Perintah K...
Sabah Sudah Kemuka Perincian Sop Baru

Sabah Sudah Kemuka Perincian Sop Baru

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 314 hits
Jurucakap perkembangan harian Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata pihaknya kini sedang menunggu pewartaan dari pihak Persekutuan Sabah sudah kemuka perincian SOP baharu Kerajaan negeri sudah mengemukakan perincian prosedur operasi st...
Kerajaan Putuskan 13 Lokaliti Dalam Daerah Kuantan Di Kenakan Pkpd Bermula Ahad Ini

Kerajaan Putuskan 13 Lokaliti Dalam Daerah Kuantan Di Kenakan Pkpd Bermula Ahad Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di 24 lokaliti termasuk 13 lokaliti di daerah Kuantan berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan C...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang