Pkpb Zoo Taiping Dan Night Safari Jangka Alami Kerugian Lebih Rm500 000




TAIPING: Zoo Taiping dan Night Safari di sini dijangka mengalami kerugian antara RM500,000 hingga RM600,000 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa 9 Nov hingga 6 Dis ini.

 
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir berkata kerugian itu susulan kemerosotan hasil kutipan tiket sehingga 95 peratus.

 
“Kemerosotan itu amat ketara dengan kedatangan pengunjung antara 20 orang hingga 60 orang setiap hari,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPT di sini hari ini.

 
Bagaimanapun beliau berkata penjagaan makanan haiwan masih dapat ditanggung dengan kos RM150,000 sebulan serta kos operasi selain gaji kakitangan yang memerlukan perbelanjaan lingkungan RM350,000 hingga RM400,000 sebulan.

 
Katanya MPT akan menjalankan kerja menaik taraf kandang burung enggang, helang, pameran ular dan bumbung dengan kos RM1.8 juta di zoo berkenaan pada Januari tahun depan melalui projek sumbangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

 
Beliau berkata selain peruntukan itu, Perhilitan turut memberikan bantuan penyelenggaraan makanan haiwan selama empat bulan sejak Ogos lepas hingga November ini bagi mengurangkan beban pihak zoo.

 
Khairul Amir berkata kerajaan negeri juga memperuntukkan RM150,000 bagi kerja menaik taraf tandas dan kipas di kawasan zoo itu.

 
Dalam perkembangan lain, Khairul Amir berkata MPT akan menaikkan kadar baharu kompaun bagi kesalahan tempat letak kereta dari RM20 kepada RM30 bagi kesalahan dalam petak letak kereta dan kadar RM50 dinaikkan kepada RM60 bagi kesalahan luar petak kereta di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak kereta) MPT 2004 mulai 1 Jan depan.

 
MPT juga akan melaksanakan tawaran pengurangan bayaran kompaun sebanyak 50 peratus bermula 1 Dis hingga 31 Dis ini bagi kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004.

 
Bagaimanapun pengurangan bayaran kompaun itu tidak termasuk bagi kes-kes sedang dalam tindakan pendakwaan dan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan Awam (MPT) 2984.

 
-- BERNAMA

 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/pkpb-zoo-taiping-dan-night-safari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Lebih 9 000 Peniaga Penjaja Kecil Di Perak Dapat Bantuan Sekali Bayar Rm500

Pkpb Lebih 9 000 Peniaga Penjaja Kecil Di Perak Dapat Bantuan Sekali Bayar Rm500

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 275 hits
IPOH Kerajaan negeri Perak akan memberikan bantuan sekali bayar sebanyak RM500 kepada 9 316 peniaga dan penjaja kecil bagi meringankan beban mereka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negeri itu sehingga 6 Dis ini M...
Pkpb Melaka Di Tamatkan Lebih Awal

Pkpb Melaka Di Tamatkan Lebih Awal

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 365 hits
PKPB Melaka Di Tamatkan lebih awal Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah hati tu memang tersangatlah gembira bila dapat tahu PKPB bagi negeri Melaka ditamatkan lebih awal Perintah kawalan pergerakan bersyarat ini akan berakhir pa...
Lebih 422 000 Peminjam Ptptn Terus Bayar Balik Pinjaman

Lebih 422 000 Peminjam Ptptn Terus Bayar Balik Pinjaman

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 191 hits
Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN memberi manfaat kepada 1 5 juta peminjam dengan jumlah keseluruhan penangguhan bayaran balik pinjaman sebanyak RM1 13 bilion bermula Mac hingga Dis 2020 KUALA LUMPUR Seramai 422 609 peminjam atau 28 ...
Pkpb Kelantan 4 000 Kenderaan Rentas Daerah Ketika Waktu Puncak

Pkpb Kelantan 4 000 Kenderaan Rentas Daerah Ketika Waktu Puncak

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 265 hits
Dianggarkan sebanyak 4 000 kenderaan merentas daerah dari Kota Bharu ke Tumpat ketika waktu puncak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikuatkuasakan di Kelantan sejak semalam Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan ...
Polis Mula Siasat Skim Pelaburan Like Share Isharefans Susulan Terima 4 Laporan Mangsa Babit Kerugian Rm26 000

Polis Mula Siasat Skim Pelaburan Like Share Isharefans Susulan Terima 4 Laporan Mangsa Babit Kerugian Rm26 000

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 367 hits
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan pihaknya baru baru ini menerima dua laporan mengenai skim pelaburan Like dan Share yang membabitkan kerugian sebanyak RM20 000 Menurut beliau dua laporan itu dibuat oleh seor...
Dedah Nombor Tac Pengusaha Kilang Kopi Rugi Lebih Rm80 000

Dedah Nombor Tac Pengusaha Kilang Kopi Rugi Lebih Rm80 000

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 291 hits
ALOR SETAR 2 Rabiulakhir 1442H Rabu Seorang pengusaha kilang kopi kerugian RM88 379 selepas diperdayakan seorang individu tidak dikenali yang memintanya maklumat Kod Pengesahan Transaksi yang didakwa untuk akaun sebuah perkhidmatan e dompet
Lebih 160 000 Ibu Tunggal Layak Terima Bantuan One Off Rm300 Kata Menteri

Lebih 160 000 Ibu Tunggal Layak Terima Bantuan One Off Rm300 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 320 hits
Rina Harun berkata setakat Khamis lepas seramai 60 000 pemohon telah menerima Bantuan Khas Ibu Tunggal BANGI Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menerima hampir 200 000 permohonan untuk Bantuan Khas Ibu Tunggal dan daripa...
Pahang Warta Lebih 258 000 Hektar Kawasan Tadahan Air Kata Mb

Pahang Warta Lebih 258 000 Hektar Kawasan Tadahan Air Kata Mb

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 228 hits
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata aspek pemuliharaan hutan dan kawasan tadahan air menjadi keutamaan kerajaan negeri KUANTAN Jumlah kawasan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan air di Pahang setakat ini ialah seluas 258 9...
Nekad Berniqab Neelofa Padam Lebih 4 000 Foto Hijabster Di Instagram

Nekad Berniqab Neelofa Padam Lebih 4 000 Foto Hijabster Di Instagram

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 347 hits
Selepas memaklumkan kepada umum bahawa dirinya telah nekad untu berniqab pengacara serta usahawan popular tanah air Neelofa dilihat telah memadam semua foto 8216 hijabster 8217 di laman Instagram miliknya var neutrogena beautifu
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


How To Survive Thanksgiving Travel

Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate

Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan