Pkpb Jejas Pendapatan Peniaga Kecil Perlu Berkorban Kata Dewan Perniagaan


 
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) Bonipasius Bianis berkata dengan pelaksanaan PKPB itu kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk membantu peniaga terjejas.KOTA KINABALU: Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) Bonipasius Bianis mengakui pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan bakal menjejaskan peniaga khususnya peniaga kecil-kecilan yang mengharapkan pendapatan harian bagi menampung kehidupan.
Katanya, bagaimanapun peniaga terbabit perlu memahami langkah pelaksanaan PKPB dan menganggapnya sebagai pengorbanan serta tanggungjawab kepada kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.
“Dari segi pendapatan, memang ia menjejaskan peniaga terutama peniaga kecil kerana mereka mengharapkan sepenuhnya jualan harian sebagai sumber pendapatan.
“Bagaimanapun, bagi pihak KCCI pelaksanaan PKPB di 3 daerah ini perlu demi memastikan rantaian Covid-19 diputuskan, ia sesuatu yang kita tidak dapat elak, oleh itu perkara ini perlu pengorbanan pelbagai pihak termasuk peniaga,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Bonipasius berkata, dengan pelaksanaan PKPB itu kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk membantu peniaga terjejas.
“Saya berharap ada sedikit bantuan daripada kerajaan bagi menampung kos pendapatan peniaga sepanjang PKPB dilaksanakan. Kalau bukan 100% pun, bantuan kira-kira 30 hingga 50% daripada jumlah pendapatan peniaga khususnya peniaga kecil sudah dapat mengurangkan beban ditanggung mereka.
Nordin Thani.“Ini kerana peniaga kecil bergantung sepenuhnya kepada pendapatan harian dan bukan seperti peniaga besar yang masih mampu bertahan dalam tempoh seminggu atau 2 minggu jika PKPB dilaksanakan,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) Nordin Thani menyokong dan bersetuju dengan pelaksanaan PKPB namun berpendapat ia sepatutnya dilaksanakan lebih awal.
“Bagaimanapun, ia baik daripada tidak dilaksanakan langsung dan saya berharap semua pengguna terutama di kawasan terlibat tidak melakukan pembelian panik.
“Lakukan pembelian secara terancang dan teratur supaya tidak kerap keluar untuk membeli barang keperluan selain mematuhi sepenuhnya arahan serta SOP ditetapkan,” katanya.
Nordin turut menasihatkan pengguna tidak percaya dengan khabar angin yang hanya akan mencetuskan panik.
“Khabar angin ini hanya akan mengakibatkan kita membuat pembelian panik dan ia tidak membantu dalam usaha menangani Covid-19.
“Saya juga menasihatkan pengguna yang merasakan diri mereka terdedah (dengan Covid-19) melakukan kuarantin diri di rumah walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom,” katanya.
Hari ini kerajaan mengumumkan PKPB di Kota Kinabalu, Penampang, dan Putatan berkuatkuasa tengah malam 7 Oktober.
“Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini tidak dibenarkan. Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu dibenarkan,” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas menteri-menteri hari ini berhubung situasi semasa Covid-19 di seluruh Sabah yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan dan cadangan kerajaan Sabah.
Pelaksanaan PKPB itu, katanya bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam kawasan berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/10/pkpb-jejas-pendapatan-peniaga-kecil.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Kritik Bila Menteri Ph Umum Eksport Sawit Naik Sekatan As Jejas Lebih 32 000 Pekebun Sawit Kata Persatuan

Pembangkang Kritik Bila Menteri Ph Umum Eksport Sawit Naik Sekatan As Jejas Lebih 32 000 Pekebun Sawit Kata Persatuan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 400 hits
Sekatan AS jejas lebih 32 000 pekebun sawit kata persatuan October 3 2020 Persatuan yang mewakili pekebun kecil berkata dakwaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS bahawa FGV terlibat dalam amalan buruh paksaan adalah tidak berasas ...
Dengar Keluhan Pedagang Kecil Jokowi Pesan Tetap Bersyukur Meski Pendapatan Turun

Dengar Keluhan Pedagang Kecil Jokowi Pesan Tetap Bersyukur Meski Pendapatan Turun

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 292 hits
Pedagang itu menceritakan sebelum pandemi pendapatannya bisa mencapai Rp200 000 per hari Namun kini pendapatannya menurun hingga 70 persen
Garis Panduan Baharu Mbsp Didakwa Tidak Adil Kepada Peniaga Kecil

Garis Panduan Baharu Mbsp Didakwa Tidak Adil Kepada Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 339 hits
GEORGETOWN Garis panduan baharu yang dikenakan Majlis Bandaraya Seberang Perai kepada peniaga kedai runcit penjaja peniaga kecil dan pengusaha restoran didakwa tidak adil terhadap golongan berkenaan yang kini dihimpit pelbagai masalah ekora...
Taktik Tokey Judi Cuci Duit Join Venture Dengan Peniaga Kecil

Taktik Tokey Judi Cuci Duit Join Venture Dengan Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 611 hits
Beberapa hari ini heboh negara dengan kes kes artis terperangkap bekerjasama dengan pihak ketiga untuk menjalankan bisnes cuci duit haram Modus operandi mereka mudah walaupun tiada customer mereka boleh buat fake customer setiap hari untuk ...
Pokemon Go Tawar Bantuan Untuk Peniaga Kecil Yang Terkesan Akibat Covid 19

Pokemon Go Tawar Bantuan Untuk Peniaga Kecil Yang Terkesan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 330 hits
Pokemon GO sebuah aplikasi permainan yang pernah viral ketika pertama kali dilancarkan pada tahun 2016 Kini kembali menjadi tumpuan setelah mengumumkan bantuan kepada perniagaan kecil Permainan keluaran produksi Niantic ini telah membantu b...
Mahathir Meraban Lagi Apa Kata Muhyiddin Najib Dan Aanwa Hangpa Sokong Anwar Biar Atok Sesoqang

Mahathir Meraban Lagi Apa Kata Muhyiddin Najib Dan Aanwa Hangpa Sokong Anwar Biar Atok Sesoqang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 571 hits
Saya tak boleh maaf orang yang hancurkan parti saya kata Dr M October 1 2020 Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat menolak Najib Razak PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad tidak boleh memaafkan bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa mengh...
Apa Kata Kita Dengar Husam Musa Pulak

Apa Kata Kita Dengar Husam Musa Pulak

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 333 hits
IBRAHIM MAT ISAKalau Mat Sabu dah tak reti handle sentimen penyokong pendokong dan pengundi yang sokong PH biar Hj Husam yang buat Setiap orang ada kemahiran dan kepakaran Kemahiran boleh jadi tumpul jika termakan oleh karat yang dah tua Na...
Kisah Anggota Pki Tak Mempan Peluru Abri Tewas Setelah Jawaban Satu Kata Diduga Kebal Terbuka

Kisah Anggota Pki Tak Mempan Peluru Abri Tewas Setelah Jawaban Satu Kata Diduga Kebal Terbuka

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 380 hits
Kisah menarik terjadi saat pembersihkan Madiun dari PKI pada 1948 Prajurit ABRI dibikin bingung saat akan mengeksekusi mati seorang simpatisan PKI Simpatisan PKI itu tak mempan ditembak alias kebal peluru Peristiwa di luar nalar ini berawal...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

4fingers For Lunch

Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Filem Duyung Legenda Aurora

Pas Perlis Strategi Gagal Kuasa Tergadai

Rodriguez Wan Hairee Francis Degum Degum Chord