Pkpb Fasa Nasihat Dan Amaran Berakhir Sanggupkah Kita Lalui Pkp Sekali Lagi


Bernama Kita semua sebagai rakyat Malaysia tahu, kitalah yang boleh menentukan sama ada PKP ini boleh ditamatkan atau tidak. - Gambar hiasan 

KUALA LUMPUR: Fasa nasihat dan amaran kepada mereka yang sewenang-wenangnya mengabaikan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah berakhir.

Demikian penegasan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai reaksi beliau terhadap laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa banyak kes ketidakpatuhan terhadap peraturan dan SOP PKPB sewaktu pemeriksaan dijalankan di seluruh negara.

Ismail Sabri mungkin mengeluarkan amaran sedemikian memandangkan baru sahaja 10 hari sejak PKPB dilaksanakan bermula 4 Mei lepas, namun sudah ramai yang menunjukkan 'taring' ketidakpatuhan mereka kepada SOP PKPB.

Dapat dilihat, di pelbagai lokasi, terutamanya pusat membeli-belah, pasar awam, malah di tempat kerja, peraturan dan SOP yang ditetapkan kerajaan mula dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak.
Situasi ini menggambarkan seolah-olah orang ramai mula mengambil mudah keseriusan kerajaan dan barisan hadapan yang berhempas pulas menentang dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, musuh yang tidak kelihatan ini.

Mungkin juga terlalu selesa dengan angka-angka semasa COVID-19 di negara kita, misalnya semalam apabila mencatat hanya 16 kes positif baharu, terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac.

Disebabkan perkara-perkara seperti ini, maka tidak hairanlah apabila semalam kerajaan memutuskan fasa nasihat dan amaran berakhir dan mereka yang didapati melanggar SOP PKPB akan dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut Ismail Sabri, mereka yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat perlu terus mematuhi peraturan dan SOP ditetapkan di bawah PKPB atau berhadapan pengenalan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sebelum ini.

Sebenarnya, kita semua sebagai rakyat tahu bahawa kitalah yang boleh menentukan sama ada PKP ini boleh ditamatkan atau tidak.

Sudahlah tidak dapat balik kampung menyambut Aidilfitri kali ini kerana PKPB, jangan disebabkan sikap kita sendiri situasi sama pula turut berlaku pada Hari Raya Aidiladha akan datang.

Seperti kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, "Marilah buktikan kepada dunia yang kita boleh lakarkan sejarah dengan memutuskan rantaian penularan COVID-19 dan elakkan berlakunya gelombang kedua." -- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/pkpb-fasa-nasihat-dan-amaran-berakhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasihat Dan Amaran Berakhir Pkp Boleh Dilaksanakan Semula Kata Menteri

Nasihat Dan Amaran Berakhir Pkp Boleh Dilaksanakan Semula Kata Menteri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 415 hits
KERAJAAN memutuskan fasa nasihat dan amaran berakhir hari ini dan mereka yang didapati melanggar peraturan serta prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikenakan tindakan undang undang Menteri Kanan Kluster Ke
Individu Ingkar Sop Pkpb Akan Di Denda Rm1 000 6 Bulan Penjara Fasa Amaran Telah Berakhir

Individu Ingkar Sop Pkpb Akan Di Denda Rm1 000 6 Bulan Penjara Fasa Amaran Telah Berakhir

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 1623 hits
Kerajaan mengumumkan fasa nasihat dan amaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kini sudah berakhir dan susulan itu PDRM diberi kuasa untuk mengambil tindakan undang undang kepada mereka yang ingar peraturan dan prosedur ope...
Pkpb Boleh Kembali Menjadi Pkp Sekiranya Rakyat Ingkar Arahan Dan Sop Yang Ditetapkan

Pkpb Boleh Kembali Menjadi Pkp Sekiranya Rakyat Ingkar Arahan Dan Sop Yang Ditetapkan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 495 hits
Datuk Seri Ismail Sabri dalam Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahaya PKPB boleh ditamatkan dan kembali menjadi PKP sekiranya rakyat ingkar dengan peraturan dan garis pandua...
Pkp Mungkin Di Laksanakan Kembali Jika Gagal Patuhi Pkpb

Pkp Mungkin Di Laksanakan Kembali Jika Gagal Patuhi Pkpb

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 443 hits
SHAH ALAM Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tidak mustahil diperketatkan semula sekiranya masih ramai yang gagal mematuhi prosedur operasi standard sepanjang pelaksanaan itu dijalankan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkat...
Bermulanya Pkp Fasa 4

Bermulanya Pkp Fasa 4

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 537 hits
BERMULANYA PKP FASA 4 Kenangan ini tak kan ku lupakan untuk aku baca di tahun hadapan jika masih dipanjangkan umur 18 MAC 31 MAC 2020 fasa 101 APR 14 APR 2020 fasa 215 APR 28 APR 2020 fasa 329 APR 12 MEI 2020 fasa 4 Perintah Kawalan Pergera...
Tiada Lagi Nasihat Bagi Mereka Yang Langgar Pkpb

Tiada Lagi Nasihat Bagi Mereka Yang Langgar Pkpb

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 280 hits
Bermula hari ini pihak polis akan bertindak mengenakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah bagi mereka yang melanggar prosedur standard operasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Perkara ini diputuskan selepas menilai tindakan orang rama...
Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 493 hits
Dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan sebentar tadi beberapa pengumuman penting telah dinyatakan Antaranya adalah berkaitan kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakkan...
Kelonggaran Pkp Janganlah Sekaligus Nanti Susah Nak Kawal Nasihat Najib

Kelonggaran Pkp Janganlah Sekaligus Nanti Susah Nak Kawal Nasihat Najib

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 354 hits
Kelonggaran PKP Janganlah sekaligus nanti susah nak kawal nasihat NajibMengikut Najib kes baharu Covid 19 hari ini seramai 69 orang menunjukan peningkatan mereka yag dijangkiti dan virus itu masih merebak dalam masyarakat tempatanKelonggara...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future