Pkpb Di Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang Mulai Jumaat Hingga 18 Nov Ismail Sabri


 


KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Mukim 12 Barat Daya, Pulau Pinang berkuat kuasa Jumaat ini hingga 18 Nov.

 
 Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan saringan secara bersasar di kawasan itu.

 
“Sehingga 3 Nov, terdapat 35 kes yang positif COVID-19 termasuk 11 kes baharu direkodkan di mukim ini. Selepas mendapat nasihat KKM susulan peningkatan kes di mukim itu, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan PKPB di kawasan berkenaan.

 
"Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKPB masih sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

 
Sementara itu, Ismail Sabri berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Sandakan yang bermula sejak 23 Okt, akan tamat esok (5 Nov), seperti dijadualkan.

 
"Sehingga 26 Okt, ujian saringan yang dijalankan KKM mengesahkan tiada kes positif COVID-19 baharu yang direkodkan di kawasan ini. Bagaimanapun, kawasan ini masih tertakluk dengan pelaksanaan PKPB di seluruh Sabah yang dilaksanakan sehingga 9 Nov,” katanya.

 
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Polis Diraja Malaysia menahan sejumlah 382 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP semalam dengan 364 dikompaun manakala 18 lagi direman.

 
Beliau berkata kesalahan tidak memakai pelitup muka dilaporkan sebagai yang tertinggi melibatkan 136 individu diikuti premis gagal menyediakan peralatan dan catatan keluar masuk pelanggan iaitu 66.

 

"Kesalahan lain termasuk gagal arahan penjarakan fizikal melibatkan 58 individu, aktiviti pusat hiburan (42), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (22) dan kesalahan lain (58),” katanya.

 
 Mengulas Operasi Benteng bagi menyekat kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini, beliau berkata seramai 16 pendatang tanpa izin, lima penyeludup dan dua tekong ditahan semalam serta 10 kenderaan darat dirampas.

 
Selain itu, Ismail Sabri berkata seramai 50,336 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga kini.

 
Daripada jumlah itu, seramai 9,797 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 66 hotel dan 19 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di seluruh negara.

 
-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/pkpb-di-mukim-12-daerah-barat-daya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Jumaat Jemaah Dibenarkan Di Mukim 12 Di Pulau Pinang

Solat Jumaat Jemaah Dibenarkan Di Mukim 12 Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 257 hits
Pulau Pinang membenarkan solat Jumaat dan solat jemaah fardu lima waktu dijalankan di masjid dan surau di Mukim 12 daerah Barat Daya dekat sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuat kuasa hari ini Mufti Pulau Pinang D...
Pkpb Pulau Pinang Tutup Taman Rekreasi Bukit Dumbar 2 Empangan Hingga 6 Dis

Pkpb Pulau Pinang Tutup Taman Rekreasi Bukit Dumbar 2 Empangan Hingga 6 Dis

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 255 hits
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang berkata langkah penutupan sementara kesemua kawasan rekreasi di negeri itu adalah bagi mematuhi prosedur operasi standard PKPB GEORGE TOWN Taman Rekreasi Bukit Dumbar serta 2 empangan masing masing di Air...
Pkpd Di Tiga Kampung Daerah Kudat Mulai 30 Okt Ismail Sabri

Pkpd Di Tiga Kampung Daerah Kudat Mulai 30 Okt Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR 28 OKT Tiga kampung di daerah Kudat Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 30 Oktober hingga 12 November berikutan peningkatan kes positif Covid 19 di kawasan berkenaan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail...
Pkpb Beri Kesan Serius Ke Atas Zon Perdagangan Bebas Pulau Pinang Kata Pengilang

Pkpb Beri Kesan Serius Ke Atas Zon Perdagangan Bebas Pulau Pinang Kata Pengilang

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 224 hits
Pemimpin industri di Pulau Pinang menyuarakan kekecewaan berhubung pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat di kawasan Bayan Baru termasuk di zon perindustrian bebasnya bermula esok Pengerusi Persekutuan Pengilang pengilang Malaysi...
Polis Pulau Pinang Rampas Pelbagai Dadah Dan Pil Khayal Rm12 3 Juta Jan Nov

Polis Pulau Pinang Rampas Pelbagai Dadah Dan Pil Khayal Rm12 3 Juta Jan Nov

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 769 hits
GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah pil ekstasi air dan daun ketum serta pokok ganja bernilai kira kira RM12 3 juta dalam pelbagai operasi sejak awal tahun sehingga 8 Nov lepas yakni peningkatan sekitar RM100 000 be...
Sop Baharu Pkpp Pkpb Dijangka Diumum Sabtu Ini Ismail Sabri

Sop Baharu Pkpp Pkpb Dijangka Diumum Sabtu Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 342 hits
Kerajaan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang baharu pada Sabtu ini Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Kesela...
Bekalan Keperluan Asas Mencukupi Sepanjang Pkpb Dan Deepavali Di Pulau Pinang

Bekalan Keperluan Asas Mencukupi Sepanjang Pkpb Dan Deepavali Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 253 hits
GEORGE TOWN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang memberi jaminan bahawa bekalan keperluan asas di negeri ini mencukupi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan menjelang perayaan Deepavali Peng...
Covid 19 Tabika Taska Perpaduan Di Seremban Mukim 12 Pulau Pinang Ditutup

Covid 19 Tabika Taska Perpaduan Di Seremban Mukim 12 Pulau Pinang Ditutup

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 225 hits
PUTRAJAYA Semua Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di Seremban Negeri Sembilan dan Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang ditutup setelah kedua dua kawasan berkenaan diisytiharkan sebagai zon merah COVID 19 oleh Kementerian Kesiha...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord