Pkpb Di Daerah Seremban Dan Banjir Kilat
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
PKPB Di Daerah Seremban dan Banjir Kilat. Wah! lamanya Mrs. A tak bermonolog di blog. Ntahlah! apa kes mood merudum takde motivasi nak menulis kot. Bukan setakat di blog di lain-lain social media Mrs. A pun sama jer... sendu. Today paksa jugaklah menulis up-date seorang Mrs. A. Tiada apa yang menarik pun sajalah nak share esok daerah Seremban dah kena PKPB.
PKPD di Daerah Seremban.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat #PKPB
Hurm... tak tahulah nak suka ke nak sedih ke yang pasti Mrs. A kena bekerja seperti biasa essential services lah katakan. Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran pun dah siap sediakan format surat pengecualian PKPB so staff yang rasa-rasa berkeperluan kenalah print out sendiri. Mana yang rasa-rasa susah nak print out sendiri mintalah tolong kengkawan ha! gitttewww.... PKPB kali nih! takdelah haru-biru atau pun huru-hara sangat macam yang sebelum ini. Alhamdulillah pengalaman telah mengajar kita apa erti PKPB eeececewahhh!!! muahhhaaaaa..
Belum pun bermula PKPB di daearah Seremban ni satu lagi trajedi telah melanda rakyat Negeri Sembilan iaitu banjir kilat. Pagi tadi hujan lebat sangat lama pulak tu tapi Mrs. A tak sedar pun officemate yang cakap. Haish! teroks punya Mrs. A tidur tak hengat dunia. Patutlah Mrs. A tengok porch kat luar rumah tadi basah ingatkan hujan biasher-biasher jer... rupanya hujan luar biasa yang telah menyebabkan banjir kilat
Banjir Kilat di Daerah Seremban.
Banjir kilat di Seremban 04112020 banyak kawasan terlibat di antaranya Mambau, Kuala Sawah, Rantau, Bolsom, Dato' Mansor, Dusun Nyior dan lain-lain lagi
Tumpang simpati kepada sedara mara sebelah Mr. A yang terlibat secara langsung dengan banjir kilat nih! iaitu keluarga PakNgah dan cousins Mr. A di area Kg Mambau dan Kuala Sawah. Trajedi sungguh! habis dalam rumah digenangi air mujurlah kereta sempat diselamatkan ke atas jalan raya so tak kena air. Kalau tak bertabahlah nak pergi service kereta. Menurut salah seorang cousin Mr. A tu dia pun tak sempat nak selamatkan apa-apa nak gerak dari rumah bawah ke rumah atas pun air dah paras leher Allahhuakbar! dugaan sungguh. Tapi mereka tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa katanya.
Didoakan mereka yang terlibat dalam kejadian banjir kilat ini tabah dan banyak bersabar. Pasti ada hikmah disebaliknya. Walaupun Mrs. A tak terlibat secara langsung tapi tumpang sedih dan simpati. Mrs. A tahu ada insan-insan budiman yang membantu. Mrs. A ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang telah membantu samada dari segi wang ringgit mahupun masa dan tenaga. Semoga kalian semua dilimpahi rahmat dan rezeki selalu hendakNYA. InSyaAllah.
Okay itu sahaja nak share kisah PKPB Di Daerah Seremban dan Banjir Kilat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2020/11/PKPB%20di%20daerah%20seremba%20dan%20banjir%20kilat.html