Pkpb Beri Kesan Negatif Ke Atas Ekonomi Suku Keempat




KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kebanyakan negeri berkemungkinan besar akan memberi kesan kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat 2020.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, walaupun ia dijangka memberi kesan kepada permintaan pengguna khususnya berkaitan peruncitan, makanan dan minuman, penginapan dan hospitaliti, serta pengangkutan, inisiatif di bawah PENJANA dan KITA PRIHATIN seperti Subsidi Upah, Insentif Pengambilan dan Peningkatan Kemahiran Pekerja dijangka akan mengurangkan impak itu.
"Kerajaan juga akan terus peka tentang perlunya memastikan golongan rentan dan golongan rentan baharu terus dijaga, dan memastikan perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKS mikro) akan tetap disokong.
"Kerajaan tetap fokus kepada Strategi 6R (Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalize dan Reform) untuk memulihkan ekonomi, terutama tatkala kita semakin hampir di ambang 2021.
"Unjuran peningkatan permintaan global, persekitaran kadar faedah yang lebih rendah, peningkatan perbelanjaan sektor awam
dan swasta, serta pelbagai dasar kerajaan akan menyokong pencapaian matlamat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata, kunci pemulihan ini adalah Belanjawan 2021 yang baru dibentangkan, yang mengandungi langkah-langkah komprehensif untuk memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.
Beliau berkata, pelbagai langkah jangka pendek dan sederhana digubal untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan dan memastikan sektor-sektor tertentu mengekalkan kapasiti sedia ada.
Katanya, langkah jangka panjang akan meletakkan batu asas untuk daya tahan dan pertumbuhan masa depan, seperti meningkatkan kesalinghubungan digital dan fizikal, serta melabur dalam pendidikan dan juga prinsip kelestarian.
Selain pendekatan yang lebih bersasar, kerajaan katanya juga bertujuan untuk mengimbangi matlamat perbelanjaan dan disiplin fiskal; mengurangkan jurang pembangunan desa-bandar, dan menjunjung tinggi nilai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
melalui Belanjawan 2021.
"Walaupun KDNK negara dijangka mencatat penguncupan sebanyak 4.5 peratus untuk 2020, ia dijangka pulih pada kadar 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021, lebih kurang selaras dengan ramalan oleh Bank Dunia (6.3 peratus), S&P (7.5 peratus) dan Moody's (>7.0 peratus).
"Selagi vaksin COVID-19, walaupun hampir ditemui, tetapi masih belum tersedia secara komersial, kerajaan optimis namun tetap berwaspada dan komited untuk memastikan ruang fiskal yang mencukupi untuk menangani cabaran di masa
hadapan," katanya.
Tengku Zafrul berkata, asas sistem ekonomi dan kewangan Malaysia tetap kukuh.
Beliau berkata, negara telah berulang kali membuktikan daya tahannya dalam menghadapi ketidakstabilan dan
kesukaran dari faktor luaran.
Katanya, meskipun menghadapi berbagai cabaran, kerajaan akan terus menyokong rakyat, perniagaan dan pasaran negara untuk
memastikan ekonomi melonjak semula apabila ekonomi global pulih pada 2021.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/pkpb-beri-kesan-negatif-ke-atas-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Beri Kesan Serius Ke Atas Zon Perdagangan Bebas Pulau Pinang Kata Pengilang

Pkpb Beri Kesan Serius Ke Atas Zon Perdagangan Bebas Pulau Pinang Kata Pengilang

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 261 hits
Pemimpin industri di Pulau Pinang menyuarakan kekecewaan berhubung pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat di kawasan Bayan Baru termasuk di zon perindustrian bebasnya bermula esok Pengerusi Persekutuan Pengilang pengilang Malaysi...
Kesan Ekonomi Akibat Penularan Covid19 Jangan Diharap Bajet Dapat Atasinya

Kesan Ekonomi Akibat Penularan Covid19 Jangan Diharap Bajet Dapat Atasinya

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 270 hits
Jangan letak harapan tinggi apalagi merungut jika anda tidak termasuk atau kurang mendapat faedah daripada pembentangan bajet Mustahil untuk memuaskan hati semua Bergantung kepada pembangkang khususnya untuk mencadang tambah baik untuk memb...
Selamat Sheila Marcia Lahirkan Anak Keempat Terharu Atas Dukungan Dan Perlakuan Sang Suami

Selamat Sheila Marcia Lahirkan Anak Keempat Terharu Atas Dukungan Dan Perlakuan Sang Suami

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 312 hits
Bersyukur ya kalau punya suami siaga kayak gini Perjuangan saat melahirkan buah hati terasa sedikit lebih ringan karena kehadiran mereka
Jualan Chromebook Meningkat 122 Pada Suku Ketiga 2020 Kerana Pembelajaran Atas Talian

Jualan Chromebook Meningkat 122 Pada Suku Ketiga 2020 Kerana Pembelajaran Atas Talian

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 205 hits
Disebabkan Covid 19 banyak sekolah tutup Tidak kira di Malaysia ataupun di luar negara ramai yang terpaksa bekerja dari rumah atau belajar dari rumah Untuk pembelajaran ramai pelajar perlu menyertai telesidang untuk bertemu dengan rakan pel...
Cikgu Dipecat Lepas Tersebar Video Aksi Temuduga Kerja Atas Sofa Di Internet

Cikgu Dipecat Lepas Tersebar Video Aksi Temuduga Kerja Atas Sofa Di Internet

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 311 hits
SEORANG guru wanita dari Republik Czech dibuang kerja selepas pelajarnya menjumpai video ujibakat pencarian bintang lucah yang dilakonnya tersebar di Internet baru baru ini Selepas ibu bapa pelajarnya mengetahui perkara tersebut pihak sekol...
Hiburan Menyamar Guna Identitinya Hetty Sarlene Akan Buat Laporan Polis Ke Atas Akaun Instagram Palsu

Hiburan Menyamar Guna Identitinya Hetty Sarlene Akan Buat Laporan Polis Ke Atas Akaun Instagram Palsu

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 431 hits
Menegaskan dirinya tidak akan teragak agak untuk membuat laporan polis terhadap individu yang cuba menyamar menggunakan identiti dirinya di media sosial pelakon dan penyanyi Hetty Sarlene dedah beliau hanya miliki satu akaun Instagram sahaj...
Anak Cerita Lihat Bapa Berpeluk Atas Katil Dengan Perempuan Lain Isteri Murung Hingga Nak Campak Bayi

Anak Cerita Lihat Bapa Berpeluk Atas Katil Dengan Perempuan Lain Isteri Murung Hingga Nak Campak Bayi

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 622 hits
Menurut perkongsian daripada Facebook Syed Azmi ada seorang wanita baru baru ini berkongsi luahan hatinya dan meminta pendapat atas apa yang dialaminya Masalahnya itu melibatkan suami curang dan telah melafazkan cerai talak kedua Dan yang l...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding