Pkp Trend Obesiti Di Malaysia Menggerunkan


Sepanjang bekerja dari rumah (BDR) berikutan pandemik wabak COVID-19, bukan sahaja golongan wanita malah lelaki juga berkeluh-kesah di media sosial tentang berat badan yang semakin bertambah.
Bukan setakat sekilogram, malah berkilo-kilogram!
Masakan tidak! Pergerakan di rumah yang terhad, mudah mendapat makanan kerana dapur hanya beberapa langkah sahaja daripada tempat bekerja, kurang aktiviti fizikal selain terikut-ikut dengan selera anak yang sentiasa hendak makan, dijadikan antara alasan kenaikan saiz badan.
Tidak dinafikan, keadaan itu membuatkan ada yang mula berasa bimbang dan tertekan. Malah, ada juga memuat naikkan gambar segak bergaya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laman Facebook mereka kerana ingin mengemaskini status bagaimanapun mengelak foto terkini diketahui rakan sosial.
Begitu juga dengan beberapa rakan saya turut tidak terkecuali berhadapan keadaan serupa. Malah, seorang daripadanya terkejut dan ‘bising’ sebaik mengetahui berat badan saya yang tidak naik iaitu hanya sekitar 44.7 kg berbanding sebelumnya dalam lingkaran 46 kg sehingga 47 kg.
“Kita kongsilah berat badan, akak ambil berat badan Athirah, dua kg. Rasa mengah sangat bila bergerak dan cepat letih. Sebelum PKP 90 kg sekarang sudah 92 kg memang rasa berat,” kata Nur Athirah Rosli, 34, ketika saya menghubungi beliau baru-baru ini.
Penjawat awam di Pahang ini mengakui kenaikan berat badannya sebanyak dua kg itu kerana masa makan yang tidak menentu selain mudah menempah makanan dalam talian khususnya makanan segera.
Mengakui dirinya sudah obes berikutan kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi daripada sepatutnya pada ketinggian 163 sentimeter (cm), beliau yang belum berkahwin lagi ini mula mengawal pemakanan dan melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
MASALAH DUNIA
Hakikatnya, masalah obesiti iaitu satu keadaan kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan pada badan bukanlah hanya dihadapi oleh Nur Athirah mahupun dalam lingkaran Malaysia sahaja bahkan turut menjadi isu kesihatan utama seantero dunia.
Menyusuri data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), permasalahan obesiti yang mengubah struktur bentuk badan seseorang itu didapati menjadi kebimbangan global sejak tahun 1975 lagi dan sehingga kini ia masih menjadi isu besar.
Kerungsingan ini berasas kerana obes merupakan gerbang kepada peningkatan risiko pelbagai penyakit kronik yang bukan sahaja memberi masalah besar kepada golongan tersebut bahkan sesebuah negara berikutan menampung kewangan sangat besar bagi penyediaan rawatan buat rakyatnya.
Jika dirujuk laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Feb 2020 jelas memperlihatkan betapa kritikalnya permasalahan ini berikutan obesiti telah mencapai peringkat epidemik secara global, dengan sekurang-kurangnya 2.8 juta orang meninggal dunia setiap tahun kerana lebihan berat badan atau obes.
Di Malaysia, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati 50.1 peratus daripada orang dewasa mempunyai, sama ada berlebihan berat badan atau obes di mana 30.4 peratus merupakan berlebihan berat badan manakala 19.7 peratus adalah obes.
Harus difahami bahawa terminologi berlebihan berat badan dan obes adalah dua kategori berbeza. Bagi berlebihan berat badan, NHMS 2019 mendefinisikan ia berdasarkan Indeks Jisim Tubuh (IJT) adalah melebihi 25kg/m2 manakala untuk obes kadar IJT melebihi 30kg/m2.
Penemuan data ini nyata tidak begitu menggembirakan kerana ia menunjukkan berlakunya tren peningkatan kategori berkenaan berbanding kajian sama pada tahun sebelumnya. Misalnya, untuk kategori berlebihan berat badan hanyalah sekitar 29.4 peratus manakala obes (15.1 peratus) untuk tahun 2011.
Data NHMS 2019 juga turut memperincikan tiga golongan tertinggi yang berhadapan permasalahan tersebut iaitu perempuan (54.7 peratus), etnik India (63.9 peratus) manakala lingkungan umur paling tinggi adalah golongan berumur 55-59 tahun (60.9 peratus).
KANAK-KANAK
Melihat kepada data tersebut, ada kemungkinan besar golongan ini akan mencatatkan penambahan pada tahun ini sekiranya tidak ada langkah rawatan diambil mahupun masih ada yang terus mengamalkan gaya hidup sedentari seperti sebelumnya.
Ini memandangkan ramai yang mengeluh akan kenaikan berat badan sepanjang PKP mahupun PKPBersyarat, jadi, tidak mustahil Malaysia akan terus memegang rekod negara tertinggi golongan dewasa obes di Asia Tenggara.
Menurut Data World Population Review (2019), prevalens orang dewasa yang obes di Malaysia adalah yang tertinggi di negara Asia Tenggara sebanyak 15.6 peratus diikuti oleh negara Brunei (14.1 peratus), Thailand (10.0 peratus) dan Indonesia (6.9 peratus).
“Faktor penyumbang kepada masalah obesiti boleh dibahagikan kepada empat faktor utama iaitu (i) pemakanan, (ii) aktiviti fizikal, (iii) persekitaran, (iv) genetik dan (v) faktor lain seperti penyakit, tekanan dan ubatan. Dua faktor utama ialah dari segi pemakanan dan aktiviti fizikal.
“Secara dasarnya, pengambilan makanan memberi tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan. Namun, pengambilan makanan berlebihan yang tidak disertai dengan penggunaan tenaga melalui aktiviti fizikal menyebabkan tenaga berlebihan ini disimpan sebagai lemak di dalam badan,” kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Norliza Ahmad kepada Bernama melalui e-mel baru-baru ini.
Menurut Dr Norliza yang juga pensyarah kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, apa yang menakutkan, permasalahan ini bukan sahaja menyerang orang dewasa bahkan juga kanak-kanak.
Ini dapat dilihat daripada tinjauan NHMS 2019 yang mendapati 29.8 peratus kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun mempunyai berat badan berlebihan temasuk obes. Dilaporkan 14.8 peratus adalah obes manakala selebihnya merupakan berlebihan berat badan.
Ternyata penemuan ini sangat menggerunkan kerana ia menunjukkan trend peningkatan melebihi tiga kali ganda dalam tempoh tidak sampai satu dekad. Kajian yang sama juga menunjukkan, peratusan kanak-kanak obes hanyalah 3.9 peratus pada 2011.
“Ramai kanak-kanak menghadap skrin seperti permainan komputer, tablet, televisyen melebihi dua jam sehari. Tempoh masa yang lama itu dikaitkan dengan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
“Masalah ini amat membimbangkan kerana kanak-kanak yang obes mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes mellitus dan tekanan darah tinggi pada usia muda selain berkemungkinan menjadi orang dewasa obes.
“Keadaan ini seterusnya mendedahkan mereka untuk menghadapi masalah kesihatan kronik lebih awal yang boleh menjejaskan produktiviti mereka,” katanya.
NCD DAN COVID-19
Sepertimana negara lain yang turut bimbang, Malaysia juga tidak terkecuali daripadanya kerana lebihan berat badan mahupun obes, kedua-duanya merupakan faktor risiko utama yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik NCD seperti diabetes mahupun kardiovaskular.
Masalah NCD di Malaysia semakin meruncing kerana dilaporkan sebelum ini ia dikesan antara penyebab utama kematian pramatang berikutan purata jangka hayat rakyat Malaysia tidak dapat ditingkatkan, hanya mencapai sekitar usia 75 tahun.
Jangka hayat sudah tersekat untuk satu dekad berbanding negara lain berikutan penyakit NCD turut sama membawa komplikasi seperti darah tinggi sinonim serangan jantung mahupun diabetes akan berakhir dengan kegagalan buah pinggang.
Jadi, bayangkanlah sekiranya kanak-kanak yang obes itu sudah didiagnos dengan penyakit NCD di awal usia dan tidak mengawalnya dengan baik, tidak mustahil akan terdedah dengan pelbagai komplikasi berkaitan dengannya yang bukan sahaja mengganggu kualiti kehidupan bahkan juga kematian.
Perihal ini mendapat perhatian kerajaan apabila Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika membentangkan tinjauan NHMS 2019 dipetik berkata, seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes.
Penemuan ini merisaukan kerana prevalens diabetes di negara ini didapati meningkat kepada 18.3 peratus daripada 13.4 peratus, pada tahun 2015. Di samping itu, dapatan NHMS 2019 juga menunjukkan sejumlah 49 peratus penghidap kencing manis tidak pernah diperiksa atau didiagnos menghidap penyakit tersebut.
Kerajaan memandang serius permasalahan ini kerana menanggung beban kewangan besar rawatan. Kerajaan dilaporkan sebelum ini menampung kos rawatan hemodialisis berjumlah RM2.2 bilion setahun bagi 50,000 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di hospital kerajaan.
Dianggarkan kos untuk seorang pesakit menjalani rawatan itu sebanyak tiga kali seminggu sekitar RM44,000 setahun.
Sememangnya, begitu banyak komplikasi kesihatan buat mereka yang obes apatah lagi jika disahkan positif COVID-19 dan mempunyai rekod NCD. Kumpulan ini berdepan risiko komplikasi kesihatan lebih dahsyat malah turut berisiko membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan secepat mungkin.
Sepertimana kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, lebih 80 peratus daripada jumlah kes kematian bagi kes COVID-19 adalah kalangan mereka yang ada NCD.
Sekiranya risikonya begitu menggerunkan, mengapa kita masih lagi belum sedar diri?
BERNAMA
The post PKP – Trend obesiti di Malaysia menggerunkan. appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/22/pkp-trend-obesiti-di-malaysia-menggerunkan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pkp-trend-obesiti-di-malaysia-menggerunkan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Dari Rumah Buat Berat Badan Naik Trend Obesiti Di Malaysia Menggerunkan

Kerja Dari Rumah Buat Berat Badan Naik Trend Obesiti Di Malaysia Menggerunkan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Sepanjang bekerja dari rumah berikutan pandemik wabak COVID 19 bukan sahaja golongan wanita malah lelaki juga berkeluh kesah di media sosial tentang berat badan yang semakin bertambah Bukan setakat sekilogram malah berkilo kilo...
Poster Fasa Fasa Pkp Malaysia

Poster Fasa Fasa Pkp Malaysia

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 2610 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera Kami menerima Private message bertanya akan poster PKP untuk tampal dalam buku RPH masukkan dalam file Jadi terimalah hasil dari kamiSumber photo Freepik PremiumSoalan 1 Apakah Coronavirus Coronavirus adalah ...
List Aktiviti Orang Malaysia Buat Sepanjang Pkp 2020 Pasti Akan Rindu Nanti

List Aktiviti Orang Malaysia Buat Sepanjang Pkp 2020 Pasti Akan Rindu Nanti

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 468 hits
Di sini saya listkan sepanjang PKP apa yg org Malaysia buat Suatu hari mesti kita semua akan rindu semasa dipaksa berkurung di dalam rumah itu
Ambil Berat Kongsi Berkat Inisiatif Pregocares Sepanjang Pkp Ini Bantu Ribuan Rakyat Malaysia Kurang Berkemampuan

Ambil Berat Kongsi Berkat Inisiatif Pregocares Sepanjang Pkp Ini Bantu Ribuan Rakyat Malaysia Kurang Berkemampuan

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 377 hits
Pejam celik pejam celik sudah lebih 3 bulan rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Sepanjang PKP ini ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah iaitu golongan B40 dan M40 yang menerima impak besar daripada segi pendapata...
Walaupun Pkp Tamat 7 Personaliti Yang Rakyat Malaysia Baru Discover Ini Akan Diteruskan

Walaupun Pkp Tamat 7 Personaliti Yang Rakyat Malaysia Baru Discover Ini Akan Diteruskan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 362 hits
Selain belajar kemahiran baru ada juga yang belajar untuk mulakan hobi baru small Cover image via Oh Bulan span span small i Artikel ini ditaja oleh Spritzer i p Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac lepas ramai yang...
Khm Janji Bayar Wang Kemenengan Liga Hoki Malaysia 2020 Akhir Bulan Ini

Khm Janji Bayar Wang Kemenengan Liga Hoki Malaysia 2020 Akhir Bulan Ini

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 466 hits
KUALA LUMPUR 13 Jun Konfederasi Hoki Malaysia akan melangsaikan wang kemenangan kepada pemenang saingan Liga Hoki Malaysia 2020 pada akhir bulan ini selepas tertangguh susulan pandemik COVID 19 Ahli Lembaga Eksekutif KHM sudah meluluskan un...
Malaysia Airports Assures Safety And Seamless Travel Experience At Airports

Malaysia Airports Assures Safety And Seamless Travel Experience At Airports

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 294 hits
With the Malaysian government s announcement of Recovery Movement Control Order with more relaxed conditions from 10 June to 31 August Malaysia Airports reassures all passengers that its airports are safe and well prepared to enable the reo...
Kapal Terbang Pos Asia Cargo Milik Pos Malaysia

Kapal Terbang Pos Asia Cargo Milik Pos Malaysia

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 798 hits
POS MALAYSIA MULA MENGGUNAKAN PESAWAT SENDIRIPenerbangan pertama Kapal Terbang Pos Asia Cargo Jumaat lalu di KLIA Perkhidmatan pos menggunakan kapal terbang bagi meningkatkan urusan penghantaran surat dan bungkusan Tahniah Pos Malaysia Berh...
Israel Umum Rampas Wilayah Agong Titah Malaysia Buat Solat Hajat Amp Doa Untuk Palestin

Israel Umum Rampas Wilayah Agong Titah Malaysia Buat Solat Hajat Amp Doa Untuk Palestin

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 528 hits
Belum berjumpa penghujung menamatkan episod duka rakyat Palestin yang terus ditindas rejim Zionis Saban hari makin ramai nyawa anak Palestin yang tidak berdosa telah terkorban Malah pada 2 Jun lalu kisah tragik mengenai kematian seorang lel...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1