Pkp Penuntut Wanita Dipenjara 7 Hari Denda Rm800 Hanya Kerana Kek Batik


Bernama Gambar hiasan 
SHAH ALAM – Tindakan seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumah untuk memberi rakan lelakinya makan kek batik membawa padah, apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Ellyna Othman memerintahkan wanita berumur 22 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 18 April lepas, selain memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Rakan lelakinya yang juga berumur 22 tahun yang merupakan penuntut sebuah universiti awam,  dikenakan denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua mereka yang dibacakan pertuduhan secara berasingan, mengaku bersalah bergerak dari satu tempat ke suatu tempat lain di dalam kawasan tempat jangkitan, di Jalan SP1/8, Subang Perdana di sini, pada 9 malam 18 April lepas.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan dihukum mengikut Peraturan 11 (1) Peraturan sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pihak polis menemui kedua-dua tertuduh di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dalam keadaan enjin tidak dimatikan dan alasan diberikan wanita itu ialah dia ingin memberi rakan lelakinya makan kek batik yang dibuatnya serta ketika tangkapan dibuat, lelaki itu sedang makan kek berkenaan.

Wanita itu telah dijemput oleh rakannya itu sebelum bergerak ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 800 meter dari rumah wanita itu, dan lelaki berkenaan sebelum itu pula telah bergerak dari rumahnya yang terletak empat kilometer dari tempat kejadian.

Kes wanita itu disebut dahulu dan hukuman terhadapnya dijatuhkan dahulu sebelum peguam Shalehhuddin Salam yang mewakilinya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira ini kesalahan pertama tertuduh.

Selepas itu, kes lelaki itu disebut dan semasa merayu hukuman ringan terhadap tertuduh lelaki, Shalehhuddin berkata anak guamnya tiada niat untuk melanggar PKP dan memohon mahkamah mempertimbangkan bahawa hukuman penjara akan menjejaskan pembelajaran tertuduh.

Ditanya majistret di mana dia belajar, tertuduh lelaki itu berkata di sebuah universiti awam.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak mengambil mudah perintah PKP.

“Tertuduh (wanita) telah beri alasan sangat tidak munasabah, keluar dari rumah untuk jumpa tertuduh lelaki  pada pukul 9 malam hanya untuk beri makan kek batik yang dibuat.

“Dalam tempoh PKP ini masyarakat harus ambil serius perkara seperti ini bagi mengelakkan penularan COVID-19 bertambah teruk,” katanya.— BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/pkp-penuntut-wanita-dipenjara-7-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
18 Orang Dipenjara Dan Denda Kerana Hadir Pengebumian Ketika Pkp

18 Orang Dipenjara Dan Denda Kerana Hadir Pengebumian Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 409 hits
GARA GARA mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan dengan menghadiri beramai ramai upacara pengebumian seorang rakan yang meninggal dunia Khamis lepas 18 lelaki dihukum penjara enam hari dan denda RM1 000 oleh Mahkamah Sesyen Klang hari ini ...
Bos Dipenjara 7 Hari Didenda Rm10 000 Sebab Suruh Staf Masuk Kerja Masa Pkp

Bos Dipenjara 7 Hari Didenda Rm10 000 Sebab Suruh Staf Masuk Kerja Masa Pkp

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 408 hits
Seorang pengarah syarikat kilang kitar semula didenda RM10 000 dan dipenjara tujuh hari selepas mengaku bersalah membenarkan pekerjanya bekerja tanpa kebenaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tertuduh Ong Lin Tjong 39 membuat peng...
Main Golf Masa Pkp 3 Lelaki Dipenjara 3 Hari

Main Golf Masa Pkp 3 Lelaki Dipenjara 3 Hari

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 499 hits
TIGA lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM1 000 selepas mengaku bersalah melanggar perintah kawalan pergerakan untuk bermain golf di Batu Gajah Perak semalam lapor media Tan Chee Kean 59 Low Teck San 68 dan Eugene Wong Yat
Ingkar Pkp Jurutera Wanita Dijel Dan Denda

Ingkar Pkp Jurutera Wanita Dijel Dan Denda

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 397 hits
Abnor Hamizam Abd Manap JURUTERA dan seorang wanita dihukum penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret Bahau kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan di Bandar Seri Jempol dekat Bahau Majistret Khir Nizam Jemari menjatuhkan hukuman itu s...
Pkp Kenapa Wakil Rakyat Hanya Di Denda Bukan Penjara

Pkp Kenapa Wakil Rakyat Hanya Di Denda Bukan Penjara

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 408 hits
PUTRAJAYA Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan mengapa timbalan menteri dan exco kerajaan negeri Perak hanya dikenakan denda RM1 000 mengatakan kedua duanya didapati hanya melanggar prosedur operasi standard di bawah Perinta...
Penjara 3 Hari Denda Rm1 000 Main Golf Ketika Pkp

Penjara 3 Hari Denda Rm1 000 Main Golf Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 435 hits
TIGA lelaki yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan kerana bermain golf semalam dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM1 000 oleh Mahkamah Majistret Batu Gajah hari ini Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf membuat kep...
Kek Pelangi Pkp

Kek Pelangi Pkp

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 647 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera Musim pKp ni macam macam resepi kek lauk pauk yang muncul kat walk Facebook or Ig kan and daripada resepi ni lah kita boleh belajar buat benda benda yang berfaedah kt umah sementara pKp ni di tamatkan daripad...
Tips Lepas Sekatan Polis Masa Pkp Hanya Gurauan

Tips Lepas Sekatan Polis Masa Pkp Hanya Gurauan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1056 hits
Tips Lepas Sekatan Polis Masa PKP Hanya Gurauan Ini penjelasan sebenar daripada tuan badan sendiri Mari kita sama sama baca Apa apa pun perkara ini telah mendapat perhatian pihak berkuasa Tips Lepas Sekatan Polis Masa PKP Hanya Gurauan GURA...
Sejak Pkp Jualan Pakaian Dalam Wanita Meningkat 900 Mengapa

Sejak Pkp Jualan Pakaian Dalam Wanita Meningkat 900 Mengapa

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 401 hits
WANITA Malaysia memenuhi kebosanan terkurung di rumah dan mungkin juga sebagai satu cara untuk memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri dengan membeli pakaian dalam baharu apabila satu kajian menunjukkan jualan produk itu meningkat 900 p...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

Ejoy Nadia Cinta Abe Wiring Chord

Biomedical Science University In Malaysia What To Consider

5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Why Full Arch Implants Are The Future Of Complete Tooth Replacement


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Presiden Palestin Sedia Bekerjasama Dengan Trump Capai Perjanjian Damai

Komander Tertinggi Iran Maut Iran Ikrar Balas Serangan Dahsyat

5 Tren Olahraga Di Kalangan Gen Z Dan Milenial Yang Bisa Kamu Coba Biar Awet Muda

Semalam Vs Hari Ini

Kisah Realiti Kehidupan Seorang Suami

Buasir Otak Tv Bila Budak Bawak Bekal Pergi Sekolah Be Like