Pkp Peniaga Tempatan Ditegah Warga Asing Dibiarkan



KUALA LUMPUR: “Umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiarkan kelaparan”
Perumpamaan itu mungkin sesuai bagi menggambarkan situasi di luar Pasar Borong Kuala Lumpur dekat Selayang di sini

Ini kerana tempat tumpuan peniaga pasar malam tempatan menyisih sayur di situ, kini dikuasai warga asing yang sukar dipastikan status mereka, sama ada mempunyai dokumen atau pendatang tanpa izin

Pekebun dan pekerja warga asing itu dipercayai mengambil kesempatan menguasai tempat itu kerana sepanjang tempoh PKP bermula sejak 18 Mac lalu, peniaga pasar malam dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi

Tinjauan mendapati, mereka bebas berniaga di tapak itu serta parkir berdekatan secara terbuka setiap hari sehingga mengabaikan syarat-syarat penguatkuasaan PKP

Tinjauan mendapati, kebanyakan warga asing yang berurus niaga di situ terdiri daripada pendatang Myanmar dan Bangladesh

Kawasan itu menarik kehadiran di antara enam hingga 10 lori, menghantar bekalan sayur-sayuran setiap hari ke situ yang kebanyakan diangkut daripada kebun milik warga asing sekitar Lembah Klang

Setiap lori terbabit kemudian diuruskan empat hingga lima warga asing yang mengendalikan urus niaga dengan pembeli yang datang ke situ


Difahamkan, lori berkenaan mengambil sayur-sayuran kebun warga asing sekitar Banting, Klang, Bukit Sentosa, Batu Arang dan Rawang

Ia membabitkan sayuran berdaun dan buah seperti sawi, bayam, kangkung, timun, bendi, terung, labu air, kacang panjang

Pelanggan mereka pula terdiri daripada warga asing yang mengendali kedai runcit sekitar ibu kota, Selayang dan Rawang

Seorang peniaga tempatan yang sering berurusan di Pasar Borong Kuala Lumpur, berkata semua gerai yang sah dalam pasar berkenaan diarah tutup oleh pihak berkuasa

“Bagaimanapun mereka membiarkan tempat parkir dan pusat sisih sayur dikuasai oleh warga asing untuk berniaga setiap hari. Ini
“Kami dimaklumkan penutupan dibuat sehingga habis saringan pandemik COVID-19 kerana di sini ada kes jangkitan yang dikesan sebelum ini,” katanya

Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu, mendakwa ada pihak yang mendalangi kehadiran warga asing di situ bagi mendapatkan dokumen tertentu yang memudahkan mereka bergerak sepanjang PKP

“Kami berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berlaku adil, jika semua peniaga tidak dibenarkan beroperasi, maka sepatutnya ia membabitkan semua peniaga

“Jika peniaga pasar malam tidak beroperasi di kawasan terbabit kerana PKP, pihak lain juga tidak boleh dibiarkan mengambil kesempatan di situ. Kami bimbang mereka turut menggunakan dokumen dan surat palsu untuk pergerakan ketika PKP ini

“Ketika ini, peniaga tempatan boleh mematuhi undang-undang ketika PKP tetapi warga asing di sini seolah-olah kebal kebal daripada tindakan undang-undang negara kita, sedangkan jangkitan penyakit COVID-19 ini boleh menjangkiti sesiapa saja,” katanya

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, Malaysia kini perlu memberi perhatian serius terhadap jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga asing yang setakat ini sudah merekodkan 601 kes positif

Beliau berkata, usaha itu perlu selepas melihat peningkatan kes COVID-19 di Singapura yang dikaitkan penularan di penempatan pekerja asing

“Dilaporkan bahawa penularan kes COVID-19 di asrama pekerja itu menyumbang lebih 50 peratus daripada keseluruhan kes positif COVID-19 di Singapura

“Mengambil iktibar situasi ini dan memandangkan Malaysia juga mempunyai ramai pendatang asing, langkah perlu diambil mencegah penularan COVID-19, terutama dalam kalangan warga berkenaan,” katanya

Selain menerima kemasukan pelancong luar, pelbagai sektor di negara ini turut banyak bergantung kepada tenaga buruh asing, selain turut berdepan masalah dengan pendatang tanpa izin, pelarian dan pemohon suaka

Sumber: BH Online

from Sehinggit Media https://ift.tt/3cqHtqg
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/pkp-peniaga-tempatan-ditegah-warga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Lelaki Menyamar Polis Samun Lelaki Warga Asing Ditahan

Pkp Lelaki Menyamar Polis Samun Lelaki Warga Asing Ditahan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 348 hits
JOHOR BAHRU 23 April Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai menyamar sebagai polis dan menyamun seorang lelaki warga asing di Kampung Tembioh dekat Kota Tinggi semalam Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata lelak...
Ustaz Ebit Lew Sumbangkan Beras Untuk Warga Asing Terkesan Sepanjang Pkp Tinggal Bersesak Dengan Anak Yang Masih Kecil

Ustaz Ebit Lew Sumbangkan Beras Untuk Warga Asing Terkesan Sepanjang Pkp Tinggal Bersesak Dengan Anak Yang Masih Kecil

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 556 hits
Kemurahan hati pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memang sudah diketahui ramai Bukan sahaja ketika PKP dilaksanakan malah sebelum ini pendakwah ini memang sering kali dilihat bermurah hati menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tidak men...
Polis Selangor Siasat Warga Asing Sambut Pesta Songkran Semasa Pkp

Polis Selangor Siasat Warga Asing Sambut Pesta Songkran Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 292 hits
SHAH ALAM Polis Selangor mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung sekumpulan pekerja warga asing dipercayai di Bandar Baru Salak Tinggi Sepang yang dikatakan mengadakan pesta Songkran malam semalam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komers...
Berjalan Tanpa Tujuan Warga Asing Ditahan Tumbuk Polis Langgar Pkp

Berjalan Tanpa Tujuan Warga Asing Ditahan Tumbuk Polis Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 397 hits
PUTRAJAYA Seorang warga asing ditahan kerana memukul seorang anggota polis dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata kejadian berlaku jam 9 15 pagi tadi ketika anggota pol...
Peniaga Petrol Bimbang Pam Kering Selepas Pkp Tamat

Peniaga Petrol Bimbang Pam Kering Selepas Pkp Tamat

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 472 hits
Kebanyakan pemilik stesen minyak tidak mempunyai dana untuk membeli petrol dan diesel yang mencukupi untuk memenuhi kenaikan permintaan yang dijangkakan
10 Peratus Kes Covid 19 Di Malaysia Libatkan Warga Asing

10 Peratus Kes Covid 19 Di Malaysia Libatkan Warga Asing

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 241 hits
Sebanyak 10 peratus daripada keseluruhan jangkitan Covid 19 di Malaysia melibatkan warga asing kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Noor Hisham berkata setakat ini sejumlah 416 daripada 4 228 pesakit yang positif Covid 19 a...
Askar Pakai Helmet Elak Air Kencing Warga Asing

Askar Pakai Helmet Elak Air Kencing Warga Asing

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Warga asing yang terlibat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di tiga lokasi kediaman di sini didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan bukan sekadar sampah tetapi termasuk b...
Contoh Surat Pelepasan Perjalanan Pkp Untuk Peniaga Pekerja Cod Barang

Contoh Surat Pelepasan Perjalanan Pkp Untuk Peniaga Pekerja Cod Barang

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 13215 hits
Contoh surat pelepasan perjalanan PKP jika anda ingin keluar rumah atas sebab sebab tertentu Sepanjang tempoh PKP Perintah Kawalan Pergerakan ini jika anda ingin keluar ke rumah atas urusan anda perlukan surat untuk lepaskan diri dari sekat...
Thailand Beri Lanjutan Visa Automatik Kedua Kepada Warga Asing Terkandas Sehingga 31 Julai

Thailand Beri Lanjutan Visa Automatik Kedua Kepada Warga Asing Terkandas Sehingga 31 Julai

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 237 hits
Bangkok Thailand hari ini meluluskan lanjutan visa automatik buat kali kedua kepada warga asing yang terkandas di negara itu ekoran sekatan perjalanan dan pembatalan penerbangan berikutan pandemik COVID 19 Jurucakap kerajaan Narumon Pinyosi...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp