Pkp Nak Macam Ni


Duterte ugut hantar pengingkar perintah berkurung ke kubur
MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan pasukan keselamatan menembak sehingga mati individu yang menimbulkan “masalah” di kawasan perintah berkurung susulan penularan pandemik Covid-19.

Kira-kira separuh daripada 110 juta populasi di negara itu kini di bawah perintah berkurung – termasuk berjuta penduduk di kawasan miskin, yang menyebabkan ramai kehilangan kerja akibat kawalan pergerakan ketat.

Beberapa jam sebelum Duterte memberi arahan itu dalam ucapan pada lewat malam Rabu, hampir 24 orang dari kawasan miskin di Manila ditahan kerana mengadakan protes dengan mendakwa kerajaan gagal memberi bantuan makanan kepada golongan miskin.

“Arahan saya kepada polis dan tentera, juga pegawai kampung, jika timbul masalah atau situasi di mana rakyat melawan dan nyawa anda dalam bahaya, tembak mereka sampai mati.

“Daripada menimbulkan masalah, saya akan hantar anda ke kubur,” kata Duterte sambil menambah penularan virus itu semakin teruk lebih 2 minggu selepas perintah berkurung dikuatkuasakan sejak 15 Mac lalu.

Sebanyak 2,311 kes positif dan 96 kematian dicatatkan di Filipina setakat ini, tetapi jumlah kes jangkitan dijangka terus meningkat kerana negara itu hanya mula mempercepatkan ujian saringan.

Duterte, yang dilantik sebagai presiden selepas memenangi pilihan raya pada 2016, dikenali bermulut cabul dan perang terhadap dadah, disokong ramai rakyat Filipina.

Tetapi, pengkritik mendakwa perang dadah Duterte hanya menyasarkan golongan miskin, bukannya golongan kaya dan berkuasa, serta mengamalkan budaya hukuman.

Kenyataan terbaru presiden itu dikritik kumpulan hak asasi yang menggesa kerajaan menyediakan bantuan amat diperlukan rakyat, bukannya mengeluarkan ugutan.

“Ia amat membimbangkan Presiden Duterte memperluaskan dasar tembak hingga mati…kuasa tanpa disekat tidak patut dijadikan kaedah sebagai tindak balas terhadap kecemasan seperti pandemik Covid-19,” kata Amnesty International Filipina dalam satu kenyataan.

Pegawai kerajaan berkata, Duterte hanya menggunakan kiasan berlebihan untuk menyampaikan mesejnya.

Ketua Polis Negara, Archie Gamboa berkata, anggotanya tidak akan menembak mati pengacau.

“Mungkin presiden terlalu menekankan pelaksanaan undang-undang ketika krisis berlaku.”

Perintah berkurung di Manila menjejaskan 12 juta penduduknya dan menyebabkan kebanyakan aktiviti perniagaan, sosial dan agama dihentikan. - www.freemalaysiatoday.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2020/04/pkpnak-macam-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Nak Puasa Nak Raya Patuhi Pkp

Kalau Nak Puasa Nak Raya Patuhi Pkp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 542 hits
Kerajaan menasihatkan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya mahu kembali menjalani kehidupan seharian seperti biasa dan menyambut puasa serta Hari Raya Aidilfitri Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata...
Resipi 1 Doh Boleh Buat Macam Macam Kuih Sesuai Sangat Dicuba Waktu Pkp Ni

Resipi 1 Doh Boleh Buat Macam Macam Kuih Sesuai Sangat Dicuba Waktu Pkp Ni

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 653 hits
Sepanjang tempoh PKP perut asyik lapar saja Rajinlah si ibu mencari pelbagai resipi kuih muih untuk dicuba Cara terbaik adalah mencuba satu resipi yang sama untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih yang menarik via grup Berkongsi Ilmu Kuih Mu...
Penstrukturan Bayaran Balik Ptptn Macam Mana Nak Buat

Penstrukturan Bayaran Balik Ptptn Macam Mana Nak Buat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 783 hits
Assalamualaikum Hi gais Sejak kerja ni memang tak ada masa nak update blog ni Tapi memandangkan sekarang aku dapat cuti 14 hari sempena Kawalan Pergerakan COVID 19 jadi sekarang aku memang tengah FREE Bukan senang nak dapat cuti panjang mac...
Cara Mudah Nak Jaga Kereta Tak Bergerak Waktu Pkp Kaum Ibu Pun Boleh Buat

Cara Mudah Nak Jaga Kereta Tak Bergerak Waktu Pkp Kaum Ibu Pun Boleh Buat

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 381 hits
Memandangkan sekarang musim PKP jaranglah kita keluar Jika perlu pun hanya ketua keluarga sahaja yang akan keluar Itu pun biasanya dengan menaiki motosikal untuk lebih mudah Jadi kereta yang ada tersadai lama tidak digerakkan Macam mana car...
Anak 1 Tahun Hanya Minum Milo Campur Gula Nak Kerja Tak Boleh Sebab Pkp

Anak 1 Tahun Hanya Minum Milo Campur Gula Nak Kerja Tak Boleh Sebab Pkp

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 642 hits
Ramai pekerja harian dan peniaga yang terkesan selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan Ada yang mula mencatu makanan dan ada juga yang tiada bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan Apa yang lebih menyedikan apabila ada ibu...
Video Tengok Apa Pm Kanada Umum Untuk Rakyat Dia Bila Pm Malaysia Nak Umum Macam Ni

Video Tengok Apa Pm Kanada Umum Untuk Rakyat Dia Bila Pm Malaysia Nak Umum Macam Ni

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 497 hits
VIDEO Bila tengok PM Kanada umum macam macam kat rakyat dia ni duk terfikir bila lah agaknya PM Malaysia nak umum macam ni Dua kali keluar TV hanya nak bagitahu duduk kat rumah Lepas tu pecat orang tu sekat peruntukan orang ni dalam parti d...
Jangan Layan Pihak Langgar Pkp Macam Penjenayah Kata Ngo

Jangan Layan Pihak Langgar Pkp Macam Penjenayah Kata Ngo

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 318 hits
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia mengingatkan bahawa mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan tidak wajar dilayan seperti penjenayah Dalam satu kenyataan hari ini NGO itu menyifatkan tindakan polis menangkap individu yang melang...
Susahnya Nak Dapatkan Roti Gardenia Dan Gas Memasak Semasa Pkp

Susahnya Nak Dapatkan Roti Gardenia Dan Gas Memasak Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 842 hits
Anda penggemar roti Gardenia Hmm siapa yang tak boleh lupa tagline Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja Saya boleh katakan diri saya membesar dengan tagline Gardenia ni sampai ia jadi bahan sembang bergurau dengan rakan rakan di sekolah dulu Ka...
Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Daqmie Korbankanlah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Samenta Calls For Higher Sst Threshold To Help Smes

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Rezeki Tahun Ini