Pkp Musim Orang Buat Anak Katanya Ada Fakta Statistik Lampau Yang Menyokong


PKP Musim Orang Buat Anak?! Katanya Ada Fakta Statistik Lampau Yang Menyokong khabar angin ni? Betul ke disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ni, kita berkemungkinan berdepan dengan kadar kelahiran bayi yang tinggi secara drastik dan luar biasa pada tahun hadapan? Apa hujah yang boleh dikaitkan dengan pelaksanaan PKP ni, peratusan untuk dapat menimang cahaya mata itu meningkat? Pada Syu, secara peribadi, jumlah anak tu kita yang rancang dan tentukan mengikut tahun. Katakan pasangan tersebut memang bercadang nak TTC (trying to conceive) tahun 2020 ini, so insyaAllah dia akan dapat baby tahun 2021 nanti. So apa masalahnya? Ok la tu kan



Gurauan di media sosialOk sekarang I faham. Semuanya bermula dengan gurauan para netizen masa mula-mula PKP ini diumumkan. Memang tak salah bergurau, tapi sedar tak sedar mungkin perkara yang kita anggap jenaka itu sebenarnya langsung tak kelakar bagi insan-insan tertentu. 

Contohnya, bagi pasangan yang sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tanggan namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Sebab secara logiknya, adakah masa kita kuarantin atau duduk rumah ni, aktiviti kita hanya di atas katil romancing je tak sudah? Mesti tak kan? So PKP bukan faktor utama jumlah kelahiran akan meningkat, tapi awareness dalam perancangan keluarga itu yang memain peranan

Sejarah kelahiran mengejut selepas tempoh berkurungSumber dari Berita Harian, katanya susulan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu dan telah dilanjutkan hingga 28 April ini, situasi pertambahan luar biasa kelahiran bayi pada Januari 2021 berkemungkinan akan berlaku.  
Dr Hamizah Mohd Hassan, Ketua Unit Kesihatan Reproduktif LPPKN berkata, PKP boleh mempengaruhi kadar kelahiran penduduk di Malaysia menjelang awal tahun depan

Beliau menambah, situasi pertambahan jumlah kelahiran ini pernah terjadi di luar negara seperti Maine dan New Hampshire Amerika Syarikat berikutan bandar tersebut ditutup beberapa minggu kerana faktor cuaca ribut salji yang buruk pada tahun 1998

Menurut laporan seorang wartawan, Patrick Whittle yang melaporkan bandar yang terlibat dengan ribut salji yang buruk tersebut, selepas sembilan bulan terjadi kelahiran yang luar biasa. Dan dengan sebab itu, Hamizah berkata, perkara yang sama mungkin boleh berlaku di Malaysia juga. Tambahan pula tempoh PKP ini berlanjutan selama lebih empat minggu

Langkah perancangan keluarga patut dititikberatMacam Syu kata mula-mula tadi, kalau pasangan yang memang merancang keluarga dan tahun ini mereka merancang untuk menambah anak, there is no problem. Jangan la takut pulak dengan momokan netizen yang wad maternity bakal sendat atau penuh start Januari 2021 nanti. Nonono. Just carry on je dengan plan korang, okay! Semoga dipermudahkan~
Yang menjadi masalah adalah, pasangan yang tak pernah merancang. "Terpulang pada rezeki" katanya. Dah Allah nak bagi, kita terima, kita redho. huhu

Elak Kehamilan luar jangkaYang dikatakan termengandung tapi tidak dirancang ini lah yang menjadi penyumbang kepada pertambahan kelahiran yang drastik tahun depan. Jadi, kalau dah tahu diri tu subur, pantang 'kena' mesti 'lekat', you all kena pandai-pandai lah guna kaedah pencegahan kehamilan. 
Dr Hamizah berkata sebaiknya setiap keluarga mengamalkan perancangan keluarga yang boleh diambil melalui kaedah tertentu seperti penggunaan k_ndom bagi mencegah kehamilan. Harapnya setiap pasangan suami isteri lebih bijak mengawal nafsu semasa tempoh PKP ini dan tahu merancang kehamilan supaya lebih bersedia untuk menerima kelahiran bayi di tahun hadapan, tambahnya lagi

Ye paham. Syu paham sangat gais! Dalam banyak-banyak kaedah pencegah hamil ni, ada 2jenis yang biasanya laki tak suka. Pertama penggunaan k*ndom, kedua, kaedah lepas kat luar. So nak taknak, isteri-isteri lah yang kena buat inisiatif. Antaranya:
Suntikan DepoMemasang IUCD Memasang ImplanonPil kontraseptif
Kalau yang memilih untuk memakan pil tu, Syu ada menulis review tentang pil Yasmin yang Syu dah guna sejak lepas beranak anak first tahun 2013 dulu. Boleh baca di sini : Review Pil Perancang Yasmin (Drospirenone/ethinylestradiol)
Kalau ada di antara mommies out there yang tak suka dengan hormon-hormon ini semua bagi mencegah kelahiran bayi secara mengejut di tahun depan, mommies boleh cuba teknik melakukan hubungan intim yang dapat mengelak persenyawaan benih

Bersama ketika di luar waktu suburYa. Ini merupakan kaedah merancang paling selamat tanpa kesan sampingan hormon. Tapi 'selamat' dari hamil itu, belum pasti. Peratus untuk berlaku unexpected pregnancy tetap ada melalui kaedah ini. So, macam mana nak tahu waktu subur seorang wanita? Senang je, sekarang ni dah banyak apps yang boleh bantu kita trace waktu subur. 
Aplikasi kesuburan di telefon bimbitSearch je dekat google play store tu dengan perkataan "fertility" atau "ovulation", nanti dia akan keluar bermacam-macam apps. Kalau Syu pulak, Syu guna Fertility Friend Ovulation App. Syu suka sebab dia ringkas dan tak memeningkan kepala. Pun, apps dia tak berat sangat macam app lain. So, dari app ni, kita boleh tahu waktu subur kita. Jadi elakkan hubungan badan dalam tempoh tersebut. Senang kachiang kan! 
Perhatikan perubahan yang berlaku pada badanSecara teknikalnya, app memang meudahkan. tapi itu untuk orang yang mempunyai period cycle yang tetap. Jadi, untuk wanita yang period nya tidak teratur, macam mana nak tentukan waktu subur? Ok, perhatikan saja discharge atau lendiran yang keluar dari faraj. Biasanya kalau dalam waktu subur, cecair discharge tu akan lebih pekat. Dan waktu untuk check adalah awal pagi sebaik selepas bangun dari tidur


Semoga perkongsian Syu ini sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan buat spouses yang merancang untuk menambah anak tahun depan. Jangan risau dengan omongan warga net yang mengundang ketakutan dan panik tu. Hospital berlambak kat Malaysia ni kan. So why bother? Ahaks~ macam ayat diva pulak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2020/04/pertambahan-drastik-kelahiran-bayi-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Nama Anak Lepas Musim Pkp Covid19 Atau Koronavirus

2 Nama Anak Lepas Musim Pkp Covid19 Atau Koronavirus

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 485 hits
Musim PKP angkara wabak Covid19 atau coronavirus ini menyebabkan pasangan baru berkahwin tidak dapat ke mana mana Justeru dikatakan pada tahun hadapan 2021 ramai bayi PKP akan lahir pkp mc0 coronavirus
Guna Duit Syiling Dan Rm1 Bayar Kompaun Ayah Sanggup Korek Tabung Bayar Denda Anak Ingkar Pkp

Guna Duit Syiling Dan Rm1 Bayar Kompaun Ayah Sanggup Korek Tabung Bayar Denda Anak Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 698 hits
Kita sudah sedia tahu sesiapa sahaja yang ditangkap kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1000 Baru baru ini tular di media sosial tentang perkongsian seorang penjaga kaunter yang tersentuh melih...
Cabaran Zarina Zainuddin Masa Pkp Anak Mengamuk Kalau Tak Bagi Keluar

Cabaran Zarina Zainuddin Masa Pkp Anak Mengamuk Kalau Tak Bagi Keluar

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1119 hits
fb comments fb comments span fb comments span iframe style min width 100 important width 100 important Pelakon Zarina Zainuddin berhadapan pelbagai cabaran bagi mengawal dua anaknya yang menghidap autism iaitu Azil dan Azal agar tidak kelua...
Menguak Fakta Di Balik 3 Mitos Pusar Anak Yang Mungkin Sering Kamu Dengar Nggak Boleh Asal

Menguak Fakta Di Balik 3 Mitos Pusar Anak Yang Mungkin Sering Kamu Dengar Nggak Boleh Asal

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 253 hits
Demi mengikuti tradisi bisa bisa bagian ini malah infeksi Makanya yuk simak faktanya dulu
Anjing Kelaparan Di Musim Pkp

Anjing Kelaparan Di Musim Pkp

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 287 hits
TIDAK sangka di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan rupa rupanya ada peristiwa manis yang merapatkan ikatan dua jiran ini hanya kerana seekor anjing Kelibat anjing peliharaan yang dilihat kelaparan membuka rahsia seorang jirann...
Malas Nak Keluar Musim Pkp Ni Beli Barang Basah Online Saja

Malas Nak Keluar Musim Pkp Ni Beli Barang Basah Online Saja

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 824 hits
Menambah stok lagi di musim PKP ni Malas nak ke pasar bersesak beratur beramai ramai k fiezz order je dengan adik yang k fiezz pernah order sebelum ni Lepas cuba servis adik SITI ni bulan lepas untuk beli barang basah online dah beberapa ka...
Bapa Terpaksa Korek Tabung Bayar Denda Anak Ingkar Pkp

Bapa Terpaksa Korek Tabung Bayar Denda Anak Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 677 hits
Umum mengetahui sejak 8 April lalu Polis Diraja Malaysia telah mengenakan kompuan RM1 000 terhadap mereka yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Namun ramai yang masih berdegil atau menganggap nilai denda tersebut terlalu kecil buat m...
Duit Kertas Rm1 Semuanya Bapa Korek Tabung Bayar Denda Anak Ingkar Pkp

Duit Kertas Rm1 Semuanya Bapa Korek Tabung Bayar Denda Anak Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 479 hits
Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan sudah pun bermula bagi mengekang penularan wabak koronavirus namun statistik kes ingkar arahan berkenaan menunjukkan peningkatan Terdahulu bermula 8 April lalu Polis Diraja Malaysia telah mengenakan k...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1