Pkp Latih Diri Bersederhana Pada Bulan Ramadan


Rakyat terus kekal di rumah bagi pastikan rantaian COVID-19 putus
ADMIN ISMAWEB
24/04/2020
 


KUALA LUMPUR, 1 Ramadan 1441H, Jumaat – Memasuki hari ke-38 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan hingga 12 Mei, umat Islam hari ini menjalani hari pertama ibadah puasa.

Meskipun suasana menyambut Ramadan agak berbeza tahun ini ekoran penularan wabak COVID-19 dengan kebanyakan negara di dunia turut melaksanakan PKP, namun ia tidak menghalang umat Islam untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu dalam suasana normal baharu.

Seperti hari biasa dalam tempoh PKP, peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan masih sama dan arahan untuk rakyat terus kekal berada di rumah sering diingatkan bagi memastikan rantaian COVID-19 diputuskan sepenuhnya.

Selepas pengumuman puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, pastinya umat Islam sudah bersedia menjalani ibadah selama sebulan itu walaupun terdapat kekangan seperti tiada solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan solat tarawih di masjid dan surau bagi mematuhi PKP.

Justeru, umat Islam diseru menghidupkan ibadah dan tradisi Ramadan di rumah yang antara lain dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan dengan menyediakan juadah berbuka dan sahur bersama, menunaikan solat berjemaah serta memantapkan ilmu agama.

Ketiadaan bazar dan bufet Ramadan yang lazimnya diadakan setiap tahun juga mungkin memberi hikmah kepada masyarakat supaya mengamalkan sikap berjimat cermat serta membantu mengatasi lambakan makanan.

Selain itu, harus diingat supaya mengawal nafsu daripada membuat pesanan makanan yang berlebihan melalui perkhidmatan e-panggilan yang masih dibenarkan beroperasi, maklum sajalah bulan puasa begini memang ada sahaja makanan yang diidamkan atau membuat kita terliur.

Dalam langkah memberi kemudahan kepada rakyat mendapatkan bekalan makanan, kerajaan membenarkan operasi pasar awam dilanjutkan dari pukul 6.00 pagi hingga 2.00 petang ketika bulan Ramadan, berbanding 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari sebelum ini sepanjang PKP.

Kenderaan awam juga dibenarkan beroperasi sejam lebih awal dari pukul 4.00 petang hingga 10.00 malam, berbanding pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam sebelum ini.

Sementara itu, bilangan kes positif COVID-19 sepanjang minggu ini terus kekal dua angka namun ia tidak seharusnya menjadi ‘lampu hijau’ untuk masyarakat mengingkari PKP kerana risiko jangkitan dan hukuman penjara menanti sesiapa sahaja yang berbuat demikian.

Seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya semalam, tempoh PKP yang sepatutnya berakhir 28 April ini disambung sehingga 12 Mei.

Bagaimanapun, beliau berkata jika kes COVID-19 terus mencatat penurunan ketara, kerajaan mungkin memberi kelonggaran secara berperingkat-peringkat.

Persoalan sama ada PKP akan terus dilaksanakan sehingga mungkin fasa kelima, keenam atau seterusnya bergantung kepada disiplin masyarakat dalam mematuhi arahan PKP.

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab untuk bersama-sama menghapuskan COVID-19.

 – Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/pkp-latih-diri-bersederhana-pada-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramadan Ketika Pkp Pupuk Sikap Masyarakat Bersederhana Mufti Melaka

Ramadan Ketika Pkp Pupuk Sikap Masyarakat Bersederhana Mufti Melaka

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 410 hits
Menjalani ibadat pada bulan Ramadan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mampu memupuk sikap bersederhana ketika melakukan segala urusan dalam kalangan masyarakat kata Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil Beliau berkata suasana sambuta...
Sertai Webinars Percuma Untuk Persiapkan Diri Selepas Pkp

Sertai Webinars Percuma Untuk Persiapkan Diri Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 451 hits
Kehidupan selepas Covid 19 Persediaan untuk New Normal Bersediakah anda untuk menghadapi perubahan selepas MCO Tidak pernah menyangka bahawa rakyat Malaysia akan hidup untuk melihat wabak pandemik yang besar kini melanda dunia Tidak dalam k...
Senarai 30 Doa Harian Di Bulan Ramadan

Senarai 30 Doa Harian Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 1007 hits
Senarai 30 Doa Harian Di Bulan RamadanAntara persiapan persiapan terakhir yang aku nak kongsikan sempena menyambut bulan rahmat bulan Ramadan yang bakal menjelma tak lama je lagi Doa doa yang disarankan untuk kita amalkan sepanjang Bulan Ra...
Mengajar Anak Mengaji Quran Bersama Dirumah Ambil Kesempatan Masa Terluang Tempoh Pkp Dan Ramadan Yang Menghampiri

Mengajar Anak Mengaji Quran Bersama Dirumah Ambil Kesempatan Masa Terluang Tempoh Pkp Dan Ramadan Yang Menghampiri

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 1029 hits
Sedar tak sedar terdapat hikmah tersembunyi disebalik wabak Covid 19 yang melanda Semua aktiviti yang formal menjadi tergendala dan hampir kesemua orang menjalani perintah kawalan pergerakan di mana kebanyakan masa tinggal di rumah sahaja J...
Throwback Income Google Adsense Dalam Bulan Ramadan Cecah Usd41 Sehari

Throwback Income Google Adsense Dalam Bulan Ramadan Cecah Usd41 Sehari

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 384 hits
Lihatlah tajuk tu sangat impressive kan Kalau anda seorang blogger sepenuh masa dapat income Google Adsense macam tu mestilah rasa lega kan Dapat bayar perbelanjaan bulanan dengan jayanya Ini adalah entri republish tahun 2017 punya bulan ra...
Covid19 Pkp Ramadan Di Rumah Atau Penjara

Covid19 Pkp Ramadan Di Rumah Atau Penjara

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 547 hits
PKP RAMADAN DI RUMAH ATAU PENJARA PKP RAMADAN DI RUMAH ATAU PENJARA Buatlah pilihan yang bijak Tepuk dada tanya hati Jangan sia siakannya Posted by on Buatlah pilihan yang bijak Tepuk dada tanya hati Jangan sia siakannya Teruskan duduk ruma...
Tip Pemakanan Sihat Semasa Bulan Ramadan

Tip Pemakanan Sihat Semasa Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 334 hits
Antara keindahan bulan Ramadan adalah waktu berbuka puasa Setelah seharian menahan lapar dan dahaga anda boleh menikmati makanan yang digemari Namun begitu anda perlu pastikan juga untuk menjaga kesihatan dan tidak mengambil makanan secara ...
Jubir Covid 19 Bulan Ramadan Jalani Ibadah Bersama Keluarga

Jubir Covid 19 Bulan Ramadan Jalani Ibadah Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 357 hits
Menurutnya hal ini mencegah terjadinya kontak dengan orang lain Bahkan sampai tertular Covid 19
Ramadan Bulan Ibadah

Ramadan Bulan Ibadah

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 538 hits
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda Bila bulan Ramadan tiba maka dibukalah pintu pintu syurga pintu pintu neraka ditutup dan syaitan syaitan pun dibelenggu Status Hadis SahihPengajaran Apabila Ramadan menjelang Rasululla...
Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

Cambodia Plans To Nominate Trump For Nobel Peace Prize But Netizens Ask Why Not Anwar

Korang Ingat Netizen Bodoh Ke

Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Ayam Masak Merah Nazirah

Himpunan Turun Anwar Wakeup Call Buat Kerajaan

Gembira Mendarat Di Johor Negeri Yang Indah Masyarakatnya Ramah Tamah

Choosing The Right Fish Oil Supplement In Malaysia

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Resepi Kentang Goreng Tepung Bistari