Pkp Fasa Empat


Assalamualaikum...
INGATKAN dua minggu, rupanya daripada 'Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Satu (PKP Fasa Satu - 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020), bersambung ke PKP Fasa Dua (1 April 2020 - 14 April 2020, bersambung lagi ke PKP Fasa Tiga (15 April 2020 - 28 April 2020) dan disambung lagi PKP Fasa Empat dari 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020. Semasa PKP Fasa Empat ni dah ada kelonggaran di mana jika sepanjang PKP Fasa Satu hingga PKP Fasa Tiga, cuma ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar membeli keperluan, kali ini dibenarkan keluar berdua asalkan ahli keluarga serumah, contohnya suami isteri atau bapa dan anak yang usia lebih 18 tahun. Jarak dibenarkan masih 10 km sahaja. Walaupun dah ada kelonggaran tapi Sk masih menyerahkan seratus peratus urusan membeli keperluan kepada Pak Inche


Bila datang rajinnya, maka macam-macamlah lauk yang ada. Ketam Lemak Cili ApiSambal Udang PetaiKari2 kelmarinBihun Goreng pun ado.. hahaha.. semua ni masak sendiri dan ada yang dipanaskan


30 April 2020Setelah berpuluh hari berkurung, akhirnya Sk keluar ke kedai berhampiran rumah. Tengok ini supervisor, tido time kerja, patut ke tak patut?


Hari itu juga hari lahir Pak Inche. Iman kata, lama giler tak makan Choc Indulgence SR. Jadi, Sk pesan kek guna runner. Runner tolong belikan kek, upah RM10 termasuk caj penghantaran. Tak perlu keluar rumah, tunggu jer dia hantar sampai depan pagar


Banyak jugaklah pesanan makanan dalam talian yang Sk buat sepanjang tempoh PKP Fasa 4 ni. Dah macam nak giler dah masa ni sebab hari-hari masak, hahaha. Ialah, SK kalau jemu masak, ajak Pak Inche makan luar tapi sepanjang tempoh PKP tak banyak pilihan, mesti kena masak jugak. Jadi, Sk ada tempoh bertenang la kalau ada hidangan sampingan macam Roti John ni, hahaha


Masa ni, kecoh betul dengan persoalan "BOLEH SAMBUT RAYA KE TAK
Siapa kata, tak boleh sambut raya. Orang kata, tak boleh buat rumah terbuka atau kunjung mengunjung, itu pun rakyat susah nak faham. Lepas tu macam terlarang la nak balik kampung. Ramailah yang meroyan, hahaha


Sekali lagi kerajinan melanda. Bila dah naik sheikh tu, macam-macam menu yang keluar termasuklah kuih muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang.


Daging Bakar ala Thai. Disebabkan semua bahan sos, bahan yang dah difrozen, warnanya nampak tak cantik dan lebam tapi rasa masih power


Pak Inche dan Iman peminat onde-onde Sk. Sepanjang bulan puasa rasanya tiga empat kali jugaklah berdiang tepi dapur masak onde-onde


Kita dah buat onde-onde tapi dia boleh tambah lagi beli kuih dadar (ketayap/gulung), cekodok dan tako moden. Ya, adunan kuih tako tu diorang tuang macam tu jer atas pembungkus plastik kek kecik tu. Sabo ajelah


Nampak tak, hari-hari ada kari, hahaha
Yang depan tu semestinya ayam percik kegemaran Pak Inche yang dibeli, hehehe


Akur dengan faktor ekonomi yang kian merudum semasa tempoh PKP, akhirnya Perdana Menteri mengumumkan pembukaan sektor ekonomi dan awam bermula 4 Mei 2020. Tapi masa ni, Sk belum dapat arahan jadual waktu anjal lagi. Pusat beli belah juga telah mula dibuka


Kerajaan juga sudah membenarkan empat orang menaiki satu kenderaan. Bagaimanapun kelonggaran ini hanya untuk mereka yang tinggal serumah sahaja ya. Gambar di Johor Premium Outlet (JPO) yang ramai kongsi di facebook. 

Sk masa ni belum lagi terbuka hati untuk jalan-jalan ke Shopping Mall tapi bila mana kerajaan membenarkan untuk merentas daerah dan kelonggaran lebih 10 km, Sk terus ke rumah ibu di Senai. Masa ni, ibu Sk tak sihat, Alhamdulillah, sekarang kesihatan ibu dan beransur pulih dan semakin ceria. Kebetulan hari ke rumah ibu tu, tengah ABC jadi tengahari tu Sk pesan Japanese Cream Puff dengan jiran setaman yang Sk pernah cerita dalam kisah PKP sebelum ini


Selepas 13 hari berpuasa, inilah antara lauk-lauk yang duduk dalam peti sejuk. Sk keluarkan semuanya untuk dipanaskan dan Sk cakap dengan Pak Inche, Sk tak masak, cuma masak nasi dan panaskan lauk semalam-semalam


Sekali tu, dia punya akal lagi panjang daaaaaaaaa. Dia boleh pergi tapau Ikan Bakar Tip Top dua bungkus. Jadi, Sk panaskan dua lauk aje iaitu Tetel Gulai Minang dan Daging tu Sk dah perap sebelum ni, takut busuk pulak, jadi SK buat lagi sekali Daging Bakar Ala Thai


7 Mei... Cik Embun ajak berbuka puasa rumah Angah, dia masak nasi arab. Entah cemana timbul idea, pukul 3 petang Sk mengadun tepung dan santan buat Nona Manis, hehe. Sekarang ni, mana gambar nasi arab??


Pagi-pagi Sabtu, dah pergi NSK Sunway Big Box, sekali dia buka pukul 10 daaaa.. haha
Masa ni, Iman tak ikut, merungut-rungut dia tak diajak, hahaha


Layankan budak merajuk, hari Ahad, babah bawa pergi Paradigm Mall. Mulanya macam risau jugak sebab tak tahu pintu mana yang boleh masuk, karang dah letak kereta tingkat atas kena turun masuk ikut pintu utama pulak, kan. Lega, setiap aras, ada satu pintu dibuka. Tapi, penatlah asal nak masuk kedai kena tulis nama, check suhu dan cuci tangan. Lepas masuk Kaison, ingatkan nak masuk Romantika tapi macam dah tak larat, cakap dengan Iman nanti kita datang lagi pergi Romantika, hahaha. 

Hari terakhir PKP Fasa Empat, Sk dan Iman berdua sahaja keluar lagi ke Paradigm Mall semata-mata nak pergi Romantika. Sebabnya nak cari langsir, huhu.. hari tu kan dah tak larat nak masuk. Tapi kali ini, kena park kereta di aras lima sahaja


Tengok-tengok langsir di Romantika sebab hari tu borak-borak dengan ibu dalam bilik terpandang langsir siang (day curtain) tu dah koyak teruk dikerjakan kucing.. hahaha. Tapi, ada satu masalah, sebab semua day curtain ready made, saiz cecah lantai. Blackout curtain Sk pulak, tak cecah lantai, camno, takkan nak tukar blackout curtain jugak, macam sayang jer duit, hahah. Hati berkenan betul tengok French Pleats Curtain ni, huwa huwa huwa


Sk dah kira-kira, empat keping day curtain ni ngam dah dengan ukuran tingkap bilik Sk
Tapi... takkan nak potong pulak supaya sama panjang dengan blackout curtain yang asal. Kalau tak potong, maknanya kena beli blackout curtain lain uiii


Iman kata, apa susah. suruhlah babah belanja. Amboi.. amboi.. amboi... dia pun plan nak tukar langsir bilik rupanya, dah berkenan dengan warna pink tu kisahnya


Hurmmm.. lampu-lampu kat Romantika cantik-cantik pulak tu, guna bateri tak yah pening fikir wayar nak cucuk mana. Ialah, takkan nak pakai extension wire kan


Berkenan jugak bantal bulat ni. Sejak masuk 40's ni kenapa jiwa ni macam mak-mak sangat ek, hahahaha. Nantilah, fikir dulu.. duit memang tengah banyak, baaaaaaaaaaaaaanyak sangat, kahhhhhhhhhhhhh

Bersambung..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/06/pkp-fasa-empat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Fasa Tiga

Pkp Fasa Tiga

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 501 hits
Assalamualaikum KADANG KADANG sungguh terasa rindu dengan Fasa PKP yang dilalui dua bulan lalu Pagi pagi sebaik Pak Inche ke pejabat Sk terus landing di hadapan tv menonton filem Inggeris atau Korea Genre yang selalu menjadi pilihan ialah a...
Pkp Pemulihan Mb Ingatkan Patuh Sop Atau Premis Ditutup

Pkp Pemulihan Mb Ingatkan Patuh Sop Atau Premis Ditutup

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 366 hits
SHAH ALAM 11 JUN Sebarang aktiviti meliputi sektor ekonomi sosial dan rekreasi di Selangor perlu mematuhi tatacara operasi piawai digariskan Majlis Keselamatan Negara Dato Menteri Besar turut mengingatkan kepentingan mengimbas kod QR aplika...
Jumpa Beg Baju Tepi Kawat Duri Dipercayai Warga Asing Cuba Lari Dari Pkp Pentadbiran Kuala Langat

Jumpa Beg Baju Tepi Kawat Duri Dipercayai Warga Asing Cuba Lari Dari Pkp Pentadbiran Kuala Langat

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR 11 Jun Terdapat percubaan penduduk dipercayai warga asing di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan secara pentadbiran di Taman Langat Murni Kuala Langat untuk melarikan diri daripada kawasan itu Perkara berkenaan disahkan oleh po...
Pkp Pentadbiran Penduduk Digesa Patuh Sop Jangan Rentas Negeri

Pkp Pentadbiran Penduduk Digesa Patuh Sop Jangan Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 466 hits
SHAH ALAM 12 JUN Penduduk dua taman di Kuala Langat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran sehingga 16 Jun ini wajib mematuhi tatacara operasi piawaian walaupun dibenarkan bergerak bebas Ahli Dewan Negeri Dengkil Adhif Syan ...
Pembayaran Secara Tunai Bpn Fasa 2 3 Bsh 2020 Jadual Tempat Bayaran

Pembayaran Secara Tunai Bpn Fasa 2 3 Bsh 2020 Jadual Tempat Bayaran

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 955 hits
PEMBAYARAN SECARA TUNAI BPN FASA 2 3 BSH 2020 JADUAL TEMPAT BAYARAN Anda ingin tahu tentang PEMBAYARAN SECARA TUNAI BPN FASA 2 3 BSH 2020 bagi penerima bantuan yang tidak mempunyai akaun Kami akan berkongsi tentang tarikh bayaran dan senara...
Ambil Berat Kongsi Berkat Inisiatif Pregocares Sepanjang Pkp Ini Bantu Ribuan Rakyat Malaysia Kurang Berkemampuan

Ambil Berat Kongsi Berkat Inisiatif Pregocares Sepanjang Pkp Ini Bantu Ribuan Rakyat Malaysia Kurang Berkemampuan

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 383 hits
Pejam celik pejam celik sudah lebih 3 bulan rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Sepanjang PKP ini ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah iaitu golongan B40 dan M40 yang menerima impak besar daripada segi pendapata...
Tarikh Bayaran Bsh Fasa Julai Serta Duit Rm120 Tambahan

Tarikh Bayaran Bsh Fasa Julai Serta Duit Rm120 Tambahan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 460 hits
Tarikh Bayaran BSH Fasa Julai Bayaran Fasa 3 Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 Tarikh
Fasa Perkembangan Otak Anak 90 Sebelum Umur 5 Tahun Terlepas Waktu Ni Rugi

Fasa Perkembangan Otak Anak 90 Sebelum Umur 5 Tahun Terlepas Waktu Ni Rugi

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 317 hits
Ibu bapa jangan lepaskan tiga fasa perkembangan otak untuk anak sedia belajar Jika fasa ini tak dimanfaatkan sebaiknya memang rugi Selepas fasa ini jika ibu bapa baru nak mulakan ia dah kira terlambat Melalui perkongsian banyak soalan dari ...
Semakan Pembayaran Rayuan Bpn Fasa 3 Mulai 24 Jun

Semakan Pembayaran Rayuan Bpn Fasa 3 Mulai 24 Jun

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 423 hits
Bg individu yg telah diluluskan rayuan BPN fasa ketiga bayaran BPN akan mula dikreditkan ke akaun pemohon mulai 24 Jun 2020 Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz 181 000 rayuan BPN fasa 3 telah diluluskan melibatkan j...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Holiday Schedule 2024

Why We Should Be Looking At Children S Learning From A Long Term Perspective

Alihkan Anak Pokok Limau Kasturi

Wanita Milik Kaiden

Tips Hilangkan Stress Pergi Tempat Kesukaan Kita

5 Alat Canggih Untuk Membuat Konten Otomatis Dengan Ai Pada 2025