Pkp Fasa 3 Makin Ramai Dihukum Penjara Didenda Kerana Ingkar


KUALA LUMPUR, 20 April  — Semakin ramai didakwa dan dihukum penjara serta denda maksimum kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hari ini sejumlah 185 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen di beberapa negeri atas kesalahan itu dengan pelbagai perbuatan yang mengingkari PKP dan bermacam-macam alasan diberi.
Di PAHANG, 14 individu didakwa di Mahkamah Majistret Raub.
Enam lelaki  iaitu Lee Ah Nam, 53; Ong Kok Peng, 51; Thong Chee Hoong, 56; Abdul Rahim Sidik, 47; Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 20, dan seorang rakyat Myanmar, Win Hly, 36, didenda RM700 atau penjara 14 hari kerana melanggar  PKP dengan keluar melombong emas di Hutan Simpan Kekal Tersang, Batu Talam di sini  pada 12 tengah hari 16 April.
Lapan lagi lelaki berusia lingkungan 32 hingga 52 tahun masing-masing didenda RM600 atau penjara 10 hari selepas mengaku ingkar PKP dengan membuka pasar basah  di tepi jalan sekitar Lot 285 Kampung Gali Tengah di sini pada 11.40 pagi semalam.
Di KEDAH, sejumlah 23 lelaki berumur lingkungan 18 hingga 41 tahun dipenjara tujuh hari dan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani kerana keluar melepak bersama rakan serta keluar dari tempat tinggal mereka sekitar daerah Kuala Muda pada 27 Mac hingga 13 April lepas.
Di mahkamah sama, seorang pengarah syarikat kilang kitar semula Ong Lin-Tjong, 39, dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM10,000 kerana membenarkan dua pekerjanya bekerja tanpa kebenaran semasa pelaksanaan PKP.
Mahkamah memerintahkan Ong menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan sekiranya gagal membayar denda, dia berdepan hukuman penjara enam bulan.
Ong didakwa membenarkan Muhamad Hanif Ishak, 23, dan Mohamad Izral Taib, 44, berhimpun dalam kawasan Kilang Privilege Industry Sdn Bhd di Kawasan Perusahaan Bakar Arang di sini, yang merupakan kawasan jangkitan bagi tujuan sosial, pada 11.50 malam 4 April lepas.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Di TERENGGANU, sejumlah 27 lelaki didakwa di Mahkamah Kuala Terengganu.
Penganggur Ahmad Tarmizi Azman, 33, didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis ketika sekatan jalan raya di Jalan Sultan Mahmud pada 5.30 petang Sabtu lepas.
Sejumlah 26 lelaki lagi, termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) dan remaja berumur 17 tahun, mengaku melanggar arahan PKP.
Lelaki dengan kecacatan di tangan dan kaki kiri itu didenda RM500 atau penjara sebulan manakala tertuduh lain masing-masing didenda antara RM800 dan RM1,000 atau penjara sebulan.
Remaja terbabit pula dibenarkan ikat jamin RM800 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 19 Mei untuk sebutan sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum menjatuhkan hukuman.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara Khamis hingga semalam (19 April) antara 9.25 malam hingga 1.45 pagi di sekitar Kuala Terengganu dan kebanyakan tertuduh memberi alasan melanggar PKP kerana keluar untuk mengaji al-Quran, menghantar tempahan burger dan membuang sampah.
Di PULAU PINANG, sejumlah 37 individu termasuk tiga wanita didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Butterworth kerana melanggar PKP manakala seorang lagi didenda RM500 atau dua minggu penjara kerana berkumpul di hadapan sebuah pondok.
Dua lagi lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan mahkamah sama menetapkan 14 Mei dan 1 Jun untuk sebutan bagi kes tiga remaja berusia lingkugan 15 hingga 18 tahun yang turut didakwa melanggar PKP.
Antara kesalahan yang dilakukan tertuduh di sekitar daerah Seberang Perai Utara itu antara 18 April hingga semalam (19 April) ialah menikmati semangkuk mi di kedai makan, keluar dari rumah dengan memiliki air ketum, tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa untuk beredar dari tempat berkumpul dan gagal memberikan alasan munasabah kepada pihak berkuasa semasa sekatan jalan raya.
Di SELANGOR, sejumlah 44 orang didakwa di dua mahkamah.
Di Mahkamah Majistret Sepang, 41 lelaki warga Myanmar berumur lingkungan 19 hingga 34 tahun yang terbabit dengan pesta air di Bandar Baru Salak Tinggi dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan kerana ingkar PKP.
Kesemua tertuduh, yang merupakan pekerja kilang, didakwa berhimpun bagi maksud menjalankan aktiviti keagamaan iaitu pesta air Thingyan di dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan, iaitu Selangor.
Kesalahan dilakukan di kawasan asrama lelaki di sebuah kilang di sini antara 8.30 malam hingga 10 malam pada 12 April lepas.
Di Mahkamah Petaling Jaya, dua lelaki warga Indonesia iaitu Rudy Hartono Sahmenan, 34, dan Fauzi, 35, dihukum penjara tiga bulan kerana gagal memberikan keterangan memuaskan berkaitan tujuan mereka keluar di Plaza Tol Subang, Kelana Jaya pada 11 dan 4 April lepas.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 11 dan 4 April manakala seorang lagi, Murzid Baharun, 29, didenda RM800 atau penjara tiga bulan kerana melakukan kesalahan sama di hadapan stesen minyak BHP, Jalan SS 12, Subang Jaya pada 12.05 tengah hari 15 April lepas.
Di KUALA LUMPUR, seramai 33 didakwa di tiga buah mahkamah di sini.
Di Mahkamah Ampang, empat lelaki termasuk tiga warganegara asing dari Mesir, Afghanistan dan Yaman yang berumur 18 hingga 35 tahun didenda RM800 hingga RM1,000 atau sebulan penjara kerana melakukan kesalahan sama.
P. Edward Gregory Anniah, Ahmed Mohamed Mahmoud Elsayed Sayed, Hisham Ahmed Qaid Al-Hagi, Zahibullah Rizai mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut di lokasi berasingan di Jalan Cheras Indah dan Taman Putra Sulaiman,  di sini pada 6 dan 7 petang, 10 dan 14 April lepas.
Dua lelaki, Roshaizol Lajat,18, dan warga Pakistan Ubai Dullah Azizullah, 35, pula mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan sama di Jalan Desa dan Jalan Tasik Tambahan di sini pada 2.30 petang dan 2.15 pagi pada 7 dan 12 April lepas, dan mahkamah menetapkan 29 Jun untuk sebutan kes mereka.
Di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, sejumlah 23 individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM800 hingga RM2,000 atau penjara dua hingga tiga minggu bagi kesalahan ingkar PKP kerana berbual di taman permainan, lari dari sekatan jalan raya, berkumpul di kaki lima dan duduk di kerusi penumpang tanpa alasan munasabah, semasa fasa kedua dan ketiga.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan dua bulan ke atas dua lelaki selepas masing-masing gagal memberi alasan munasabah ketika ditahan di sekatan jalan.
Kesemua tertuduh yang berusia lingkungan 20 dan 41 tahun itu ditahan sekitar Kuala Lumpur sejak 2 April hingga semalam.
Di Mahkamah Majistret Selayang, dua peniaga iaitu Wan Zakaria Wan Deraman, 21, dan Mohamad Fakhrull Azim Mohd Zamri, 26, masing-masing dihukum penjara enam hari dan denda RM1,000 atau penjara tiga bulan kerana berhimpun di dalam kawasan tempat jangkitan tanpa alasan munasabah pada 15 April lepas.
— BERNAMA
The post PKP Fasa 3: Makin Ramai Dihukum Penjara, Didenda Kerana Ingkar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/20/pkp-fasa-3-makin-ramai-dihukum-penjara-didenda-kerana-ingkar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Ingkar Pkp Fasa 2 Berjemaah

Jom Ingkar Pkp Fasa 2 Berjemaah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 532 hits
Tahan Reman dan Terus Hadap Ke Mahkamah Assalamualaikum dan salam sejahtera Jangan baca tajuk tu jak aaa baca sampai habis Membacakan amalan yang mulia KG bukan mengajak korang semua ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Ni sedang perli...
Empat Beranak Mengaku Ingkar Pkp Untuk Hadiri Kenduri Didenda Rm800 Seorang

Empat Beranak Mengaku Ingkar Pkp Untuk Hadiri Kenduri Didenda Rm800 Seorang

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 315 hits
ENAM individu termasuk empat beranak didenda RM800 seorang oleh Mahkamah Majistret Tawau hari ini selepas mengaku bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Abdurrasad Arsad 60 Salbiah Bain 64 Raman Abdurrasad 36 Rozana Abdurrasad 28 Sa...
6 Sekeluarga Didenda Rm6 000 Kerana Pergi Ke Pasar Raya Ingkar Arahan Pkp

6 Sekeluarga Didenda Rm6 000 Kerana Pergi Ke Pasar Raya Ingkar Arahan Pkp

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 309 hits
Gara gara pergi ke pasar raya enam sekeluarga ini dikenakan kompaun sebanyak RM6 000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Polis Daerah Sabak Bernama Superitendan Agus Salim Mohd Alias berkata keluarga terbabit yang berusia dar...
Covid19 Akademi Penjara Diwarta Sebagai Pusat Tahanan Pesalah Ingkar Pkp

Covid19 Akademi Penjara Diwarta Sebagai Pusat Tahanan Pesalah Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 292 hits
AKADEMI PENJARA DIWARTA SEBAGAI PUSAT TAHANAN PESALAH INGKAR PKP13 pusat akademi penjara akan dijadikan pusat tahanan bagi mengatasi masalah kesesakan di penjara kepada pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan AKADEMI PENJARA DIWARTA...
Ingkar Pkp Fasa 3 Boleh Terus Ke Mahkamah

Ingkar Pkp Fasa 3 Boleh Terus Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 646 hits
Ingkar PKP fasa 3 Boleh terus ke mahkamahSusulan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 3 yang bermula esok rakyat yang didapati ingkar pada arahan tersebut akan terus ditahan dan dihadapkan ke mahkamah Individu ingkar PKP akan dituduh di mahkam...
Pelaksanaan Pkp Fasa Tiga Tiada Lagi Kompromi Bagi Yang Ingkar

Pelaksanaan Pkp Fasa Tiga Tiada Lagi Kompromi Bagi Yang Ingkar

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 442 hits
Hari ini bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa 3 dimana kali ini pihak polis tidak akan berkompromi lagi bagi mereka yang melanggar arahan PKP fasa 3 Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Merekan yang ingkar akan ditahan rem...
Pkp Fasa Ke 4 Matikan Virus

Pkp Fasa Ke 4 Matikan Virus

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 12 Mei ini diyakini bertujuan untuk mematikan wabak COVID 19 yang masih berada dalam kalangan komuniti atau dirujuk sebagai kes sporadik Pertambahan tempoh dua minggu lagi dalam PKP...
Kp Kkm Yakin Kita Akan Menang Dalam Fasa Ke 3 Pkp

Kp Kkm Yakin Kita Akan Menang Dalam Fasa Ke 3 Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 233 hits
Apa sudah jadi ni Ohmedia sudah mula nampak rakyat Malaysia ambil mudah dengan Perintah Kawalan Pergerakan selepasa tersebar di beberapa lokasi menunjukkan banyak kereta berada di atas jalan raya Ini bermakna ramai rakyat Malaysia sudah mul...
Pkp Jumlah Tangkapan Kerana Ingkar Menurun

Pkp Jumlah Tangkapan Kerana Ingkar Menurun

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 187 hits
KUALA LUMPUR Jumlah tangkapan individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan menurun semalam iaitu seramai 550 orang berbanding 763 kelmarin Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada 550 yang ditahan seramai
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah