Pkp Hukuman Remaja Hantar Pulang Mayat Kekasih Dinaikkan Kepada Rm1 000


Bernama  KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menaikkan denda RM100 kepada RM1,000 terhadap seorang remaja lelaki kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumah untuk menghantar pulang mayat teman wanitanya selepas terlibat kemalangan jalan raya tahun lepas.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap denda RM100 yang dijatuhkan ke atas remaja berusia 17 tahun itu oleh Mahkamah Majistret Rompin pada 16 Julai 2020 selepas lelaki itu mengaku bersalah melanggar PKP dengan berada di luar rumah pada 3.15 pagi, 12 April tahun lepas.
Bagi kesalahan melanggar PKP denda maksimum adalah RM1,000.
Pada prosiding itu hanya pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut yang dibenarkan masuk ke dalam bilik bicara mahkamah.
Peguam Hazwan Hamdan yang mewakili remaja berkenaan memberitahu media bahawa Zainal Azman memutuskan terdapat keperluan untuk beliau meminda hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Rompin.
“Mahkamah berpandangan jumlah denda perlu dinaikkan kepada RM1,000 seperti di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 atau ia akan menjadi rujukan oleh pihak lain bagi mendapatkan denda lebih rendah pada masa akan datang,” katanya.
Hazwan berkata, hakim juga memerintahkan pelajar tingkatan lima itu selaku responden menjalani hukuman penjara  sebulan jika gagal menjelaskan denda tersebut. Difahamkan abangnya telah menjelaskan denda tersebut.
Zainal Azman bagaimanapun menolak rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret itu supaya remaja tersebut melaksanakan khidmat masyarakat selama 120 jam untuk tempoh 18 bulan, menghadiri bengkel interaktif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta membayar pampasan RM3,000 kepada keluarga teman wanitanya.
Beliau mengekalkan perintah mahkamah itu yang membuat keputusan terhadap remaja berkenaan selepas dia  mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan menunggang motosikal dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan di KM137 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, pada hari dan masa sama dia melanggar PKP.
Kemalangan di laluan ladang kelapa sawit yang melibatkan seekor kerbau itu menyebabkan teman wanitanya, juga berusia 17 tahun, maut akibat parah di kepala, dengan mayatnya ditinggalkan di garaj tempat letak kereta rumah keluarga remaja perempuan tersebut di Felda Keratong 10, Rompin.
Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani dalam hujahan bertulis berkata hukuman RM100 yang terlalu rendah dibimbangi akan menjadi tanda aras bahawa pelanggaran PKP tidak akan menerima hukuman berat dan setimpal sedangkan pelaksanaannya adalah bagi membendung penularan wabak COVID-19.
“Pengakuan salah dan faktor umur responden tidak sepatutnya menjadi faktor utama dalam menjatuhkan hukuman kerana semasa kejadian, responden mempunyai tahap pemikiran yang normal dan sempurna serta latar belakang pendidikan mencukupi untuk menilai sebab dan akibat perbuatannya,” katanya.
Peguam Ahmad Deniel Roslan yang juga mewakili remaja itu dalam hujahan bertulis berkata tiada keperluan untuk meminda hukuman Mahkamah Majistret kerana telah menepati prinsip keadilan dan memadai memandangkan anak guamnya  tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mengaku bersalah di peringkat awal.
“Apa yang lebih penting ialah responden dapat meneruskan sesi persekolahan dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Malah, responden dan keluarganya juga telah berjumpa dengan keluarga remaja wanita itu bagi memohon maaf terhadap kejadian tersebut,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/pkp-hukuman-remaja-hantar-pulang-mayat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Derma Rm1 000 Lampin Bayi Amp Tuala Wanita Penderma Cuma Harap Doakan Ibu Sihat

Derma Rm1 000 Lampin Bayi Amp Tuala Wanita Penderma Cuma Harap Doakan Ibu Sihat

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 295 hits
Banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketika ini sememangnya amat buruk Ramai mangsa telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara selepas kediaman masing masing dinaiki air nbsp di paras bahaya Susulan daripada itu banyak...
Hanya Minta Doakan Ibu Sihat Dari Strok Penderma Rm1 000 Lampin Bayi Tuala Wanita

Hanya Minta Doakan Ibu Sihat Dari Strok Penderma Rm1 000 Lampin Bayi Tuala Wanita

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 733 hits
Banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketika ini sememangnya amat buruk Ramai mangsa telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara selepas kediaman masing masing dinaiki air di paras bahaya Susulan daripada itu banyak piha...
Mayat Remaja Hilang Di Pantai Karambunai Berjaya Ditemui

Mayat Remaja Hilang Di Pantai Karambunai Berjaya Ditemui

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 912 hits
Mangsa Yusof Sihud 19 selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama dua rakannya Operasi Mencari Remaja Hilang Di Pantai Karambunai Diteruskan Mayat seorang remaja berusia 20 tahun yang hilang sejak beberapa hari lepas di Pantai Karam...
Tadika Swasta Beroperasi Di Negeri Pkp Keputusan Hantar Anak Terserah Pada Ibu Bapa

Tadika Swasta Beroperasi Di Negeri Pkp Keputusan Hantar Anak Terserah Pada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 341 hits
Susulan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin mengenai pengoperasian tadika swasta tiada paksaan untuk ibu bapa menghantar anak ke tadika jika bimbangkan tahap kesihatan anak Menurut beliau berkaitan dengan kerungsingan ibu bap...
Pkp Idea Tumpul Tambah 10 000 Kakitangan Kkm Lebih Baik

Pkp Idea Tumpul Tambah 10 000 Kakitangan Kkm Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 347 hits
Idea Kerajaan Perikatan Nasional ingin melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan terhad di Lembang Kelang atau negeri negeri tertentu tidak menyelesaikan rantaian penularan Covid 19 secara menyeluruh Mantan Timbalan Menteri Kesihatan ...
Kartel Daging Pegawai Disogok Rm1 000 Hingga Rm5 000 Setiap Kontena

Kartel Daging Pegawai Disogok Rm1 000 Hingga Rm5 000 Setiap Kontena

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 409 hits
Pada 4 Januari 2021 empat individu melibatkan tiga pengarah syarikat dan seorang kerani direman bersabit skandal Kartel Daging mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh reman tamat Kemudian pada 2 Disember tahun lalu ...
Hiburan Bimbang Dirinya Buat Perkara Tak Elok Keluarga Minta Usop Pulang Ke Kampung Disebabkan Pkp 2 0

Hiburan Bimbang Dirinya Buat Perkara Tak Elok Keluarga Minta Usop Pulang Ke Kampung Disebabkan Pkp 2 0

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 453 hits
Baru saja memulakan kehidupan baru di Ibu Kota penyanyi Usop khabarnya telah pulang ke kampung halamannya di Kulim Kedah gara gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 13 Januari lalu Sumber Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saif...
Terima Rasuah Rm1 04 Bilion Bekas Ketua Syarikat Dijatuhkan Hukuman Mati

Terima Rasuah Rm1 04 Bilion Bekas Ketua Syarikat Dijatuhkan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 208 hits
Gara gara menerima rasuah berjumlah 260 juta bekas ketua syarikat pengurusan aset terbesar milik kerajaan China dikenakan hukuman mati Bekas anggota Parti Komunis China Lai Xiaomin mengaku secara live di televisyen dan menunjukkan peti besi...
Warga Emas Jual Sayur Dikompaun Rm1 000

Warga Emas Jual Sayur Dikompaun Rm1 000

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 319 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA WANITA warga emas menunjukkan menunjukkan notis kompaun yang diterimanya akibat tidak memakai pelitup muka di Pasar Bukit Cina Melaka MELAKA Selepas tiga hari memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk memaham...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Lirik Lagu Kerana Ego Khai Bahar

Gula Itu Racun

Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya