Pkp Beri Impak Positif Turunkan Kes Denggi


KUALA LUMPUR, 14 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19, secara tidak langsung memberi perkembangan positif terhadap kes denggi di Malaysia apabila bilangan kes yang direkodkan ketika ini menurun berbanding tahun lepas.
Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Rose Nani Mudin berkata kes yang dicatatkan sejak Januari hingga Sabtu lepas (11 April) di seluruh negara menunjukkan penurunan daripada 39,805 kes dengan 64 kematian bagi tempoh sama tahun lepas kepada 36,529 kes dengan 60 kematian tahun ini.
Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 22,180 kes dengan 23 kematian, diikuti Johor 2,956 kes dengan 10 kematian; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (2,894 kes, empat kematian); Sabah (1,984 kes, sembilan kematian) dan Kelantan (1,386 kes, dua kematian).
“Antara faktor penyebaran virus denggi adalah pergerakan manusia. Apabila seseorang yang telah dijangkiti virus denggi pergi bekerja atau ke tempat lain, di situ sekiranya ada nyamuk menggigit individu berkenaan dan kemudian nyamuk yang sama menggigit orang lain yang sihat, secara tak langsung nyamuk itu telah menyebarkan virus kepada individu yang sihat.
“Jadi bila PKP dilaksanakan, orang ramai tak keluar rumah, tidak pergi kerja atau sekolah dan kurang pergerakan. Jadi, penyebaran virus terhalang dalam kalangan komuniti dan secara tidak langsung boleh mengurangkan kes denggi,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Dr Rose Nani berkata orang ramai seharusnya menggunakan sebahagian waktu duduk diam di rumah semasa tempoh PKP untuk membersihkan kediaman masing-masing, sekali gus menghapus tempat pembiakan aedes.
“Kita mesti lakukan aktiviti pencegahan iaitu dengan menjalankan pembersihan di dalam dan luar rumah. Hapuskan tempat pembiakan aedes, mana-mana bekas yang menakung air kita kena buang.
“Aktiviti ini (menghapus tempat pembiakan aedes) perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana jika seekor nyamuk bertelur, hanya dalam masa lima hingga tujuh hari sahaja telur nyamuk boleh menjadi nyamuk dewasa. Kita tak nak nyamuk menjadi dewasa kerana ia boleh menyebar virus,” katanya dan menjelaskan bahawa cuaca dan vektor nyamuk adalah antara faktor yang mempengaruhi kewujudan kes denggi.
Menegaskan bahawa denggi berisiko membawa maut, Dr Rose Nani berkata berdasarkan semakan kes kematian, ada antara individu yang dijangkiti denggi berhadapan dengan risiko kematian hanya dua hari boleh meninggal berikutan komplikasi buah pinggang atau kegagalan hati.
“Virus denggi mempunyai empat serotip iaitu DEN1, DEN2, DEN3 dan DEN4. Individu yang pernah dijangkiti satu daripada serotip denggi ini masih mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti denggi sebanyak tiga kali lagi sepanjang hayatnya.
“Individu yang mengalami demam denggi buat kali kedua atau dikenali jangkitan sekunder akan mengalami komplikasi akibat demam denggi yang teruk berbanding individu lain yang belum terdedah virus denggi sebelumnya dan ini dibuktikan dengan kajian Dr Scott Halstead (pakar denggi) dan rakan-rakannya seawal 1960-an,” katanya.
Dr Rose Nani berkata risiko untuk berlaku komplikasi juga tinggi kepada individu yang dijangkiti denggi dan pada masa sama mempunyai penyakit lain seperti hypertensi, diabetes dan tiroid.
Mengenai operasi semburan kabus (fogging) ketika PKP, Dr Rose Nani berkata operasi masih dijalankan bagi setiap kawasan yang mempunyai kes denggi.
“Operasi dijalankan seperti biasa tetapi kita hanya buat semburan di luar rumah dan kita nasihatkan orang ramai guna semburan aerosol di dalam rumah. Petugas kesihatan mengambil langkah berjaga-jaga seperti menjarakkan diri daripada orang ramai, memakai penutup hidung dan mulut dan selalu mencuci tangan,” katanya.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/04/pkp-beri-impak-positif-turunkan-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Turun Ranking Kes Covid 19 Terbanyak Dunia Perlu Kekal Positif Patuhi Pkp

Malaysia Turun Ranking Kes Covid 19 Terbanyak Dunia Perlu Kekal Positif Patuhi Pkp

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 306 hits
Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk hari ke 20 hari ini semakin menampakkan tanda positif apabila mencatatkan penurunan kedudukan dalam senarai negara negara dijangkiti pandemik koronavirus terbanyak di seluruh dunia Berdasarkan data sta...
Covid19 Pkp Sop Masih Kekal Walaupun Kes Positif Covid19 Menurun

Covid19 Pkp Sop Masih Kekal Walaupun Kes Positif Covid19 Menurun

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 273 hits
PKP SOP MASIH KEKAL WALAUPUN KES POSITIF COVID19 MENURUNTeruskan duduk rumah dan patuhi arahan PKP Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03 88882010 COVID19 StayAtHome MovementControlOrder PerintahKawalanPergerakan KitaMesti...
Kes Jenayah Di Kl Turun 57 Sepanjang Fasa 1 Pkp

Kes Jenayah Di Kl Turun 57 Sepanjang Fasa 1 Pkp

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 241 hits
PETALING JAYA Kadar jenayah di Kuala Lumpur mencatatkan penurunan lebih 50 ketika tempoh fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan dalam mendepani wabak Covid 19 Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata antara faktor yang menyumbang kep...
Covid 19 Kes Positif Bukan Warganegara Malaysia

Covid 19 Kes Positif Bukan Warganegara Malaysia

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 208 hits
Seramai 416 kes positif COVID 19 dalam kalangan bukan warganegara Malaysia KKM juga bekerjasama dengan UNCHR untuk aktiviti pengesanan di lapangan dan saringan StayAtHome BreaktheChain KitaMestiMenang
Keluk Kes Aktif Covid 19 Tunjukkan Tanda Tanda Awal Pemulihan Hasil Keberkesanan Pkp

Keluk Kes Aktif Covid 19 Tunjukkan Tanda Tanda Awal Pemulihan Hasil Keberkesanan Pkp

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 315 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini menyatakan bahawa tanda tanda awal pemulihan mula menunjukkan hasil keberkesanan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Menerusi satu ciapan yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM ...
Pkp Fasa Pertama Menampakkan Kesan Positif

Pkp Fasa Pertama Menampakkan Kesan Positif

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 166 hits
PUTRAJAYA Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama menunjukkan kejayaan selepas tiada peningkatan kes COVID 19 secara mendadak dilaporkan sepanjang dua minggu pelaksanaannya Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdul...
Covid 19 Ingat Isyarat Kes Sembuh Meningkat Bukan Lampu Hijau Ingkari Pkp

Covid 19 Ingat Isyarat Kes Sembuh Meningkat Bukan Lampu Hijau Ingkari Pkp

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 272 hits
COVID 19 Ingat Isyarat Kes sembuh meningkat bukan Lampu Hijau ingkari PKPAnggota Polis membuat sekatan jalan raya dalam pelaksanaan PKP fasa kedua ketika tinjauan fotoBernama di Plaza Tol Hutan Kampung Alor Setar 1 April 2020 fotoBERNAMACOV...
222 Discaj 3 Kematian 118 Kes Positif Baharu

222 Discaj 3 Kematian 118 Kes Positif Baharu

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 185 hits
PUTRAJAYA Tiga kematian Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhannya 70 pesakit meninggal dunia akibat virus itu setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 3 pesakit yang meninggal dunia awal hari ini ter...
17 Kes Positif Di Menara City One Hadir Himpunan Jemaah Tabligh Di Sri Petaling

17 Kes Positif Di Menara City One Hadir Himpunan Jemaah Tabligh Di Sri Petaling

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 221 hits
Astro Awani Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes COVID 19 yang mendadak menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dilaksanakan PUTRAJAYA 17 kes positif jangkitan COVID 19 di Menara City ...
Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Santri Di Lamongan Diduga Dianiaya Temannya Korban Diikat Hingga Dibanting Ke Lantai

Everyman Tracker Build Pt 7 Custom Pipes Panels And More

Box Bag Crochet

How The Kkb By Election Might Itself Trigger Of More By Elections



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Kakak Maut Adik Kritikal Dalam Kemalangan

Flax Power Low Carb Bread Packed With Omega 3s And Fiber

Dua Maut Elak Tayar Lori Tercabut Atas Jalan

Orang Masjid Caj Rm1 000 Upah Solat Jenazah

Pn Untuk Melayu Ph Untuk Bukan Melayu

Berhadapan Dengan Selat Melaka Masjid Al Hussain Memantulkan Warna Warna Yang Indah