Pkp 4 Senarai Aktiviti Yang Dilarang Semasa Kelonggaran Sektor Ekonomi


Ramai orang kurang jelas bahawa Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilaksanakan  bukan untuk menghapuskan terus Covid-19. Sebaliknya, PKP diaturkan kerana dua tujuan utama yang dilaksanakan hampir di seluruh dunia adalah:

1) Mengawal penularan secara besar-besaran dan mengurangkan kadar kebolehjangkitan.
2) Untuk memberi masa kepada pihak kerajaan menyediakan fasiliti kesihatan yang mampu merawat pesakit covid-19. 
Setakat artikel ini ditulis, saya percaya bahawa kedua-dua tujuan ini telah dicapai dengan sangat jayanya. Dalam masa yang sama, peratusan kes pulih yang tinggi dan bilangan kes baru setiap hari semakin menurun menunjukkan kemampuan negara mengawal pandemik ini dengan begitu baik sekali.

Dalam keadaan kita mengawal pandemik COVID 19 ini, pihak kerajaan juga perlu memastikan tidak wujud masalah lain seperti kemelesetan ekonomi yang teruk yang boleh menyebabkan kadar kemiskinan meningkat akibat PKP ini. 
Justeru, keputusan pihak kerajaan memberikan sedikit kelonggaran bermula 4 Mei 2020 kepada pemain-pemain industri kecil dan sedarhana membuatkan saya sendiri menarik nafas lega. 
Namunbegitu, berdasarkan kenyataan YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri pagi tadi dalam sesi Ucapan Sempena Hari Buruh telah menjelaskan bahawa perintah kawalan ini mula diringankan dengan membenarkan lebih banyak industri memulakan semula aktiviti masing-masing.
Akan tetapi, pihak-pihak ini harus bertanggungjawab dalam memastikan segala SOP kesihatan dan keselamatan dilaksanakan.
Walaupun begitu, terdapat 23 aktiviti yang ternyata tidak boleh dilakukan selagi PKP ini berlangsung.
Berikut saya menyenaraikannya untuk memudahkan saudara/ saudari:
1.Hiburan dan Riadah❑ Panggung Wayang❑ Pusat Karoake❑ Taman Tema❑ Muzium❑ Busking
2.Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan❑ Perarakan Keagamaan❑ Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat❑ Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)❑ Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hariraya akan di umumkan kelak)
3. Persidangangan dan Pameran❑ Pameran Kerjaya❑ Pameran Perkahwinan❑ Promosi dan Pakej Pelancongan❑ Karnival Jualan❑ Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai
4. Pendidikan❑ Sukan semasa sesi persekolahan❑ Aktiviti kokurikulum bersemuka❑ Sebarang bentuk perhimpunan sekolah❑ Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang
5. Sukan❑ Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai(stadium)❑ Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)❑ Kolam renang❑ Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang
6. Aktiviti Sosial❑ Kenduri – kendara❑ Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya7. Pengangkutan❑ Kapal Persiaran
8. Perniagaan Tanpa Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman❑ Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraanradius jarak minimum 1m)❑ Bazar Ramadan❑ Bazar Hari Raya
9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor ❑ Terima pelawat❑ Bersosial dan bersukan secara berkumpulan❑ Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain
10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina❑ Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang
11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen❑ Aktiviti Fitting Pakaian
12. Dobi ( khusus dobi layan diri)❑ Aktiviti melipat pakaian
13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka
14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi
15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan❑ Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusikewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkankelak
17. Pengurusan Perhutanan❑ Ekopelancongan Hutan❑ Latihan Perhutanan
18. Perlombongan Dan Pengkuarian ❑ Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)
19. Perladangan dan Pertanian❑ Hari Bertemu Pelanggan❑ Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)❑ Pesta makan buah-buahan❑ Kursus/ Seminar❑ Konvokesyen Institut Pertanian❑ Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya
20. Perikanan❑ Aktiviti perikanan rekreasi❑ Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium
21. Seni Kreatif❑ Penggambaran filem❑ Acara/Konsert/Program Yang Melibatkan Orang Awam Di Studio Atau Tempat Awam
22. Kebudayaan Dan Kesenian❑ Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat
23. Pelancongan dan Perhotelan❑ Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café (Bagi TujuanBuffet)

Kesimpulan
Sebagai pemain industri kecil dan sederhana (SME), saya menyambut baik langkah ini memandangkan kami juga berperanan penting dalam merancakkan kitaran ekonomi negara.
Selain itu, ia juga dijangka akan memberikan faedah kepada ribuan warga pekerja apabila mereka boleh melaksanakan tanggungjawab mereka semula. Saya juga berpendapat pihak majikan dan organisasi wajar juga untuk mempertimbangkan jadual anjal sebagaimana cadangan YAB PM siang tadi.
Mungkin bilangan masa dan jam bekerja dipendekkan atau mengatur strategi mengurangkan jumlah pekerja di pejabat dalam satu-satu masa. Sebagai contoh kalau dalam pejabat ada 20 orang pekerja. Maka, sediakan 2 kumpulan iaitu A dan B. Kemudian buat jadual selang-seli. 1 kumpulan bekerja di pejabat dan 1 kumpulan lagi bekerja di rumah.
Dengan cara ini ia dapat mengurangkan lagi risiko jangkitan wabak COVID 19 di kalangan pekerja dalam pejabat.
Manakala, saranan untuk pihak pekedai, stasyen-stasyen minyak agar menyediakan 'hand sanitizer' wajar diambil perhatian oleh pemilik-pemilik perniagaan.
Akhir kalam, saya tetap dengan pendirian walaupun kelonggaran diberikan, pihak yang mendapat manfaat wajar menggunakan kesempatan ini dengan penuh integriti dan mengutamakan SOP-SOP yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan MITI.
Sekian, trimas.

ZAIHAN ZAINAL, merupakan graduan Ijazah Sains (Kep) dan Diploma Kesihatan dan Kecergasan serta menjawat sebagai Setiausaha, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor dan merupakan aktivis masyarakat yang telah berkecimpung dalam dunia aktivisme sejak di alam universiti pada tahun 1998.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zackzaihan.com.my/2020/05/pkp-4-senarai-aktiviti-yang-dilarang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Dibuka Semula 4 Mei Ini Senarai 52 Aktiviti Yang Masih Dilarang Beroperasi

Ekonomi Dibuka Semula 4 Mei Ini Senarai 52 Aktiviti Yang Masih Dilarang Beroperasi

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 527 hits
Perintah Kawalan Pergerakan akan dilonggarkan bermula 4 Mei ini bagi membuka semula sektor ekonomi yang terjejas teruk sehingga mengakibatkan ribuan hilang pekerjaan Di dalam perutusan Hari Pekerja oleh Perdana Menteri pagi ini masih terdap...
Senarai Aktiviti Dilarang Dalam Sop Pembukaan Semula Ekonomi

Senarai Aktiviti Dilarang Dalam Sop Pembukaan Semula Ekonomi

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 388 hits
Senarai aktiviti yang dilarang 1 Hiburan dan riadah Panggung wayang Pusat karoake Taman tema Muzium Busking 2 Perayaan perarakan dan perhimpunan Perarakan keagamaan Aktiviti agama berjemaah di masjid rumah ibadat Sambutan hari ulang tahun p...
Sektor Ekonomi Aktiviti Perniagaan Dibenarkan Beroperasi 4 Mei Pm

Sektor Ekonomi Aktiviti Perniagaan Dibenarkan Beroperasi 4 Mei Pm

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 477 hits
Sebahagian premis perniagaan yang beroperasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid 19 di Petaling Street Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Negara mengalami kerugi...
Sektor Ekonomi Yang Dibenarkan Beroperasi Pada Pkp Fasa 1 2 3 Boleh Beroperasi Pada Kapasiti Penuh Mulai Esok Miti

Sektor Ekonomi Yang Dibenarkan Beroperasi Pada Pkp Fasa 1 2 3 Boleh Beroperasi Pada Kapasiti Penuh Mulai Esok Miti

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 493 hits
KUALA LUMPUR 28 April Kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 1 2 dan 3 meningkatkan kapasiti beroperasi sepenuhnya dan beroperasi tanpa sekatan masa meng...
23 Senarai Aktiviti Yang Masih Dilarang Walaupun Pkpb Dimulakan

23 Senarai Aktiviti Yang Masih Dilarang Walaupun Pkpb Dimulakan

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 814 hits
PEMBUKAAN semula sektor ekonomi bermula 4 Mei ini adalah hasil positif yang dicapai daripada pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan dan kerja keras petugas barisan hadapan dalam memerangi penularan Covid 19 Namun Kerajaan juag sedar tentang ...
Senarai Kegiatan Yang Kekal Dilarang Ketika Pkp Bersyarat

Senarai Kegiatan Yang Kekal Dilarang Ketika Pkp Bersyarat

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 419 hits
Kerajaan memutuskan untuk membuka semula ekonomi bermula 4 Mei tetapi sejumlah kegiatan masih dilarang atau dikenakan sejumlah syarat menerusi perintah kawalan pergerakan bersyarat Berikut adalah senarai kegiatan yang kekal dilarang tertakl...
Rakyat Lancar Petisyen Mahu Kelonggaran Pkp Dibatalkan Kini Raih Hampir 500k Tandatangan

Rakyat Lancar Petisyen Mahu Kelonggaran Pkp Dibatalkan Kini Raih Hampir 500k Tandatangan

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 368 hits
small Cover image via change org small Pada 1 Mei 2020 lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang membenarkan hampir semua perniagaan beroperasi sepenuhnya pada 4 Mei ini Dalam satu ...
Sop Pembukaan Semula Sektor Ekonomi Prime Minister S Office Of Malaysia

Sop Pembukaan Semula Sektor Ekonomi Prime Minister S Office Of Malaysia

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 561 hits
Mulai 4 Mei 2020 Kerajaan Malaysia akan membuka semula ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah langkah yang diambil oleh per...
Risiko Amalan Cara Hidup Tidak Aktif Semasa Pkp

Risiko Amalan Cara Hidup Tidak Aktif Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 388 hits
Gaya hidup tidak aktif boleh menjejaskan kesihatan tulang dan otot selain memberi impak negatif kepada sistem pertahanan badan Ketahui lanjut daripada Dr Ghandhi Pakar Perunding Ortopedik
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities