Pkp 3 0 Tak Seketat Pkp 1 0 Kerana Tak Mahu Rakyat Susah



Penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula esok adalah tidak seperti PKP 1.0 tahun lepas, kerana tidak mahu menyusahkan rakyat menjalani kehidupan harian, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, kerajaan berpegang kepada pendirian untuk terus mengimbangi antara keperluan kesihatan dan keperluan kehidupan rakyat, selepas negara kehilangan RM2.4 bilion sehari semasa PKP 1.0 pada 18 Mac hingga 3 Mei 2020, yang menyaksikan penutupan semua sektor ekonomi.

“Bila kita umumkan PKP 3.0 semalam ada juga yang marah kenapa kita tidak buat seperti 1.0 (yang ketat), tapi bila kita buat PKP 1.0 orang ramai pun marah. Tentunya kita tidak boleh nak puaskan hati semua orang.
“Apabila kita tutup semua sektor ekonomi, paling terjejas adalah kumpulan peniaga kecil yang tidak mampu meneruskan hidup, kerana kita menutup peluang perniagaan mereka,” katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia sekali lagi melaksanakan PKP di seluruh negara bermula Rabu hingga 7 Jun, sebagai usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.
Sepanjang tempoh PKP kali ini, semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dan SOP terperinci bagi semua larangan serta arahan, akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ismail menjelaskan, mesyuarat teknikal MKN hari ini menetapkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) PKP, akan diguna pakai di seluruh negara termasuk di kawasan yang sedang dikenakan PKP bersyarat (PKPB), PKP diperketatkan (PKPD) dan PKP pemulihan (PKPP) bagi mengelak sebarang kekeliruan.
Katanya maklumat lanjut mengenai SOP PKP, boleh diakses di laman sesawang setiap kementerian yang berkaitan serta laman sesawang MKN.
Sementara itu, Ismail berkata kerajaan akan melaksanakan PKPD di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Mukim Pelagat, Besut, Terengganu berkuatkuasa 14 hingga 27 Mei ini, susulan 52 kes positif Covid-19 dicatatkan di kawasan itu, daripada 86 ujian saringan yang dijalankan.
Katanya PKPD turut dilaksanakan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak serta di Kampung Baru Tras, Kampung Sungai (Sg) Cheetang dan Kampung Sang Lee, Tras, Raub, Pahang bermula 13 hingga 26 Mei ini.
Ia susulan peningkatan jangkitan kes di kawasan berkenaan yang mencatatkan masing-masing 91 dan 17 kes positif Covid-19, sekali gus bagi memudahkan kementerian kesihatan (KKM) menjalankan pengesanan awal kes-kes Covid-19 dan kontak rapat.

Dalam pada itu Ismail berkata, PKPD di lima penempatan sekitar Sungai Klau, Raub, Pahang yang dijadualkan tamat esok, akan disambung sehingga 26 Mei memandangkan KKM melaporkan masih berlaku penularan berterusan jangkitan di kawasan berkenaan.
Beliau turut mengumumkan PKPD di Kampung Baru, Sungai Chalit dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Sungai Chalit, Raub, Pahang ditamatkan esok seperti dijadualkan, manakala PKPD di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan ditamatkan hari ini, lebih awal daripada dijadualkan pada Jumaat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/pkp-30-tak-seketat-pkp-10-kerana-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Je Muhyiddin Yassin Umumkan Pkp Seluruh Negara Najib Razak Tulis Sesuatu Di Laman Fb Dia Tarik Perhatian Rakyat

Lepas Je Muhyiddin Yassin Umumkan Pkp Seluruh Negara Najib Razak Tulis Sesuatu Di Laman Fb Dia Tarik Perhatian Rakyat

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 555 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sidang khas Majlis keselamatan Negara mengenai pengurusan covid 19 membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara Menurut Perdana Menteri
Pkp 3 0 Rakyat Lebih Terjejas Teruk Kerajaan Tebuk Atap Kata Tak Perlu Moratorium Stop Rakyat Boleh Makan Lagi

Pkp 3 0 Rakyat Lebih Terjejas Teruk Kerajaan Tebuk Atap Kata Tak Perlu Moratorium Stop Rakyat Boleh Makan Lagi

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 272 hits
malaysiakini comPKP 3 0 Kerajaan dituntut umum moratorium automatikPemimpin pembangkang berkata semasa PKP terdahulu dilaksanakan pun banyak pihak terjejas dan mereka mesti diberi bantuan BOB KELANANG Tidak dapat dinafikan PKP 3 0 yang dium...
Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Jika Mahiaddin Tak Peduli Apakah Rakyat Rela Terus Dibuli

Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Jika Mahiaddin Tak Peduli Apakah Rakyat Rela Terus Dibuli

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 172 hits
Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat Petaling Gombak Kelang Kuala Langat dan Sepang diperintahkan perlaksanaan PKP semula bermula 6 hingga 17 Mei depan Sejak virus Covid19 melanda negara ini adalah kali ketiga PKP dikuatkuasakan Tidak ...
Hiburan Biar Semua Susah Sama Sama Nabila Huda Terima Baik Pkp 3 0 Dilaksanakan

Hiburan Biar Semua Susah Sama Sama Nabila Huda Terima Baik Pkp 3 0 Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 264 hits
Pelakon popular Nabila Huda terima baik dengan keputusan pihak kerajaan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 baru baru ini Menurut anak kepada penyanyi legenda Amy Search tersebut PKP ini sepatutnya dilakukan lebih awal lagi berbanding...
Ni Sekor Lagi Tak Reti Bahasa Nanti Yang Susah Rakyat Biasa

Ni Sekor Lagi Tak Reti Bahasa Nanti Yang Susah Rakyat Biasa

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 303 hits
Ketua Pengarah KPT didakwa langgar SOP lancar majlis di hari rayaSALMAN FARISIKetua Pengarah Pendidikan Tinggi Profesor Datuk Dr Husaini Omar didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan apabila menyertai majlis hari raya pada hari ray...
Samdol Kembali Rakyat Susah Sana Sini Kau Ucap Selamat Hari Raya

Samdol Kembali Rakyat Susah Sana Sini Kau Ucap Selamat Hari Raya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 390 hits
Oleh FAZLI RADZI May 11 2021Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nasrudin Hassan merangkap Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pagi ini dilihat membuat kejutan pada pagi 29 Ramadan ini Sebentar tadi bekas Ahli Parlimen Temerloh itu ...
Rakyat Tidak Marah Pelaksanaan Pkp Tapi Sebab Layanan Tidak Sama Rata Dr Zainal Ariffin

Rakyat Tidak Marah Pelaksanaan Pkp Tapi Sebab Layanan Tidak Sama Rata Dr Zainal Ariffin

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 204 hits
Faris Danial RaziMei 1 2021Rakyat tidak marah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau sebarang sekatan pergerakan tetapi atas sebab layanan tidak sama rata ujar Datuk Dr Zainal Ariffin Omar BernamaKUALA LUMPUR Rakyat tidak marah...
Setelah 4 Bulan Terbukti Pkp Dan Darurat Yang Sia2 Siapa Dalam Mkn Perlu Bertanggungjawab Atas Sengsara Rakyat

Setelah 4 Bulan Terbukti Pkp Dan Darurat Yang Sia2 Siapa Dalam Mkn Perlu Bertanggungjawab Atas Sengsara Rakyat

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 162 hits
Kerajaan tunggu 4 bulan untuk telur separuh masak menjadi penuh masak Sepanjang 4 bulan sejak Darurat PKP 2 0 bermula Najib suruh buat PKP betul betul jgn separuh masak dan banyak kelonggaran Tidak perlu Darurat sebab ianya tidak akan menye...
Boikot Pengusaha Melayu Sendiri

Touch N Go Launches Its First Sports Edition Charm In Collaboration With The Badminton Association Of Malaysia

Satu Revolusi

Pengambilan Besar Besaran Jawatan Ukm Mei 2024

Makanan Viral Di Concubine Lane Ipoh

Is Pas Considering A Future Without Perikatan

Introducing Munchy S Lexus Gold A Joyful Golden Delight In Every Bite

Gumhealthfirst Utamakan Kesihatan Gusi Anda Dengan Systema



5 Sisi Gelap Perangai Guru di Malaysia Yang Kita Takut Nak Perkatakan

Info Sinopsis Kutipan The Experts Filem Malaysia 2024

10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia


Perbezaan Antara Tentatif Atur Cara

Bilal Indrajaya Niscaya Chord

Satu Satunya Kenderaan Kami Ada Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital

Thursday Jokes 213

Citer Ikea Damansara 2024

Mrsm Alor Gajah I