Pizza Roti Simple Air Tangan Kakak Dania
Hi korang...
Menarik x Pizza Roti kakak Dania ni....haaa..jangan x percaya ye..ni semua dia yg buat.. Amacam...ok tak
Apa yang SA dua beranak buat tatkala mereput tak kemana-mana di cuti Hari Malaysia? hahaha..bila ada anak dara yang sedang membesar dan sedang belajar memasak menu-menu ringkas memang mencabar...kalau setakat masak nasi goreng tu dia dh expert dah..siap dapat pujian dari atuk dan makcik2 dia...memang sedap nasi goreng dia masak petang semalam..hari ni dia request plak nak buat piza roti yang dia tengok video di instagram..memang la simple je anak oiii...tapi belanjanya besar...tapi takpe la..reward la dia nak exam ni kan...pergi jer la beli bahan- bahan buat pizza roti walau agak mahal kosnya...tengah dia bersemangat nak buat tu kan...SA tolong gak la skit2 dan semua bahan topping tu dia tumis sendiri..SA bantu part panaskan oven dan pantau je la...
Jom tengok bahan-bahan..
Roti Gardenia..better pakai roti ni sebab tebal...dan bahan-bahan lain seperti di bawah
Sos Pasta Adabi & Mixed Herbs
Smoked Chicken Frankfurters
Minced meat xde kat Zemart so beli daging burger dan hiris2 je
Bawang besar 1 biji potong dadu, Bawang putih 4 biji potong dadu juga
Mozarella Cheese
SA add on cendawan butang fresh
Sos Cili
Cara Memasak ToppingTumis bawsng besar dan dan ng putih sampai naik bau.Masukkan daging burger dan kacau rataMasukkan sosej4 Sudu besar sos pasta3 Sudu besar sos ciliGaul mesra dan masukkan cendawanSecubit garam- tak perlu banyak sebab sos pasta dah cukup rasaPadamkan api
Topping dh siap
Susun roti atas dulang pembakar...atau boleh guna loyang segiempat.
Letakkan topping dan ratakan
Taburkan Mozarella cheese dan mixed herbs
Bakar selama 7-8 minit pada suhu 160°
Dah dalam oven
Dah siap masak!!!!
Dah boleh makan.
Kakak Dania sikit punya happy...cubaan pertama dia menjadi dengan jayanya. Kalau korang nak tau dia memang suka makanan yang simple yang melibatkan cheese ni..tu sebab dalam sebulan kat rumah mesti ada stok makanan yang berasaskan cheese..budak cepat membesar dan cepat nak belajar macam ni la..makan jer..tapi..malam memang kakak Dania tak makan..time makan dia last pukul 6.30 pm..lepas tu tak makan dh...SA memang ajar dia dari dia umur 13 tahun..
So far cubaan menjadi...takde la sesia mama beli bahan mahal..haha...Mozarella Cheese tu je dah berapa harga kan...korang kalau nak cuba..boleh la cuba..nak derhaka bahan pun boleh..SA tanya Dania tadi x nak ke letak capsicum ke..bahan lain ke..dia kata x yah la ma..Dania x makan capsicum..x suka..okey...ini lah percubaan Pizza Roti pertama Dania..cara cara masak ada di setiap gambar ye..
Selamat mencuba ye..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2019/09/pizza-roti-simple-air-tangan-kakak-dania.html