Pisang Goreng Rangup Yang Nostalgia



Goreng pisang rangup yang sangat nostalgia. Bayangkan saya makan pisang goreng rangup yang dijual oleh Kak Rodah ketika saya masih di sekolah menengah rendah. Ketika itu, balik sekolah jer hari hari mesti cari pisang goreng. Dia berjual di wakaf kecil di hadapan rumah mereka. 

Keenakannya menyebabkan saya teringat ingat sehingga kini. Daan saya ketika itu, dah pandai bertanyakan resepi dan bahan bahan yang digunakan. Saya ingat bahan yang digunakan sehingga kini. Cuma belum pernah mencuba kerana selalu tak ada kelapa parut bila masa hendak menyediakan pisang goreng.

Akhirnya setelah berpuluh puluh tahun, saya berpeluang untuk bercakap sendiri dengan Kak Rodah. Nasib baik dia ingat saya lagi. Katanya saya masa tu, masih budak budak lagi. Kak Rodah sudi kongsi sekali lagi bahan bahan yang digunakan ketika itu. 

Kata Kak Rodah lagi, masa tu belum ada tepung lain macam tepung jagung atau tepung ubi yang digunakan oleh orang zaman sekarang. Boleh klik resepi yang saya gunakan sebelum ini di SINI. Dalam resepi ini, ada penggunaan tepung jagung atau tepung ubi, juga baking powder.

Di SINI pula, tepung untuk menggoreng cempedak yang terdapat penggunaan mentega dan tepung jagung di dalamnya. Sangat rangup. Pendek kata, sekarang macam macam cara untuk menambah kerangupan. Lari topik sikit, masa saya sekolah rendah dulu, bila buat cookies keras kerana guna tepung semata. Hahaha guna resepi yang dikongsi dalam majalah ketika itu.  
Balik semula bab pisang goreng, saya goreng untuk menghabiskan baki pisang yang diambil dari kebun kami di Sg Buloh. Tepung beras pula tinggal ini sahaja. Itu yang saya sukat sebab nak tahu ada berapa banyak. Haa dapatlah 184 gram, genapkan ke 180 sahaja. 
Pisang saya hari ni terlebih ranum. Jadi bila digoreng, akan ada warna hitam kerana gula pisang keluar. Tips untuk masak pisang goreng supaya masak sekata dan tidak melekat ialah dengan menggunakan minyak yang banyak dan setelah minyak benar benar panas, baru dimasukkan pisang. 
Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..


Pisang Goreng Rangup Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:180 gram tepung beras2-3 sudu besar kelapa parut muda½ biji telur 1 sudu besar air kapur 150 ml air atau secukupnyaSerbuk kunyitGaram
Cara cara:Satukan semua bahan dan kacau sebati. Adunan tepung jangan terlalu cair. 


Minyak mesti banyak sehingga pisang tenggelam dan betul betul panas menggunakan api yang besar. Baru lah pisang goreng masak sekata dan tidak melekat antara satu dengan yang lain. 


Masak sehingga garing. Balik balikkan. Setelah keperangan, bolehlah diangkat dan ditos. 


Nota: Boleh juga masukkan 100 gram tepung ubi dan 100 gram tepung jagung untuk tambah kerangupannya. dalam resepi di atas. Jadikan telur 1 biji dan tambah air secukupnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/pisang-goreng-rangup-yang-nostalgia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makcik Kiah Penjual Goreng Pisang Pun Dah Boleh Tersenyum Sikit

Makcik Kiah Penjual Goreng Pisang Pun Dah Boleh Tersenyum Sikit

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 272 hits
MENGGUNAKAN analogi penjual goreng pisang bernama Makcik Kiah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada bantuan diumumkan kerajaan rakyat mampu tersenyum dengan pelbagai bantuan disalurkan Daripada semua bantuan kerajaan ini...
Ikan Rebus Goreng Kelantan Vs Thailand Lembut Tapi Rangup Di Luar Terangkat

Ikan Rebus Goreng Kelantan Vs Thailand Lembut Tapi Rangup Di Luar Terangkat

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 405 hits
Bagi yang pernah merasai ikan rebus goreng ini pastinya tidak dapat melupakan keenakkan rasanya yang masin dan manis dek gula melaka atau gula kabung yang digunakan Ditambah pula dengan isi ikannya yang lembut tapi rangup diluarnya Nasi sep...
Mak Cik Pisang Goreng Boleh Kerja Dari Rumah Kami Artis Macam Mana

Mak Cik Pisang Goreng Boleh Kerja Dari Rumah Kami Artis Macam Mana

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 326 hits
Hangat diperkatakan apabila segelintir artis meluahkan pendapat apabila ada di antara penggiat seni terjejas susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan ada beberapa The post appeared first on
Makcik Jual Goreng Pisang Lagi Kaya Dari Segelintir Artis Malaysia

Makcik Jual Goreng Pisang Lagi Kaya Dari Segelintir Artis Malaysia

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 544 hits
Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai luahan hati segelintir artis dimana ada penggiat seni terjejas kerana tiada kerja susulan lanjutan Perintah The post appeared first on
Pisang Goreng Cucur Ikan Bilis 5 Lagi Resepi Hidangan Minum Petang Yang Simple Sedap

Pisang Goreng Cucur Ikan Bilis 5 Lagi Resepi Hidangan Minum Petang Yang Simple Sedap

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 702 hits
Koleksi hidangan minum petang yang ringkas sedap dan pasti akan meningkatkan selera keluarga small Cover image via Seismik Makan small 1 Roti Puding Coklat Untuk resepi yang mudah dan memuaskan anda wajib cuba resepi Puding Roti Coklat ini ...
Nasi Goreng Mentega Yang Sangat Sedap

Nasi Goreng Mentega Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 604 hits
Sebelum kita mulakan nak tanya kalau dah klik iklan google di blog saya Bukan apa ramai yang takut kalau iklan tersebut menyebabkan virus Jawabnya tidak kerana iklan tersebut memang di endorse oleh google Iklan google akan memberi income pa...
Nasi Goreng Sosej

Nasi Goreng Sosej

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 309 hits
Sebelum kita masuk bab resepi dan masakan saya ingin menulis sedikit bab kematian Pastinya setiap yang hidup akan merasai mati kerana mati itu pasti Mereka yang meninggal duni aakan berada di alam kubur sehinggalah dibangkitkan di hari kiam...
Resepi Kuew Teow Goreng

Resepi Kuew Teow Goreng

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 642 hits
Apa khabar semua Masa Perintah Kawalan Pergerakan ni mesti banyak masa dihabiskan di rumah terutamanya di dapur kan Bila dah hari2 di dapur mesti dah buntu kan nak masak apa Jom saya nak share satu resepi mudah sepanjang PKP ni Resepi hari ...
Ubi Kayu Goreng Berempah Ratus

Ubi Kayu Goreng Berempah Ratus

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 338 hits
Bahan bahan diperlukan 500 gram ubi kayu Garam secukup rasa 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 sudu makan udang kering 3 sudu makan minyak masak 3 tangkai daun kari 1 sudu makan serbuk kari 1 sudu teh serbuk kunyitCara menyediakan da...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong