Pisa Bukan Murid Malaysia Sahaja Catat Kemerosotan Kpm


LAPORAN PENCAPAIAN: Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pencapaian Malaysia  dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2022 dalam Literasi Matematik, Literasi Saintifik dan Literasi Bacaan pada 5 Disember. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia mencatat kemerosotan dalam purata pencapaian ketiga-tiga domain literasi dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2022, dengan kesan pandemik Covid-19 yang menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat sebagai antara faktor penyumbang utama

Hasil kajian Pisa yang dilaksanakan setiap tiga tahun kecuali pada 2021 susulan pandemik itu, skor direkodkan purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Matematik menurun sebanyak 31 mata pada kali ini, Literasi Saintifik (22) dan Literasi Bacaan (27) berbanding Pisa 2018

Keputusan pentaksiran kali ini turut menyaksikan Malaysia mencatat 52.1 peratus dalam penguasaan minimum Aras 2 hingga tertinggi Aras 6 bagi Literasi Saintifik, manakala Literasi Matematik pula 41.0 peratus dan Literasi Bacaan (41.9)

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Encik Azman Adnan, berkata sebahagian besar daripada 81 negara peserta program anjuran Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) itu turut merekodkan kemerosotan purata pencapaian bagi tiga domain literasi dalam Pisa 2022, yang mana pandemik Covid-19 juga dilihat secara antara faktor penyumbang utama

Beliau berkata sebanyak 58 negara merosot dalam purata pencapaian Literasi Matematik, termasuk Amerika Syarikat, Hong Kong, Indonesia, Jerman dan Canada; begitu juga 36 negara dalam Literasi Saintifik yang merangkumi Amerika, Perancis, Thailand dan Finland; serta 55 negara meliputi Amerika, Australia, Ireland, Jerman, Canada dan Switzerland dengan keputusan sama bagi Literasi Bacaan

“Purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Matematik mencatat skor 409 mata kali ini berbanding 440 pada 2018, Literasi Saintifik 416 berbanding 438 mata, dan Literasi Bacaan 388 berbanding 415 mata

“Purata pencapaian OECD juga menurun dengan merekodkan skor 472 mata kali ini berbanding 489 pada 2018 bagi Literasi Matematik, Literasi Saintifik 485 berbanding 489 mata, serta Literasi Bacaan 476 berbanding 487 mata,” katanya ketika mengumumkan pencapaian Malaysia dalam Pisa 2022, pada 5 Disember

Sebanyak 199 sekolah serta institusi pendidikan di Malaysia mengambil bahagian berdasarkan persampelan berstrata oleh OECD dalam Pisa 2022, membabitkan penyertaan seramai 7,069 murid lahir pada 2006 yang dipilih secara rawak di bandar dan luar bandar

Malaysia telah menyertai kajian Pisa sebanyak lima pusingan, iaitu pada 2009, 2012, 2015, 2018 dan 2022 di mana negara serantau yang turut mengambil bahagian ialah Brunei, Kemboja, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand serta Vietnam

Menjelaskan lanjut, Encik Azman berkata purata pencapaian murid perempuan Malaysia mengatasi murid lelaki dalam ketiga-tiga domain literasi, walaupun skor dicatat kedua-dua jantina itu menunjukkan penurunan pada 2022 berbanding 2018

Bagi Literasi Matematik, murid perempuan mencatatkan skor 414 mata kali ini, menurun 29 mata berbanding 443 pada 2018, manakala murid lelaki merosot 33 mata apabila merekodkan skor 404 mata berbanding 437

Bagi Literasi Saintifik, murid perempuan merekodkan skor 423 mata dalam Pisa 2022, menurun 18 mata berbanding 441 pada 2018, dan murid lelaki merosot 24 mata dengan mencatat skor 410 mata berbanding 434

Bagi Literasi Bacaan, murid perempuan mencatat skor 404 mata dalam pentaksiran kali ini, menurun 24 mata berbanding 428 pada 2018, manakala murid lelaki merosot 29 mata dengan merekodkan skor 373 mata berbanding 402. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/12/pisa-bukan-malaysia-sahaja-catat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Merosot Dalam Pisa 2022 Pandemik Covid 19 Antara Faktor Penyumbang Utama

Malaysia Merosot Dalam Pisa 2022 Pandemik Covid 19 Antara Faktor Penyumbang Utama

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 220 hits
Azman bersama Ahmad Rafee dan Shafruddin menunjukkan buku Laporan Pencapaian Malaysia dalam PISA 2022 pada sidang media hari ini NSTP HAZREEN MOHAMAD PUTRAJAYA Malaysia mencatat kemerosotan dalam purata pencapaian ketiga tiga domain literas...
Ranking Pisa Malaysia 2022 Jatuh Terduduk Jauh Di Tinggalkan Kemboja Brunei Dan Singapura

Ranking Pisa Malaysia 2022 Jatuh Terduduk Jauh Di Tinggalkan Kemboja Brunei Dan Singapura

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 308 hits
Prestasi ranking PISA Malaysia 2022 Keputusan Pisa 2022 telah menurun dengan terus sekali berbanding markah pada tahun 2018 Berita ini amat mengejutkan kerana malaysia seolah olah ketinggalan dan keterbelakang dari negara negara rantau asia...
Kurikulum Persekolahan 2027 Kpm Umum Ubah Kurikulum Baharu Lagi Ranking Pisa Jatuh Merudum

Kurikulum Persekolahan 2027 Kpm Umum Ubah Kurikulum Baharu Lagi Ranking Pisa Jatuh Merudum

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 298 hits
Kurikulum Persekolahan 2027 diperkenalkan melalui 7 domain atau teras dalam kerangka Kurikulum baharu yang mana ia mampu bagi melahirkan insan yang sejahtera dan mempunyai kehidupan seimbang dalam pelbagai aspek dalam kehidupan Menurut Fadh...
Kemiskinan Pelbagai Dimensi Antara Faktor Kemerosotan Pisa 2022

Kemiskinan Pelbagai Dimensi Antara Faktor Kemerosotan Pisa 2022

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 240 hits
SHAH ALAM Masalah kemiskinan pelbagai dimensi dikenalpasti antara punca kemerosotan purata pencapaian ketiga tiga domain literasi dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa 2022 Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya s...
Pisa Kpm Terus Bantu Pelajar Cicir Akibat Miskin Multidimensi

Pisa Kpm Terus Bantu Pelajar Cicir Akibat Miskin Multidimensi

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 175 hits
Fadhlina Sidek pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor dengan KPM di Shah Alam SHAH ALAM Kementerian Pendidikan akan terus membantu pelajar tercicir akibat kemiskinan multidime...
Penerangan Id Digital Nasional Yang Official Oleh Kerajaan Malaysia Tahun 2024

Penerangan Id Digital Nasional Yang Official Oleh Kerajaan Malaysia Tahun 2024

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 436 hits
ID Digital Nasional Perbincangan hangat di kalangan rakyat Malaysia mengenai id Digital nasional yang akan diperkenalkan oleh kerajaan malaysia bermula tahun 2024 Sebahagian rakyat Malaysia berpandangan bahawa ianya adalah sesuatu yang tida...
Jujutsu Kaisen S Kento Nanami Memorial Shrine In Malaysia

Jujutsu Kaisen S Kento Nanami Memorial Shrine In Malaysia

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 388 hits
Source https duniaku idntimes com It s heartwarming to see how dedicated and creative fans can be in paying tribute to their favorite characters The establishment of a real life memorial landmark for Kento Nanami in Malaysia is a unique and...
Bertemu Pm Malaysia Anwar Ibrahim Prabowo Ungkap Pernah Mandi Di Kali Ciliwung

Bertemu Pm Malaysia Anwar Ibrahim Prabowo Ungkap Pernah Mandi Di Kali Ciliwung

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 354 hits
Prabowo bercerita pernah mandi di Kali Ciliwung saat bertemu PM Malaysia Anwar Ibrahim
Buasir Otak Tv Tempat Mana Dalam Malaysia Banyak Negara Be Like

Buasir Otak Tv Tempat Mana Dalam Malaysia Banyak Negara Be Like

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 240 hits
Setiap kali budak tanya teka teki tempat mana dalam Malaysia banyak negara Jom tonton animasi ini
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Zizi Kirana Kejar Chord

Rupanya Bibit Kerugian Sejak 2003 Lagi Ini Patut Pos Malaysia Buat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Dapat Kain Samping Percuma Dua Helai