Pirane Ke 16 Sabah Paling Meriah Dan Mencabar


ULASAN AWAL

Shafei dan pemimpin Warisan - Plus
semasa pengumuman calon.ESOK hari penamaan calon pilihan raya negeri (Pirane) Sabah ke 16. Semalam parti komponen utama yang akan turut "beragung" untuk menguasai negeri Bawah Bayu itu sudah mengumumkan calon masing-masing. 
Dua gabungan utama mulanya dilihat akan bertarung bermati-matian, Warisan - Plus dengan BN - PN, secara satu lawan satu tetapi seperti ada sedikit gangguan apabila kedua gabungan itu tidak begitu bersepadu gagal menggapai kata sepakat. 
Warisan parti yang memerintah masa kini akan bergabung dan berpadu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), UPKO, DAP dan Amanah, telah mengumumkan calon-calon mereka semalam, kecuali PKR. Presiden Warisan Shafie Apdal telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding menggunakan lambang partinya, kapal di majlis peluncuran Misi dan Misi Warisan Plus. 
Dalam majlis itu Shafei mengumumkan yang Warisan - Plus akan bertanding di 46 kerusi, manakala parti-parti lain, UPKO 12, DAP 7 dan Amanah wahid. Manakala PKR yang menjadi sekutunya diperuntukan tujuh (7) kerusi. PKR dan UPKO akan bertanding menggunakan lambang masing-masing.
Ada sedikit kecacatan dipihak Warisan - Plus, apabila PKR tidak ikut serta mengumumkan nama-nama calon mereka. Ia agak membimbangkan apabila semasa Shafei mengumumkan calon pengerusi PKR Sabah Christina Liwe dan beberapa pemimpin PKR keluar meninggalkan dewan.
Tindakan itu berlaku kerana PKR tidak berpuas hati dengan peruntukan kerusi kepadanyanya 7 sahaja daripada 14 yang diharapkan. 
Agihan tujuh kerusi itu benar-benar mengecewakan PKR kerana dalam Piraum ke-14 lalu mereka diperuntukan sebanyak lapan (8) kerusi, berkurangan satu. Ada munasabahnya mereka menuntut tambahan kerusi memandangkan jumlah DUN Sabah bertambah 13 kerusi lagi. 
Apabila Shafie begitu obsesi untuk capai kemenangan sampai melupai prinsip keadilan menyebabkan timbul juga rasa tidak puas hati kepada KM Sabah itu sehingga ada yang mengatakan beliau angkuh. 

Bung Mokhtar dan pemimpin BN
selepas umum calon.
Kecacatan ini mulanya dilihat keretakan bakal berlaku keretakan dalam gabungan Warisan - Plus.
Bagaimana pun ia tidak menjadi apa-apa masalah kepada DAP dan Amanah. DAP akur dan senang menerima tujuh kerusi manakala Amanah pula sudah rasa bertuah dan bersujud syukur kerana diberi satu kerusi, Tanjung Keramat.
Nasib baik, kecacatan gara-gara rasa tidak puas hati PKR itu tidak berpanjangan. Akhirnya dengan kebijaksanaan politik para pemimpin tertingginya khasnya Christina Liwe dan Anwar Ibrahim sebagai presiden, PKR rela dan bersetuju untuk bekerjasama dengan Warisan dan rakan-rakan lain bagi menghadapi tentangan BN, PN dan lain-lain demi rakyat Sabah.
Kecacatan BN - PN serius.Kecacatan dipihak BN-PN ternyata lebih serius dan besar daripada kecacatan dialami Warisan - Plus itu. Majlis pengumuman calon bersama BN - PN yang dirancangkan tidak menjadi kenyataan dan tertunda. PN tidak bersetuju untuk mengumumkan calon-calon mereka. Majlis itu bertukar menjadi majlis ramah mesra bersama, hanya BN (Umno) mengumumkan calon. Sebaliknya PN mengumumkan calonnya di tempat berasingan pada sebelah petang. 
BN - PN terdiri daripada Umno, (BN) satu pihak STAR, PBRS, SAPP satu pihak dan PBS. Seperti juga berlaku dalam gabungan Warisan - Plus, ada parti yang bertanding atas lambang sendiri, PBS dan STAR

Pada majlis pengumuman calon-calon BN parti itu bertanding di 40 kerusi, masing-masing Umno 31, PBRS 5 dan MCA 4. Nama-nama calon diumumkan oleh Pengerusi Umno sabah Bung Mokhtar Raden. Dalam pada itu PN pula mengumumkan ia akan bertanding di 29 kerusi masing-masing PPBM 19, STAR 8 dan SAAP 8. Sementara PBS 15 yang menyokong PN bertanding di 15 kerusi

Kecacatan di kedua-dua gabungan itu baik Warisan - Plus atau BN-PN ialah ternyata tidak dapat dielakkan. Kesemua parti gagal mencapai kata sepakat dan memenuhi kehendak masing-masing baik dalam pengagihan kerusi mahu pun penggunaan lambang. 
Dalam Warisan - Plus, Amanah dan DAP bersetuju dengan pengagihan kerusi masing-masing tujuh (7) dan 1 serta bertanding atas lambang Warisan. Sementara PKR yang diperuntukan tujuh (7) kerusi menggunakan lambang sendiri, begitu juga dengan UPKO 12 kerusi

Yang jelasnya kecacatan dalam gabungan BN - PN lebih realistik apabila sudah ada tanda-tanda berlaku pertembungan sesama sendiri. Terdapat 11 kerusi awal dikesani akan berlaku pertembungan sesama sendiri, antara BN dengan PBS dan PBS dan PBRS. Pirane ke 16 yang hari mengundinya jatuh pada 26 September 2020 adalah sangat menarik dan berwarna warni kerana sekurang-kurang akan berkibar enam bendera parti utama di sepanjang pilihan raya itu. Bendera atau simbol itu adalah, Warisan, PKR, BN, PN UPKO, PBS dan Bebas. Tentu juga calon-calon atau lambang Bebas akan lebih banyak daripada lambang parti berdaftar.
Sekiranya benar ura-ura PCS pimpinan Anifa Aman akan meletakkan calon di semua 73 kerusi ia akan menambahkan lagi kemerian Pirane tersebut. 
Sehingga saat catatan ini dibuat, pembahagian kerusi walaupun sudah diumum ia masih belum muktamad seratus peratus. Angka-angka yang dimiliki oleh parti-parti bertanding itu mungkin akan berubah, sama ada bertambah atau berkurangan. Pertukaran dan perubahan boleh berlaku hingga ke jelang Subuh esok. Pernah berlaku perubahan nama calon juga boleh berubah di pusat penamaan calon.
Dipercayai juga menjelang hari penamaan calon esok akan berlaku beberapa kejutan yang tidak terfikir oleh semua dimana mungkin ada kejutan yang boleh merubah keadaan dan momentum yang ada pada waktu ini. 
Pertandingan dan permainan sebenarnya akan dapat disaksikan selepas semua calon-calon yang bertanding disahkan sebagai calon dalam pilihan raya selepas tamat tempoh penamaan calon esok. Ulasan selanjutnya selepas ini. 
Membaca catatan ini tentu tidak lengkap kalau tidak disentuh nasib parti agama Pas. Biarlah buat sementara saya tidak menyebut dan mengulas parti berkenaan. Kita lupakan sahaja sebab kewujudannya dalam Pirake itu tidak mustahak. [wm.kl.10:53 am 11/09/2020]
Glossori:
beragung (kn) = bertarung, berlawan, berlumba.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/09/pirane-ke-16-sabah-paling-meriah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertumbuhan Ekonomi 0 5 Sabah Paling Buruk Di Bawah Shafie Apdal

Pertumbuhan Ekonomi 0 5 Sabah Paling Buruk Di Bawah Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 351 hits
Untuk membasmi kemiskinan kerajaan perlu meningkat pertumbuhan ekonominya Di Sabah pertumbuhan ekonomi pernah mencapai tahap lebih 8 peratus dlm tahun 2017 tetapi jatuh merudum kepada 1 5 peratus dalam tahun 2018 dan terus jatuh lagi kepada...
Prn Sabah Menangkan Calon Mengisi Makna Kemerdekaan Anwar

Prn Sabah Menangkan Calon Mengisi Makna Kemerdekaan Anwar

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 331 hits
Pilihan Raya Negeri Sabah dalam suasana sambutan kemerdekaan Malaysia merupakan peluang bagi rakyat untuk melantik calon yang benar benar mahu membebaskan negeri daripada penindasan dan korupsi mengisi pemerintahan Presiden KEADILAN Datuk S...
Bergambar Anwar Di Sabah Meluncurkan Jentera Pilihanraya Sabah

Bergambar Anwar Di Sabah Meluncurkan Jentera Pilihanraya Sabah

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 261 hits
Di Sabah hari ini bagi meluncurkan jentera pilihanraya Sabah bagi KEADILAN di Sabah International Convention Centre Saya berbangga dengan semangat baru dalam KEADILAN terutamanya KEADILAN Sabah yang ditonjolkan malam ini Penghargaan saya pa...
Pkr Sabah Guna Anwar Tekan Shafie Bagi Agihan Kerusi Prn Sabah

Pkr Sabah Guna Anwar Tekan Shafie Bagi Agihan Kerusi Prn Sabah

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 391 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Presiden Warisan Shafie Apdal hari ini untuk membincangkan pengagihan kerusi bagi pilihan raya negeri Sabah Ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PKR Sabah di Kota Kinabalu se...
As Sabah Election Looms A Host Of Issues Take Centre Stage

As Sabah Election Looms A Host Of Issues Take Centre Stage

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 291 hits
Nomination day for the Sabah snap poll is on Sept 12 KOTA KINABALU With the clock ticking closer to nomination day for the Sabah state assembly elections next Saturday a host of various issues are likely to come under scrutiny by opposing p...
Senator Files Notice For Urgent Debate On Philippines Claim To Sabah

Senator Files Notice For Urgent Debate On Philippines Claim To Sabah

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 392 hits
The Dewan Negara sitting tomorrow should urgently debate fresh claims by the Philippines on Sabah said senator Adrian Lasimbang In his notice sent to Dewan Negara speaker Rais Yatim s office on Friday under Standing Order 7 Adrian described...
Anwar In Sabah To Bolster Pkr S Hopes Of More Seats

Anwar In Sabah To Bolster Pkr S Hopes Of More Seats

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 316 hits
PKR president Anwar Ibrahim is scheduled to be in Sabah today to launch the party s election machinery ahead of the 16th state election The launch is expected to be a grand one involving other senior party leaders as well and is set to unde...
Alarm Among Sarawakians In Sabah Over Call For Visas

Alarm Among Sarawakians In Sabah Over Call For Visas

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 380 hits
Sarawakians who have settled in Sabah are alarmed over calls for them to be documented KOTA KINABALU A statement by a senior Warisan leader calling for the strict documentation of Sarawakians in Sabah is causing alarm among the community he...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Enhancing Literary Learning With Music Videos In Esl Classroom

Anggrek Feat Adim Mf Gungguang Lah Denai Chord

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pengalaman Makan Darsa Fried Chicken Di Bangi

Pakej Haji Swasta Mkm Travel 2025 Pilihan Terbaik Untuk Pengalaman Ibadah Yang Sempurna

Mkm Sedia Pakej Haji Premium

Gotong Royong Akhir Sesi

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Tips Memaksimalkan Penjualan Melalui Kotak Packaging Yang Menarik