Pirane Johor Jangan Mati Beramai Ramai Hidup Berasingan



PANDANGAN
DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor telah pun dibubarkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya pada minggu pertama bulan depan. Tampaknya SPR tidak begitu "gaduh lorak" untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang perihal Pirane Johor itu. Kelambatan ini menyebabkan timbul persoalan, apakah Pirane Johor akan diadakan serentak dengan Piraum ke-15


Yang pastinya pembubaran DUN Johor itu tidak disenangi oleh parti pembangkang dan juga parti dalam gabungan kerajaan di Johor Bersatu, Bersatu. Pembangkang memberi alasan tidak ada keperluan untuk diadakan pilihan raya, kerana kerajaan Johor tidak menghadapi cabaran dan berjalan dengan baik. Selain itu pandemik Covid tidak sesuai untuk diadakan pilihan raya. Bersatu pula melahirkan rasa terkilan dengan pembubaran DUN Johor kerana tidak dibincang sama dengan mereka. Sebagai kerajaan bersama, sewajarnya Umno memanggil Bersatu bincang hal pembubaran itu. Di sini nampak Umno membelakangkan Bersatu dan pembubaran itu ada niat tidak baik, semacam mahu mengajar Bersatu.
Sementara di pihak Umno pula mengambil kesempatan atas kedudukan kerajaannya 28 : 27 untuk mengadakan pilihan raya kerana bimbang kerajaannya akan tumbang. Umno mahu menghadapi pilihan raya semasa ia menjadi kerajaan. 
Itu hanya alasan sahaja, kerana pembangkang (PH) sudah beri komitmen tidak akan ganggu kerajaan Johor kerana berbagai sebab. Antaranya kerana pandemik masih belum kendur dan masalah ekonomi masih tidak menentu di samping kesan banjir masih menjejaskan kehidupan rakyat. Pembangkang sendiri pun dalam situasi bergelora dan bercanggah pendapat sesama sendiri dalam mencari formula, tidak yakin dapat mengulang kejayaan dalam pilihan raya lalu. Baginya kalau tidak diadakan pilihan raya lagi baik. 
Semestinya Umno telah mengambil semangat kemenangannya di Melaka dan kegagalan pembangkang di Sarawak untuk mengadakan pilihan raya. Dari hitungan politiknya, jika diadakan pilihan raya, Johor mereka berjaya menawannya. Alasan dan keyakinan itulah mendorong agar DUN Johor dibubarkan dalam keadaan ia konfiden menang.
Tetapi apakah pilihan raya Johor akan diadakan dalam tempoh 60 hari atau akan dijalankan serentak dengan pilihan raya umum? Ia masih menjadi tanda tanya. Ada sebahagian pendapat pirane Johor akan diadaan serentak dengan Piraum ke-15?
Persiapan pembangkang.
Dalam pada itu pembangkang (PH) sudah pun membuat persiapan sepatutnya bagi menghadapi kemungkinan Pirane Johor. Misalnya pembahagian kerusi khabarnya sudah pun selesai. Tiga buah parti pembangkang utama dalam PH, sudah berbincang antara satu sama lain. Dan sepakat menerima keputusan. 
Dalam pembahagian itu dipersetujui Keadilan dan Amanah masing-masing diperuntukan 20 kerusi sementara DAP 16 kerusi. Pembahagian itu dikira adil dan saksama. Tidak ada apa yang perlu diogehkan (dipertikaikan) lagi.
Cuma apa yang bunyi kurang baik apabila PH tidak akan menggunakan logo PH dalam pilihan raya itu. Keadilan akan menggunakan logonya sendiri, Mata. Sementara DAP dan Amanah pula tetap akan menggunakan logo PH seperti mana di Melaka. DAP dan Amanah kurang setuju dengan keputusan Keadilan itu. Jadi soal penggunaan logo ini menjadi masalah sedikit buat pembangkang. Perbezaan ini menyebabkan umum melihat PH tidak sekata. 
Sebenarnya perkara ini tidak perlu didebatkan. Sebaliknya semua parti diberikan kebebasan untuk menggunakan apa sahaja logo yang mereka fikir sesuai dan boleh mempengaruhi rakyat. Yang penting menang. Kalau logo cap ayam boleh membawa kemenangan, boleh gunakan logo cap ayam sahaja. Makanya kalau Keadilan hendak gunakan logo Mata silakan. Parti itu ada alasan sendiri kenapa perlu menggunakan logo tersebut. Jangan soal logo dijadikan titik bengik untuk bergaduh.  
Kekalahan di Melaka sehingga tidak mendapat satu kerusi mungkin menjadi sebab kenapa Keadilan bergagah dan phobia untuk menggunakan simbol PH, dan mahu menggunakan logonya. Dalam Pirane Melaka Keadilan bertanding menggunakan logo PH, yang tidak ada apa-apa "simbol" (objek) dan hanya tulisan perkataan HARAPAN semata-mata, parti itu gagal mendapat sebarang kerusi. 
Berbeza dengan Amanah dan DAP. Tampaknya logo PH tidak menjadi dan dikira bermasalah kepada kedua parti itu. Amanah walaupun tidak berjaya mempertahankan jumlah kerusi diperolehi dalam Piraum ke-14, tetapi ada juga satu kerusi dimenangi. Begitu juga dengan DAP. Ertinya lambang PH masih membawa tuah kepada kedua parti itu. Tetapi menjadikan kecelakaan buat Keadilan. Lantaran itu eloklah Amanah bermuafakat dengan DAP menggunakan logo berkenaan. 
Justeru kalau Keadilan enggan menggunakan lambang PH dan berkeras untuk menggunakan lambangnya, biarkan. Semua pihak kena akur dan tidak perlu membuat spekulasi liar. Itu adalah hak asasi dan kebebasan demokrasi. Lagipun tidak ada syarat terikat dan diikat parti dalam PH wajib menggunakan logo PH tersebut harApan dengan huruf "A" dibesarkan sebagai roket. 
Bagi kita soal simbol tidak penting dan itu pilihan masing-masing. Apa yang penting, pembangkang khasnya Keadilan, DAP dan Amanah jangan bergelut dalam kubang yang sama. Jangan ada yang bertanding antara satu sama lain dalam kerusi sama. Elakan ini berlaku. Dalam 20 kawasan ditandingi Keadilan jangan ada calon Amanah atau mana-mana parti pembangkang lain yang masuk mencelah. Begitu juga dengan Keadilan jangan ganggu dan meletak calon di kerusi lain melainkan di 20 kerusi yang ditetapkan sahaja.
Khabarnya ada yang hendak mendirikan khemah besar dalam pilihan raya di Johor itu dengan membawa semua parti-parti pembangkang bersatu. Idea itu walaupun tidak melambangkan semangat PH dan cuba merosakan idea serta ukhwah PH sebelum ini, tetapi ia juga satu percubaan yang baik. Boleh sahaja membuka khemah besar asalkan jangan menggali kubur besar. Kita bimbang kalau gali kubur besar nanti akan dikuburkan dalam satu lahad. Jangan mati beramai-ramai, hidup berasingan.
Khemah besar ini akan membawa parti-parti pembangkang lain, Pejuang, Muda, Warisan. DAP dan Amanah kelihatan beriya dengan khemah besar ini. Keadilan tidak perlu gundah dan gusar. Benar dan izinkan. Cuma apakah yang perlu difikirkan dan menjadi persoalan, di kerusi manakah parti-parti kuping itu hendak bertanding. Kerusi di Johor hanya ada 56 sahaja. 
Untuk meraikan parti-parti itu demi membuka khemah besar, DAP dan Amanah perlu berkorban. Mereka boleh berikan kerusi mereka kepada parti-parti itu. Disebabkan mereka beriya untuk membuka khemah besar dan meragui keupayaan PH, maka elok kalau mereka mengorbankan kerusi masing-masing untuk diinfakkan kepada Pejuang, Muda dan Warisan atau pun mana-mana parti. 
Apakah usaha DAP dan Amanah beriya mengajak parti itu berkumpul dalam big tent satu aksi untuk meninggalkan Keadilan bersendiri? 
Tidak ada guna pun bertanding banyak kerusi kalau kalah, dan adalah baik bahagi kerusi kepada semua asalkan menang. 
Saya nampak dalam hal ini, pilihan raya Johor boleh dihadapi oleh pembangkang dalam semangat kepembangkangan profesional dan rasional. Kalau semua pihak sedia berkorban dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain, ia akan menatijahkan kemenangan. 
Apakah Umno akan bersama Pas atau sebaliknya, itu bukan persoalan dan urusan pembangkang. Yang perlu difikirkan pembangkang mantap, tidak "beragun" (berlawan) sesama sendiri dan dapat uruskan pilihan raya itu dengan sempurna dan bijaksana. 
Pilihan raya Johor penting kepada semua baik PH, BN, PN atau Pas kerana ia akan menjadi indikator untuk Piraum akan datang. Pirane Johor adalah ujian semesta akhir buat semua parti politik untuk menentukan apakah mereka layak untuk meneruskan "pengajian ke universiti" atau kandas.  
Jika itu dapat dilaksanakan, Umno yang yakin akan mengulangi sejarah di Melaka itu tidak mudah menggapainya. Kesepaduan pembangkang dalam pilihan itu pasti akan menyulitkan Umno untuk  membangunkan tembok kubunya yang roboh pada Piraum 14, yang dikesali dan ditangani dan didendami hingga kini. [wm.kl.11:05 am 27/01/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/01/pirane-johor-jangan-mati-beramai-ramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Survival Hidup Mati Politik Muhyiddin Dan Ppbm

Prn Johor Survival Hidup Mati Politik Muhyiddin Dan Ppbm

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 219 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPerkembangan terkini berkenaan PRN Johor menyaksikan betapa tertekan dan gusarnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Haji Hadi Akibat dari ini kedua pemimpin PPBM dan PAS berpakat memberi ugutan terhadap UMNO Baca sini
Prn Johor Jangan Takut Takutkan Orang Ramai

Prn Johor Jangan Takut Takutkan Orang Ramai

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 175 hits
Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN PETALING JAYA Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi bayangan Pilihan Raya Negeri Johor boleh diadakan berdasarkan situasi terkini penularan Covid 19 Bag...
Ditidurkan 3 Hari Ibarat Mati Hidup Semula Ibu Syukur Dapat Lagi Peluk Anak

Ditidurkan 3 Hari Ibarat Mati Hidup Semula Ibu Syukur Dapat Lagi Peluk Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 225 hits
Ibarat diberi peluang kedua untuk bernafas Ya Allah saya bersyukur sangat Demikian kongsi Puan Nadia Nozula mengenai pengalamannya yang terpaksa ditidurkan ketika ingin melahirkan cahaya mata keempat selepas disahkan positif Covid 19 Ibarat...
Hiburan Jangan Buang Masa Dengan Lelaki Bodoh Tak Guna Seperti Itu Liyana Jasmay

Hiburan Jangan Buang Masa Dengan Lelaki Bodoh Tak Guna Seperti Itu Liyana Jasmay

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 171 hits
Tular baru baru ini di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bertindak memukul isterinya di hadapan orang ramai Perkara tersebut turut mendapat perhatian aktres terkenal yang tampil mempersoalkan sikap segelintir...
Jangan Pajak Akal

Jangan Pajak Akal

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 132 hits
MMMSAkal pun pajak di Court Mammoth lagi mau sembang bab had kesabaran Sekali kluster mahkamah petik kes 90 juta maum tertiarap Un mencicit lari balik masuk gua Teringat audio agen CIA yang sepatutnya jadi afidavit di mahkamah tinggi London...
Ika Apa Apa Berlaku Di Kedah Jangan Salahkan Saya Mat Hasan

Ika Apa Apa Berlaku Di Kedah Jangan Salahkan Saya Mat Hasan

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 203 hits
agendaily com1 2 2022Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Spekulasi berhubung kemungkinan pilihan raya negeri di Kedah pula bakal berlaku selepas UMNO membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor Kedudukan DUN Kedah bergantung kepada ...
Umno Jangan Terlalu Angkuh

Umno Jangan Terlalu Angkuh

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 199 hits
ismaweb netPerlu sedar kegersangan hati PAS bukan tanpa asasBANGI 28 Jamadilakhir 1443H Isnin Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan UMNO supaya tidak terlalu angkuh dan sombong Ini susulan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan parti...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak