Piramid Makanan Malaysia 2020: Fakta yang Perlu Anda Ketahui 9
Piramid makanan merupakan panduan visual mengenai diet seimbang yang terdiri daripada pelbagai jenis kumpulan makanan dalam kuantiti tertentu. Ianya mempunyai 4 aras, dengan dasarnya merupakan kumpulan makanan yang perlu diambil dalam kuantiti paling banyak. Sebaliknya, kumpulan makanan yang perlu diambil dalam kuantiti sedikit diletakkan pada aras yang tertinggi.
Piramid Makanan Malaysia 2020
Untuk pengetahuan anda, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020, selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini. Berikut ialah pembaharuan yang dilakukan:
Piramid Makanan Malaysia 2020: Fakta yang Perlu Anda Ketahui 10
Jenis Kumpulan Makanan dan Manfaatnya
Setiap kumpulan makanan mempunyai kebaikan tersendiri yang penting untuk kesihatan tubuh. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengambil setiap kumpulan makanan ini mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia 2020 seperti yang disarankan oleh KKM. Berikut merupakan kumpulan makanan dan manfaat yang perlu diketahui:
Merupakan antioksidan yang kaya dengan sumber vitamin dan mineral. Nutrien-nutrien ini penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit, menggalakkan kesihatan kulit serta melancarkan sistem penghadaman. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti timun, tembikai, oren dan nanas menghidrasi badan.
Merupakan makronutrien yang penting sebagai sumber tenaga utama untuk badan. Selain itu, karbohidrat turut mempengaruhi penghasilan insulin yang mengawal paras gula dalam darah. Karbohidrat kompleks dan fiber seperti oat, beras perang, jagung, barli dan roti mil penuh melancarkan penghadaman, mengelakkan sembelit serta menyokong mikrobiom usus yang sihat.
Kumpulan ini mempunyai peranan penting dalam pertumbuhan otot, pembentukan tisu baru, pembaikan tisu yang cedera selain menguatkan tulang dan gigi. Sehubungan itu, protein juga merupakan enzim yang mempercepat proses tindak balas metabolisme dalam tubuh. Contoh makanan berprotein tinggi ialah ikan, ayam, daging, telur, susu, keju dan kekacang.
Membekalkan dua kali ganda tenaga berbanding karbohidrat. Antara fungsi lain ialah lemak sebagai penebat yang mengawal suhu badan serta bertindak sebagai kusyen yang melindungi organ penting dalam badan. Selain itu, asid lemak seperti omega-3 dan omega-6 adalah amat penting bagi perkembangan otak dan fungsi kognitif. Berbeza dengan lemak tepu, lemak tidak tepu mengurangkan ‘kolesterol jahat’ (low-density lipoprotein, LDL) dalam darah. Contoh lemak tepu ialah mentega dan minyak manakala lemak tidak tepu pula ialah seperti kekacang, minyak zaitun dan avokado.
Menyokong pertumbuhan badan, perkembangan kognitif serta mengelakkan bantut.
Mencegah penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes, darah tinggi, obesiti dan kanser.
Mengekalkan berat badan yang sihat.
Membekalkan tenaga yang mencukupi dan meningkatkan kecergasan badan.
Menggalakkan pencernaan yang sihat dan mencegah masalah gastrousus.
Menyumbang kepada kesejahteraan mental secara keseluruhan.
Menyokong sistem imun yang teguh sekali gus membantu badan melawan jangkitan dan penyakit.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengikuti panduan Piramid Makanan Malaysia 2020 dalam merancang pemakanan yang seimbang. Sesungguhnya, gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |