Piramid Makanan Kkm 2020 Pembaharuan Dan Saranan Terbaru


Piramid Makanan sering menjadi rujukan bagi rakyat Malaysia yang ingin mengawal pengambilan makanan harian.
Namun, tahukah anda bahawa piramid ini telah pun dikemaskini pada tahun 2020? Jadi, apakah perubahan yang telah disarankan kepada rakyat Malaysia?
Pembaharuan Piramid Makanan 2020 Sebelum ini, mungkin ada yang menganggap karbohidrat dan bijirin perlu dilebihkan jika mereka rujuk pada Piramid Makanan yang terdahulu.
Kini, Piramid Makanan 2020 muncul dengan menekankan aspek pengambilan sayur-sayuran dan buahan-buahan sebagai posisi paling bawah pada piramid.
Ini sesuai dengan keperluan masyarakat Malaysia yang sering terdedah kepada penyakit seperti obesiti dan kencing manis akibat pengambilan karbohidrat yang berlebihan.
Karbohidrat pula berada di tangga kedua dari bawah.  
Ini bermakna sumber makanan seperti nasi, roti, biskut kek, kentang dan ubi perlulah diambil pada jumlah yang sederhana setiap hari.
Pada masa yang sama, piramid ini turut menekankan pengambilan 6 hingga 8 gelas air sehari untuk menjamin kesihatan yang lebih baik terutamanya selepas pasca pandemik.
Kesimpulannya, Piramid Makanan 2020 merujuk kepada perubahan seperti berikut :
Kumpulan Sayur-Sayuran atau Buah-Buahan Diletakkan Pada Dasar Piramid
Ini sekaligus menggantikan kedudukan karbohidrat yang sebelum ini berada pada dasar Piramid Makanan 2010.
Jadi, rakyat Malaysia disarankan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan pada jumlah yang paling banyak berbanding kumpulan makanan lain iaitu 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari.
Kumpulan Karbohidrat di Tangga Kedua
Piramid Makanan 2020 turut menyarankan pengambilan karbohidrat yang lebih rendah iaitu 50 hingga 65% banding Piramid Makanan Malaysia 2010 iaitu 55-75%.
Ia juga menekankan saranan pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung.
Saranan Pengambilan 6 Hingga 8 Gelas Air Kosong
Pengambilan air kosong yang mencukupi turut disarankan pada ilustrasi Piramid Makanan 2020. Ini penting bagi memastikan tubuh sentiasa terhidrat demi kesihatan yang lebih baik.
Pinggan Sihat Malaysia Pinggan Sihat Malaysia merupakan panduan yang lebih jelas untuk menterjemahkan saranan daripada Piramid Makanan.
Hidangan yang diambil juga seharusnya rendah lemak gula dan garam.
Ini sekaligus dapat membantu rakyat Malaysia mengamalkan tabiat makan harian dengan lebih sihat.
Saranan yang diberikan dalam Pinggan Sihat Malaysia adalah :
Lebihkan pengambilan buah dan sayur Hadkan sukatan nasi, mi, roti dan bijirin lain Menggalakkan pengambilan bijirin penuh Memastikan pengambilan protein dan kekacang yang mencukupi Jika nak mudah, ingat sahaja konsep makan suku-suku separuh iaitu :
Suku karbohidrat (nasi, mi, mihun, pasta, kuey teow) Suku protein (ikan, ayam, daging, tauhu, tempe) Separuh sayur dan buah-buahan. Panduan Piramid Makanan 2020 yang diperbaharui ini diharap dapat membantu rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan yang lebih sihat setiap hari.
Pada masa yang sama, cara ini juga dapat mengelakkan tubuh daripada jangkitan penyakit serta mengelakkan risiki penyakit tidak berjangkit (diabetes, darah tinggi, obesiti).
Sumber : Nutritionistkkm, Kementerian Kesihatan Malaysia
Baca Juga : 10 Contoh Makanan Diet Untuk Cepat Kurus – Saranan KKM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/piramid-makanan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=piramid-makanan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Tegur Usahawan Kendali Makanan Guna Sarung Tangan Kuning

Kkm Tegur Usahawan Kendali Makanan Guna Sarung Tangan Kuning

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 254 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia tegur usahawan yang bertindak memakai sarung tangan berwarna kuning yang tidak sesuai digunakan dalam mengendalikan makanan Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh KKM di laman X pihaknya menjelaskan nbsp saru...
Panduan Kkm Buat Peniaga Pengendali Makanan Pengunjung Ke Bazar Ramadan

Panduan Kkm Buat Peniaga Pengendali Makanan Pengunjung Ke Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 436 hits
SALAM RAMADAN PESANAN BUAT PENIAGA BAZAR PEMBELI Kepentingan Suntikan Typhoid Buat Para PeniagaUntuk info setiap individu yang bekerja dalam industri makanan serta minuman di Malaysia seperti restoran kafe kantin sekolah dan bazar harus mel...
Kkm Bakal Teruskan Operasi Ramadan 2024 Sepanjang Bulan Puasa Bagi Menjamin Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan

Kkm Bakal Teruskan Operasi Ramadan 2024 Sepanjang Bulan Puasa Bagi Menjamin Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 362 hits
Mulanya bulan Ramadan pada hari ini Kementerian Kesihatan akan meneruskan Operasi Ramadan 2024 secara serentak di seluruh negara yang melibatkan semua premis makanan termasuk di bazar Ramadan yang akan bertambah pengunjung sepanjang bulan p...
12 Makanan Sahur Yang Mengenyangkan

12 Makanan Sahur Yang Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 236 hits
Dah sedia untuk berpuasa pada Ramadan kali ini Pasti ramai yang sedang membeli stok makanan untuk dijadikan juadah sahur Jangan sebarang makan ya kerana jika tersilap pilih anda boleh jadi cepat lapar dan lesu pada siang hari Jadi apakah ma...
Ditegur Kkm Gaul Air Asam Guna Sarung Tangan Kuning Peniaga Wanita Mohon Maaf

Ditegur Kkm Gaul Air Asam Guna Sarung Tangan Kuning Peniaga Wanita Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 185 hits
nbsp Kementerian Kesihatan Malaysia menegur seorang peniaga wanita selepas videonya menggaul air asam menggunakan sarung tangan berwarna kuning menjadi tular di media sosial Video yang dimuat naik di Tiktok daniasedek itu memaparkan dirinya...
Pendemo Makzulkan Jokowi Di Dpr Marah Dibagikan Makanan Bergambar Kaesang Langsung Dibuang

Pendemo Makzulkan Jokowi Di Dpr Marah Dibagikan Makanan Bergambar Kaesang Langsung Dibuang

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 253 hits
Sejumlah demonstran pun baru menyadari di tangannya memegang snack bergambar Kaesang Pangarep
7 Makanan Untuk Kurangkan Kolesterol

7 Makanan Untuk Kurangkan Kolesterol

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 263 hits
Lemak serta kolesterol adalah satu keperluan dalam diet harian Ia juga mempunyai pelbagai fungsi penting untuk kesihatan tubuh Namun disebabkan terlalu banyak produk makanan yang tidak sihat di pasaran ia boleh mengakibatkan masalah koleste...
Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang Dan Tips Diet Mesra Ginjal

Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang Dan Tips Diet Mesra Ginjal

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 325 hits
Hakikatnya tiada penawar bagi masalah buah pinggang kronik Namun gaya hidup sihat dapat membantu mengehadkan perkembangan penyakit ini Oleh itu terdapat beberapa makanan untuk pesakit buah pinggang yang sesuai untuk diambil Ayuh kita semak ...
Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Six Year Old Boy Reported Missing From Kopitiam

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers

From Indonesia To Saudi Arabia A Guide For Your Hajj And Umrah In Makkah Madinah

Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Anda Perlu Miliki Dagmara Cordless Screwdriver

3 Situasi Nak Kenal Adik Beradik

Sunplay Tone Up Uv Essence Berseri Tanpa Filter Perlindungan Terhadap Uv

Reunion Yang Tak Dirancang

Aku Kembali Dengan Cerita Baru

Resepi Balutan Ayam Berkeju Dan Bawang Putih